CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Fiza Adam Af Failkan Permohonan Cerai!

22-4-2014 04:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 48688| Komen: 328

Fiza Halim dan Adam AF

Kuala Lumpur: Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.

Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.

Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 22-4-2014 03:38 PM
Quote pakweneelofa 22-4-2014 03:39 PM
rupanya hujannnn... ditengah hariiiiiiiiii
Quote DTECCONAN 22-4-2014 03:40 PM
tu pun nak sibuk ambik tau ka?
Quote tongkatwaran75 22-4-2014 03:41 PM
pakweneelofa posted on 22-4-2014 03:39 PM
rupanya hujannnn... ditengah hariiiiiiiiii

panas la...

klu ujan , org berkapuk jer...
sbb klu panas, mesti kena berenggang...
Quote clarizsa 22-4-2014 03:43 PM
isu semasa gosip... baru je dlm paper ahad ckp gaduh manja...
Quote atira 22-4-2014 03:44 PM
penting ka?
tah sapa dua ekor tu .. aku haram tak kenal
Quote vespa_oren 22-4-2014 03:47 PM
Pengantin lelaki nikah siap berjubah, berserban pun bini nak mintak cerai?
Quote munchkin 22-4-2014 03:48 PM
salam takziah
Quote obelisk 22-4-2014 03:50 PM
Innalillah... semoga Allah memberi ganti yg lebih baik...
Quote RAHUL 22-4-2014 03:51 PM
Dah tiada jodoh.........
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2014 03:52 PM
akak ingat dia bengkok
Quote fifie_olin 22-4-2014 03:53 PM
kan x sangka plak jd camni...
Quote ogata 22-4-2014 03:53 PM
My sis bump mereka d shell dulu And muka Fiza mencuka.... Adam nampak stress Sgt
Quote budaktua 22-4-2014 03:53 PM
kawin janda mmg payah..
Quote minyakzaiton 22-4-2014 03:53 PM
vespa_oren posted on 22-4-2014 03:47 PM
Pengantin lelaki nikah siap berjubah, berserban pun bini nak mintak cerai?

memang sewaktu akad nikah berjanji bersama berdua sampai ke mati. tapi dalam tempoh berkahwin hati manusia berubah ubah sebab banyak faktor2
luaran dan dalaman juga godaan syaitan.
maka terjadi la perceraian.


Quote Modngengade 22-4-2014 03:54 PM
adakah adam ni gayah?
Quote minyakzaiton 22-4-2014 03:57 PM
RAHUL posted on 22-4-2014 03:51 PM
Dah tiada jodoh.........

betul. takdir penentu segala.
Quote vespa_oren 22-4-2014 03:58 PM
minyakzaiton posted on 22-4-2014 03:53 PM
memang sewaktu akad nikah berjanji bersama berdua sampai ke mati. tapi dalam tempoh berkahwin hati ...

Kenal xsampai 2bulan dah kahwin, kahwin xsmpai setahun dh fail cerai



Quote manehnya 22-4-2014 03:58 PM
kata gadoh2 manja....

Lihat semua komen(328)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.235901 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top