CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

15 Jam Sembunyi Kes Rakan Lemas

15-4-2014 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7324| Komen: 39

 
Mayat mangsa dibawa ke HGM untuk bedah siasat.

GUA MUSANG -  Gara-gara bimbang dimarahi keluarga, lima kanak-kanak sanggup menyembunyikan kejadian seorang rakan mereka yang lemas di Sungai Ketil kira-kira jam 5 petang kelmarin.
     
Bagaimanapun, pada jam 8 pagi semalam, seorang daripada mereka yang tidak sedap hati untuk terus menyembunyikan perkara itu memberitahu keluarga mangsa di Taman Tropikal, tidak jauh dari lokasi kejadian.
     
Lim Wai Hong, 12,  murid tahun enam Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang,  12, ditemui sepasukan anggota bomba dan penyelamat apabila melancarkan gerakan mencari di sungai berkenaan kira-kira jam 10.35 pagi, semalam.

Sebelum itu, mangsa dan lima rakan mandi di sungai tersebut kira-kira jam 5 petang kelmarin, tetapi selepas mendapati mangsa lemas, semua rakannya bertindak menyembunyikan kejadian itu kerana bimbang dipukul keluarga masing-masing.

Bapa mangsa, Lim Kian Guan, 59, berkata, dia bersama isterinya, Yong Kong Kap, 41, mencari anak kesayangannya itu sejak petang kelmarin.

Menurutnya, kebiasaannya Wai Hong akan berada di rumah sepanjang hari pada hari cuti sekolah dan tidak dibenarkan bermain jauh termasuk di sungai terbabit.

“Saya tidak sangka anak keluar rumah bersama rakan untuk mandi di sungai berkenaan ketika saya bersama isteri bekerja dan terkejut apabila pulang ke rumah jam 5 petang, Wai Hong tiada.

"Lebih terkilan apabila rakan Wai Hong tidak memaklumkan perkara sebenar mengenai kejadian ini dengan masing-masing menyembunyikannya sampai 15 jam sehinggalah mayat anak saya ditemui pagi ini (semalam)," katanya yang masih bersedih.

Kian Guan berkata, sebaik sahaja dia diberitahu oleh rakan anaknya itu mengenai kejadian tersebut, dia segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang, kira-kira jam 8 pagi.

"Jika mereka beritahu lebih awal kehilangan anak saya di sungai tersebut, mungkin dia dapat diselamatkan, mungkin    penduduk kampung boleh turut sama mencarinya," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.21 pagi, semalam.

Katanya, lapan anggota bomba ke lokasi kejadian, dan berjaya menemui mayat mangsa jam 10.35 pagi.

Operasi turut dibantu pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela daerah Gua Musang.

"Keadaan sungai yang dalam dan keruh sukarkan operasi,  mangsa ditemui sejam kemudian," katanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya.

5

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 14-4-2014 12:03 PM
Kasian... Budak2 mana pikir baik buruk
Quote BurningTimes 14-4-2014 12:03 PM
ummah cina bukit gurun sahara kah ini?
Quote zameyla 14-4-2014 12:05 PM
alahai...kesiannya. Daripada tak kena marah, terus kena marah nanti..huhu
Quote kelip2_07 14-4-2014 12:07 PM
kesiannye..bdk2 msti tkt giler
Quote ais_kosong 14-4-2014 12:17 PM
kesiannya kat parents mangsa
takziah...
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2014 12:18 PM
kelantan darul menyembunyikan
Quote sofea_jenab 14-4-2014 12:30 PM
kesian kt lima ank2 tu ...perasaan bersalah seumur hidup...
Quote annehuda 14-4-2014 12:31 PM
kesian... takziah kpd keluarga mangsa.
Quote namirulmukminin 14-4-2014 12:39 PM
Sembunyikan kematian kerana takut kena pukul dek mak bapak masing2.... Hmmmmm... agak2 siapa yang akan dipersalahkan dalam hal ni... Adakah budak2 tu atau mak bapak depa?
Quote -electrifying- 14-4-2014 12:40 PM
trauma bdk2 ni.
Quote shogun77 14-4-2014 12:44 PM
kesian adik2 ni..
nak gitau kata lemas, takut kena marah..
kalau bagitau secepat mungkin, ada harapan dapat diselamatkan..nyawa2 ikan camtu..
last2 kena marah jgk...
Quote munchkin 14-4-2014 01:35 PM
astaga...salam takziah
Quote clarizsa 14-4-2014 01:51 PM
hmmm.. paham perasaan bebudak tu... itulah makpak asyik nk memukul...


takziah..
Quote harimau76 14-4-2014 02:00 PM
kesian dorang berlima trauma... apa nak buat.. takut kat mak bapak punya pasal... chinese mmg tegas dlm mendidik anak2 dorang..
Quote noor2 14-4-2014 02:07 PM
kesiannya...baru 12 tahun...takziah..
Quote yayangmama 14-4-2014 02:13 PM
huhuhu...kesiannya bdk2 ni...xbg tau pon bila org dah tahu akan kne marah jugak...
Quote edoraixora 14-4-2014 02:15 PM
kasihan....dah ler anak tunggal
papepun, takziah
Quote mattzzx 14-4-2014 02:18 PM
Dia jadi serba salah...nak bagi tau atau tidak....dua dua ada imolikasinyaa..
Quote lazim 14-4-2014 02:19 PM
kesian...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051250 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top