CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Undang-Undang Darurat Boleh Dikuatkuasa

16-4-2014 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5957| Komen: 30



Undang-undang darurat boleh dikuatkuasa


KUALA LUMPUR - Malaysia boleh menguatkuasakan undang-undang darurat jika bekalan air terawat masih di tahap bahaya menjelang musim kering pada pertengahan Mei.

Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata Malaysia berkemungkinan akan dilanda musim panas untuk kali kedua namun paras empangan sehingga kini masih tidak mencapai tahap minimum 55 peratus.

Katanya, tahap kapasiti simpanan air mentah di negeri Selangor perlu melebihi kadar 55 peratus bagi mengelakkan Lembah Klang sekali lagi menghadapi krisis bekalan air.

"Lembaga Urus Air Selangor telah menetapkan tahap minimum 55 peratus kapasiti simpanan air mentah perlu dicapai.(Bagaimanapun) kapasiti bagi empangan Sungai Selangor masih dalam lingkungan 37 peratus sahaja (setakat ini).

"Jumlah kapasiti air terawat yang boleh diagihkan daripada loji perawatan air kira-kira 2,500 juta liter sehari (JLH), dan ini menyebabkan lebih daripada 50 peratus bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada empangan Sungai Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Piarapakaran berkata jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, kerajaan berkemungkinanan harus mengumumkan darurat dan menguatkuasakan Seksyen 56 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Beliau berkata WSIA adalah kuasa khas semasa kecemasan berkaitan penggunaan sumber air yang diberikan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Antara yang terkandung di dalam WSIA adalah menghalang pengunaan air secara umum atau untuk kegunaan tertentu, mengehadkan pengunaan dan pengeluaran air pada waktu tertentu, dan mengenakan caj tambahan ke atas penggunaan yang melebihi had yang telah ditetapkan, katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan negara dijangka mengalami musim kering berikutan peralihan ke Monsun Barat Daya pada pertengahan Mei sehingga September.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa Monsun Barat Daya taburan hujan dijangka berkurangan antara 100 hingga 200 milimeter sebulan.

"Taburan hujan (100 hingga 200 milimeter sebulan) adalah normal ketika peralihan Monsun Barat Daya," katanya.

Muhammad Helmi berkata pada April hingga awal Mei, negara berada pada musim peralihan monsun dari Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya dan taburan hujan mampu mencapai 250 hingga 350 milimeter sebulan.   

Beliau berkata Jabatan Meteorologi akan memfokuskan proses pembenihan awan di sekitar Selangor dalam musim peralihan ini bagi meningkatkan paras air di empangan. - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 16-4-2014 10:43 AM
kalau darurat... tak yah gi keje la kan..
Quote tapibukanaku 16-4-2014 10:44 AM
atira posted on 16-4-2014 10:43 AM
kalau darurat... tak yah gi keje la kan..

cam best je...
Quote tintabiru73 16-4-2014 10:48 AM
Kalau darurat.. pakai undang2 tentera la kan?
Quote tapibukanaku 16-4-2014 10:52 AM
tintabiru73 posted on 16-4-2014 10:48 AM
Kalau darurat.. pakai undang2 tentera la kan?

darurat air pun guna undang2 tentera kah?
Quote WawaRaRa 16-4-2014 10:55 AM
tapi sy suka gi keje... sbb kat umah tak der air... kat opis ada... hehe....
Quote atira 16-4-2014 10:57 AM
tapibukanaku posted on 16-4-2014 10:52 AM
darurat air pun guna undang2 tentera kah?

ok jugak..
sapa basuk kereta time air tadak... tembak aja kepala dia
Quote huJanBaTu 16-4-2014 10:59 AM
kalau darurat air, tembak pakai air jugakah?
Quote scorpionkiki 16-4-2014 11:00 AM
tapibukanaku posted on 16-4-2014 10:52 AM
darurat air pun guna undang2 tentera kah?

HAbislah pokok pokok I mati ... tengah berbunga lebat ni kat atas pergola masing masing..
Quote tapibukanaku 16-4-2014 11:02 AM
atira posted on 16-4-2014 10:57 AM
ok jugak..
sapa basuk kereta time air tadak... tembak aja kepala dia

gila ah.
Quote freebird 16-4-2014 11:02 AM
kalau buat langat 2, takde darurat!!

mohd acai
Quote tapibukanaku 16-4-2014 11:03 AM
scorpionkiki posted on 16-4-2014 11:00 AM
HAbislah pokok pokok I mati ... tengah berbunga lebat ni kat atas pergola masing masing..

kesian pokok pokok uols. nak buat camne, umur tak panjang
Quote huJanBaTu 16-4-2014 11:03 AM
kenapa najib snyp je psl krisis air ni?.katanya pemimpin berjiwa rakyat..tp xnmpk pun kesungguhan utk membela rakyat..
Quote tapibukanaku 16-4-2014 11:03 AM
huJanBaTu posted on 16-4-2014 10:59 AM
kalau darurat air, tembak pakai air jugakah?

guna undang2 tentera, kena lah main tembak2 je
Quote scorpionkiki 16-4-2014 11:04 AM
huJanBaTu posted on 16-4-2014 11:03 AM
kenapa najib snyp je psl krisis air ni?.katanya pemimpin berjiwa rakyat..tp xnmpk pun kesungguhan ut ...

Tempat dia kena catu tak? Kat istana kena catu tak? Kat rumah menteri besar di shah Alam ( shah alam ker)  kena catu tak?



Quote huJanBaTu 16-4-2014 11:06 AM
tapibukanaku posted on 16-4-2014 11:03 AM
guna undang2 tentera, kena lah main tembak2 je

mampus...ramaila yg jadi talibarut tentera nanti
Quote huJanBaTu 16-4-2014 11:08 AM
scorpionkiki posted on 16-4-2014 11:04 AM
Tempat dia kena catu tak? Kat istana kena catu tak? Kat rumah menteri besar di shah Alam ( shah al ...

tempat dia  x kene catu psl nnt akak ros nk mandi wajib
Quote tapibukanaku 16-4-2014 11:08 AM
huJanBaTu posted on 16-4-2014 11:06 AM
mampus...ramaila yg jadi talibarut tentera nanti

nasib ar kan...
Quote Suchi 16-4-2014 11:09 AM
oklah tade air

ai ada alasan tak kasi org duk umah ai

baru ada privasi

Quote cmf_conan 16-4-2014 11:10 AM
nampak sangat sume tak baca artikel tu.. baca topik terus komen..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.088210 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top