CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Beg Berjenama’ Tingkat 8

17-4-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15421| Komen: 126

Kuala Lumpur: Dari luar ia kelihatan seperti syarikat korporat namun tidak siapa menyangka sebuah bangunan di Jalan Sultan dijadikan stor utama bagi menyimpan dan menjual beratus beg tangan tiruan berjenama mewah mencecah nilai ratusan ribu ringgit.


Kegiatan didalangi sindiket penjualan barangan cetak rompak itu berjaya dibongkar hasil tindakan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya yang menyerbu tingkat 8 bangunan itu kira-kira jam 2.30 petang semalam.


Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata, serbuan itu diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa Unit Pasukan Petugas Khas 2 Ahmad Puat Abd Hamid bersama 12 anggota hasil dari intipan dilakukan sejak seminggu lalu.

Menurutnya, risikan sebelum ini mendapati sindiket berkenaan menjual pelbagai beg tangan jenama mewah seperti Chanel, Gucci, Prada dan pelbagai jenama lain.

“Mereka mengubah suai premis itu menjadi galeri pameran untuk memperagakan ratusan beg tangan palsu itu yang dianggap mempunyai gred A.
“Hasil serbuan itu, sebanyak 400 beg tangan tiruan diseludup dari Korea, China dan Hong Kong bernilai RM170,000 berjaya dirampas,” katanya.

Menurutnya, ahli sindiket itu yang menjaga premis berkenaan sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan.

“Siasatan mendapati pihak sindiket mengeluarkan resit dengan nombor siri sama seolah-olah ia adalah beg tangan tulen untuk memperdaya pelanggan

“Harga setiap beg dijual sekitar RM800 sehingga RM1,000. Pihak sindiket tidak menjualnya secara terbuka sebaliknya mereka memilih pelanggan sebelum membawa mereka naik ke tingkat 8 untuk memilih beg tangan ‘mewah’ diingini,” katanya.

Selain itu empat gerai di sekitar Jalan Petaling di sini, yang menjual beg tangan tiruan turut diambil tindakan sama apabila sejumlah barangan cetak rompak bernilai RM3,000 turut dirampas.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8(2), Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan individu yang memiliki boleh didenda RM10,000 dan penjara tiga tahun manakala syarikat boleh didenda RM500,000.

PREMIS yang diserbu semalam selepas diintip seminggu.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 17-4-2014 07:16 AM

PREMIS yang diserbu semalam selepas diintip seminggu.

Quote tongkatwaran75 17-4-2014 07:17 AM
[youtube]gMRwjywsji8[/youtube]
Quote Pailang 17-4-2014 07:20 AM
kalau cari rezeki dari sumber tak berkat, memang hidup takkan aman & jangan tanya kenapa nasib diri tu malang bertingkat2...






Quote fifie_olin 17-4-2014 07:22 AM
cantiknya dior ittewww
Quote rospinki 17-4-2014 07:26 AM
Ooo..ni la hub dia. Ada budak tu try nk ejas2 aku suh beli bag imported la kunun..kaler2 mcmni not my taste pun. Baik gi beli kat PS Boutique. .haha
Quote rospinki 17-4-2014 07:34 AM
fifie_olin posted on 17-4-2014 07:22 AM
cantiknya dior ittewww

Burberry kt bwh tu...
Quote jfq 17-4-2014 07:44 AM
Ada gak yg sanggup pakai ciplak tapi bayar mahal gitu
Quote gaara_X 17-4-2014 07:48 AM
pergh!!...nak musim raya nie...leh laa nak wat side income...
Quote encikWawad 17-4-2014 07:49 AM
meriahlah akak kpdkk pakai beg pelesu lepas ni - hasil 'lupus' barang kes katanya
hehe
Quote pakweneelofa 17-4-2014 08:07 AM
tiruan is everywhere
Quote tupaiterbang 17-4-2014 08:08 AM
dah pilih dah mana nk bg bini,gf atau kawan..?
Quote teratai1981 17-4-2014 08:39 AM
perghhh banyak nya bag! semua ada. terer sungguh penyangak ni.
Quote batmana 17-4-2014 08:41 AM
msti ada customer tk puas ati..

tu la, jual mahal sgt..
Quote scents 17-4-2014 08:45 AM
Syabas, mcm mane depa bole intip ye,.... mesti ada org dlm tolong ne, kalu tak mane nak tau , entah berape lama da diaorg beroperasi ne, Syukur Alhamdulillah
Quote cmf_premierleag 17-4-2014 08:51 AM
apa yg bestnye beli handbag berjenama and mahal2 nih??
drpd beli handbag, lebih baik beli property
ada gak value appreciation
Quote uda 17-4-2014 08:54 AM
Cik Ta beli kat sini ke?
Quote -electrifying- 17-4-2014 08:59 AM
khas untuk mereka yg nk bajet urban dan xmmpu untuk beli ori.
Quote mixed 17-4-2014 09:00 AM
x minat & xda duit beli handbeg mahal2
Quote Loxlaxman 17-4-2014 09:04 AM
Kalau bini aku mintak beli henbag lebih $500 ... aku sumpah aku kawin satu lagi!

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062111 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top