CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Israel Dah Mula Tanam Pokok Ghorqod Banyak-Banyak

24-4-2014 03:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39051| Komen: 41

LIHAT BETAPA BANYAK POKOK GHORQOD YANG SEDANG MELINDUNGI ISRAEL | Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.

“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz

Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.








Ramalan Rasulullah

Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.

Teks hadis itu berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”

Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran ramalan Rasulullah?

Wallahua’lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 22-4-2014 01:01 PM
fokok apa ni...first time dengar.
Quote duniaku85 22-4-2014 01:01 PM
makna nye pokok yahudi ni je la pokok yg betray kt org islam eh? igtkan pokok ni yg akan betray yahudi
Quote popjack 22-4-2014 01:11 PM
zaman bila ni' wujud lagi ke dak ni'
Quote shiraloveyou 22-4-2014 01:46 PM
owh,yg dorang tanam ni pokok yahudi tu..iols prnah dgr ni la satu2nya spesis pokok yg akan melindungi yahudi giteww
Quote obelisk 22-4-2014 02:15 PM
aku baca pokok ni juga dinamakan sebagai pokok LYCIUM
Quote biggirlduncry 22-4-2014 02:18 PM
pernah baca n dgr org cerita pasal pokok ni dulu..
Quote alphawolf 22-4-2014 02:23 PM
duniaku85 posted on 22-4-2014 01:01 PM
makna nye pokok yahudi ni je la pokok yg betray kt org islam eh? igtkan pokok ni yg akan betray yahu ...

terbalik la wei

Quote anees~nuhara 22-4-2014 02:28 PM
pokok ape ni? xpnh dgr





Quote sarahmirza 22-4-2014 02:28 PM
Ini ke pokoknya?



atau ini?




atau pun ini?



dan ini?

Quote ice_sky92 22-4-2014 02:32 PM
Ya Allah kau lindungilah smua org Islam.
Quote edoraixora 22-4-2014 02:38 PM
pokok ni berduri ker??
Quote amyainsamad 22-4-2014 02:52 PM
oooo....baru tau
Quote duniaku85 22-4-2014 03:52 PM
alphawolf posted on 22-4-2014 02:23 PM
terbalik la wei

hoho itu la..tersalah paham..kira spesis pokok rhu jugak la nih
Quote novelloverzz 22-4-2014 03:58 PM
oo pokok ni berduri..
Quote lemonthyme 22-4-2014 04:07 PM
Terima kasih atas info..
Quote zuerinaBP 22-4-2014 04:10 PM
pokok ne mmg femes dlm mana2 buku agama
Quote nadieya 22-4-2014 04:30 PM
terima kasih atas info yang diberikan...
pernah dengar pasal pokok ni dlm satu ceramah agama...
Quote pakweneelofa 22-4-2014 04:40 PM
SHALOOOOOOOOOOOOOOOOM!
Quote sepiITUindah 22-4-2014 05:50 PM
beriman lak tang pokok

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.070528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top