CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Panda Rm25 Juta Lebih Mahal Dari Bela Rakyat Miskin.

14-4-2014 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6824| Komen: 22




KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) terkejut pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda menelan belanja RM25 juta dan pembiayaan dua ekor Panda dari negara China kini sudah disiapkan di Zoo Negara.

“Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.

“Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda,” ujarnya.

Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal.

Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli.

“Kenapa kita perlu menyiksa haiwan itu untuk dipaksa hidup dalam persekitaraan yang bukan asal hanya kerana mahu dipertontonkan kepada orang ramai?” soal beliau lagi.

Justeru, tegas beliau Mapim berpendapat sesungguhnya tindakan kerajaan tidak munasabah dan adalah berlawanan dengan etika menjaga hak binatang.

Apatah lagi, tambahnya perbelanjaan yang begitu tinggi adalah tidak rasional berbanding dengan keperluan kelompok rakyat bawahan yang masih bergelut untuk mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang kini sangat rumit.

“Bagaimanakah kerajaan mahu merasionalkan perbelanjaan RM25 juta itu untuk menyimpan dan mempamer dua ekor Panda itu padahal banyak keutamaan rakyat yang masih belum dapat dipenuhi?” soal Azmi.

Katanya, rakyat masih menderita dengan terputus bekalan air, terpaksa berdepan dengan kenaikan kos rawatan kesihatan dan kos pengangkutan yang meningkat.

Beliau turut mempersoalkan apakah manfaat yang dapat diperolehi jika wang rakyat berjuta ringgit dikeluarkan hanya untuk mempamer Panda yang bukan menjadi keutamaan rakyat

“Kami menegaskan ketika Laporan Ketua Audit Negara 2013 sedang didedahkan di Parlimen, betapa sekali lagi berpuluh juta ringgit tiris dan bocor akibat pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang lemah,” katanya.

Kini, ujar beliau rakyat dikejutkan dengan wang dikeluarkan sedemikian banyak untuk membiaya dua ekor Panda tersebut.

“Kami menggesa pihak kerajaan menilai semula projek ini dan menarik balik keptusan untuk melanjutkan terus program ini yang pasti akan mengambil sumber wang awam yang terlalu banyak,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya Mapim membantah budaya berbelanja secara tidak rasional ini dan menggesa kerajaan menumpukan perhatian kepada keperluan yang lebih utama untuk rakyat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sidewinder 11-4-2014 05:20 PM
UMNGOK mcm tu laa.....kes air ni tiap tahun jd.....tiap2 tahun catu air...sonok agak nyer nengok rakyat bawahan angkut air turun naik rumah flat......bila rakyat bising tak der air kata nyer dah memang kemarau.....bila rakyat tanya kenapa tak buat pembenihan awan jawapan diberi tak der awam yg sesuai....dah tau tak der awam yg sesuai kenapa nak tunggu sampai sebulan lebih baru pk nak buat pembenihan awan....tak kan laa dlm masa sebulan tu tak der awan yg sesuai......BOHONG laa
Quote BelovedTaeyeon 11-4-2014 05:34 PM
Quote mattzzx 13-4-2014 03:57 PM
seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.....??
Quote budaktua 13-4-2014 09:23 PM
nanti ramai2 rakyat dtg tengok..beli tiket.. lama2 nya blh dpt balik modal RM25 juta tuu...




Quote abgsedapmalam 14-4-2014 09:58 AM

Quote salimrock 14-4-2014 05:02 PM
BelovedTaeyeon posted on 11-4-2014 05:34 PM

syukurrrr............
Quote khaira01 16-4-2014 05:46 PM
Untungla jadi panda.
Sapela nak membela nasib rakyat miskin.
Quote munchkin 16-4-2014 09:58 PM
25 juta terlalu banyak. ramai yang kurang bernasib baik. rumah orang tua yang tak terjaga. rumah anak yatim.
Quote tintabiru73 24-4-2014 04:21 PM
Semua tu dah dibuat...duit dah dilaburkan. Harap penjagaan dan pemantauan yang konsisten untuk menjaga panda ni nanti. Kalau ekon rosak camno?
Quote Al-Patih 25-4-2014 06:24 AM
tompek dah siap ...full and final dah buwek ...masing anak bini dah bucit perut ...benda apo nak cakap ...samo macang lapuk-ran audit negaro...semua dah berlaku ..tindakan susulan ...jadi lapuk-ran ajo...
Quote HantuKakLimah 29-4-2014 07:38 PM
MALAS PEMALAS...

MISKIN salahkan kerajaan..

piiiirahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
Quote bangcak 30-4-2014 08:17 PM
mattzzx posted on 13-4-2014 03:57 PM
seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.....??

haluuu.... bukan kera, panda hokehh!! u ada??
Quote mattzzx 3-5-2014 03:58 PM
bangcak posted on 30-4-2014 08:17 PM
haluuu.... bukan kera, panda hokehh!! u ada??

a'a....seperti panda di hutan di susukan....
Tapi masa tu panda belum ada di malaysia lagi....hehe

Quote ninja2014 4-5-2014 10:10 AM
hm... kan bagus kalo ambik duit tu kasi repair ZOO NEGARA yg buruk tu !!
Quote MuLan_GurLz 24-5-2014 05:09 AM
mattzzx posted on 3-5-2014 03:58 PM
a'a....seperti panda di hutan di susukan....
Tapi masa tu panda belum ada di malaysia lagi....heh ...

Panda dZoo dAircond kan.. Rakyat dLuar brpeloh ketiak kPanasan.. Hiks..
Quote senahsanasini 25-5-2014 08:44 PM
Adakah panda akn jd PM baru msia?
Quote bangcak 26-5-2014 08:06 AM
never say NO! to panda
[youtube]X21mJh6j9i4[/youtube]


Quote Al-Patih 27-5-2014 05:08 AM
senahsanasini posted on 25-5-2014 08:44 PM
Adakah panda akn jd PM baru msia?

mascot dio kot....
Quote mattzzx 27-5-2014 01:35 PM
MuLan_GurLz posted on 24-5-2014 05:09 AM
Panda dZoo dAircond kan.. Rakyat dLuar brpeloh ketiak kPanasan.. Hiks..

kesian rakyat.....
dah lah nak tengok kena bayar RM20....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049165 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top