CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

9 Jenis Wanita Yang Menarik Perhatian!

15-4-2014 06:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14358| Komen: 29





9 Jenis Wanita Yang Menarik Perhatian!

1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg-aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

16

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 15-4-2014 12:55 PM
iols semua dia atas
Quote intriQue 15-4-2014 01:09 PM
Hmmmm....patut lah....
Quote Lula2 15-4-2014 01:23 PM
ais_kosong posted on 15-4-2014 12:55 PM
iols semua dia atas

iolls pon semua di atas...

sila pm...
Quote AbukRokok 15-4-2014 01:47 PM
kepada no 5

5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.



Sila PM saya
Quote Dewa19XKangen 15-4-2014 01:53 PM
no 6 pandai berbicara dan cerdas,macam fitri tropica,idaman..
Quote ais_kosong 15-4-2014 04:13 PM
Lula2 posted on 15-4-2014 01:23 PM
iolls pon semua di atas...

sila pm...

awat nak kena pm?
Quote hani85 15-4-2014 09:29 PM
1st n foremost, cantik la bhaii. sexy. body mantap. gedik. kalau x mcmana neelofa dulu leh jadi kegilaan di kalangan jantan2 sangap (dan xbrapa sangap) semalaya.
Quote Syumaimah 15-4-2014 10:17 PM
Pandai berdikari tak dak ka? Hehe
Quote siape_aku 22-4-2014 03:21 PM
if ade semua sikap2 kat atas ni pon, pon kena tipu jugak dgn lelaki......sedeyh!!!
Quote miminn 23-4-2014 09:14 AM
Syumaimah posted on 15-4-2014 10:17 PM
Pandai berdikari tak dak ka? Hehe

kebanyakan lelaki suka perempuan depend dekat dia kot? hhaha
Quote shop_girl 25-4-2014 09:55 AM
Semua ciri2 di atas bukan jaminan utk dicintai seikhlasnya oleh lelaki
Quote nicuya 25-4-2014 11:08 AM
shop_girl posted on 25-4-2014 09:55 AM
Semua ciri2 di atas bukan jaminan utk dicintai seikhlasnya oleh lelaki

nk like sejuta kali posting hang nih...
Quote MegiTomyam 25-4-2014 11:40 AM
Kalau yang ada semua kat atas ni jangan jatuh tangan buaya dah la. Kesian je nnt.
Quote ifanonline 25-4-2014 11:48 AM
MegiTomyam posted on 25-4-2014 11:40 AM
Kalau yang ada semua kat atas ni jangan jatuh tangan buaya dah la. Kesian je nnt.

sebenarnya wanita perlu ade sedikit sikap sombong...in order to protect herself...

Quote MegiTomyam 25-4-2014 11:55 AM
ifanonline posted on 25-4-2014 03:48 AM
sebenarnya wanita perlu ade sedikit sikap sombong...in order to protect herself...

Sokong !
Lagi2 zaman sekarang. Tak semua orang kita boleh percaya.
Quote ifanonline 25-4-2014 11:58 AM
MegiTomyam posted on 25-4-2014 11:55 AM
Sokong !
Lagi2 zaman sekarang. Tak semua orang kita boleh percaya.

tapi jgn sombong sangat...kunun nak jual mahal...nanti jadi andartu...

kena balance, pandai2 sendiri...

Quote misssakura 25-4-2014 09:55 PM
aku x de kesemua sikap diatas! patutlah x de org berkenan.
Quote dahliateck 25-4-2014 10:11 PM
x suka wanita yg bijak ke
Quote miu~miu 26-4-2014 01:42 PM
ade ciri2 sume kat atas tak bermakne kite akan disukai dan dicintai seikhlasnyee..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.108264 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top