CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

3.3 Juta Penunggang Motosikal Tidak Miliki Lesen - Jpj

14-4-2014 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6529| Komen: 19


JERTEH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memastikan kira-kira 3.35 juta penunggang motosikal di seluruh negara yang dikesan tidak memiliki lesen akan memperoleh dokumen penting itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, usaha itu akan dilakukan melalui Program 1Rakyat 1LESEN atau myLESEN khusus untuk para belia dan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) bagi penduduk berumur 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak dan 45 tahun ke atas di Semenanjung.

Katanya, sejak kedua-dua program dilancar pada tahun 2009, JPJ berjaya mengeluarkan lesen menunggang B2 kepada 62,903 penduduk daripada 154 program diadakan di seluruh negara dan dari jumlah itu sebanyak 6,668 membabitkan penduduk di Terengganu.

"Program tersebut bagi memastikan penduduk dapat memandu dengan selamat mengikut undang-undang," katanya selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ daerah Besut di Gong Kemuntong di sini hari ini.

Mengenai kes kemalangan jalan raya, Ismail berkata, sepanjang tahun lalu angka kemalangan meningkat sebanyak 14,781 kes daripada 477,204 berbanding 462,423 kes pada tahun 2012. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 12-4-2014 06:12 PM
nombor casis superbike selalunye bermula dengan abjad atau nombor??20 minit dari skang bang tongkat....

Quote kucingTomey 12-4-2014 06:13 PM
nombor casis superbike selalunye bermula dengan abjad atau nombor??20 minit dari skang bang tongkat....
Quote pakweneelofa 12-4-2014 07:23 PM
kalau dah tk de lesen macamana jpj tau tk de lesen..hahahahaha
Quote cendol 12-4-2014 08:54 PM
kucingTomey posted on 12-4-2014 06:13 PM
nombor casis superbike selalunye bermula dengan abjad atau nombor??20 minit dari skang bang tongkat. ...

Hurup katanyer
Quote prettymanja 12-4-2014 09:00 PM
no wonder lau ade road block berterabor Mat2 Moto wat Uturn or benti2 kt tepi jln berdekatan.. xde lesen ghupernye.. huhu
Quote sepiITUindah 12-4-2014 09:01 PM
BL1M tak berjaya ker
Quote sup@rm@n 12-4-2014 09:09 PM
Edukasi jalanraya amat penting. Perlukan lebih kempen awareness dan menggalakkan org berhemah dijalan raya selain daripada menyuruh mereka mengambil lesen semata2.

Law abiding thru edukesen.
Quote hanakikan 12-4-2014 09:14 PM
Aku kalau bawak motor selalu jumpa roadblock tp yg pelik nya xde polis pun nak tahan aku mintak roadtax lesen bagai. Tp motor lain dia tahan pulak. Mcm tahu2 je aku ada lesen dgn roadtax hidup
Quote JohnDeSouza 12-4-2014 09:21 PM
hanakikan posted on 12-4-2014 09:14 PM
Aku kalau bawak motor selalu jumpa roadblock tp yg pelik nya xde polis pun nak tahan aku mintak road ...

dah hang bawa sekuter mana lak depa yahan
Quote tobby 12-4-2014 09:37 PM
klu takda lesen, saman pun tak jalan, melainkan motor tu disita serta merta.
Quote sapp73 12-4-2014 09:42 PM
Ramainya....tu tak termasuk yang tak cukup umur menunggang motor ke sekolah dsb.
Quote hanakikan 12-4-2014 09:57 PM
JohnDeSouza posted on 12-4-2014 09:21 PM
dah hang bawa sekuter mana lak depa yahan

Bawak modenas je motor pun guna utk gi tmpt dekat2.
Quote JohnDeSouza 12-4-2014 10:50 PM
hanakikan posted on 12-4-2014 09:57 PM
Bawak modenas je  motor pun guna utk gi tmpt dekat2.

ces! harommmmmmm
Quote cmf_blingblings 12-4-2014 11:11 PM
Ada seorg jiran di perumahan mak aku dulu, dia dah lama pindah...tapi seingat aku dia dah bersara dan masih bekerja di Pg sebagai security kot, bayangkan berulang alik ke Pg setiap hari.....haram tak pernah ada lesen  motor. Yg peliknya tak pernah kena saman???? Polis kesian sebab tengok pakcik tua kot
Quote Al-Patih 13-4-2014 06:46 AM
JERTEH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memastikan kira-kira 3.35 juta penunggang motosikal di seluruh negara yang dikesan tidak memiliki lesen akan memperoleh dokumen penting itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Program tersebut bagi memastikan penduduk dapat memandu dengan selamat mengikut undang-undang," katanya selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ daerah Besut di Gong Kemuntong di sini hari ini.

betui betui low class punya idea....mano dapek angka 3.35 juta tak ado leson ....banyak samang dapek tu ...???


Mengenai kes kemalangan jalan raya, Ismail berkata, sepanjang tahun lalu angka kemalangan meningkat sebanyak 14,781 kes daripada 477,204 berbanding 462,423 kes pada tahun 2012. - Bernama
dari angko tu ...belapo persen ado lason dan belapo leson tak ado ....???

muskil ...cakap dio ikut sodap mulut ajo ...


Quote kakikuDibibirmu 13-4-2014 06:54 AM
JohnDeSouza posted on 12-4-2014 09:21 PM
dah hang bawa sekuter mana lak depa yahan

best lah tak kena yahan

urang yang tak bawak sekuter selalu jah kena yahan

kesian kitorang yang kena yahan nim
Quote ninja boy 13-4-2014 09:39 AM
org2 mencurigakan berambut panjang ka selekeh ka muka warga asing/mat giant/perompak itu kena tahan, kalu berpakaian kemas rambut hensem hidup nampak tersusun sure x kena tahan
Quote surwanis 16-4-2014 08:13 AM
aritu peronda polis ikut laki aku...gupenye dorg check no.plat.....
Quote bby2124 16-4-2014 08:37 AM
tempat keja aku nie, ada gak y xde lesen. selamba aje bawa. bukan apa klu kemalangan ke, x ke susah. dahle perempuan y xde lesen tu. bila kn tahan ngan polis buat muka kesian dan pujuk rayu. idakle aku nak merayu-rayu nie. dtg keja kemain lawa....baju bertukar2.....tapi x mau amek lesen

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048135 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top