CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hudud Pas - Potong Tangan Guna Pakar Bedah

25-4-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19894| Komen: 253

Potong tangan guna pakar bedah

Mohd. Amar

KOTA BHARU 23 April - Kerajaan Pas Kelantan merancang menggunakan perkhidmatan pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun hadapan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberitahu, selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.

Beliau berkata, hukuman tersebut dilihat lebih berkesan daripada Kanun Tatacara Jenayah yang diamalkan sekarang di mana semua pesalah perlu menjalani hukuman penjara selain ia juga membebankan kerajaan menanggung kos tahanan tersebut.

“Hukum hudud ini adalah agak berbeza di mana pesalah yang telah dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Amar yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, undang-undang Islam itu adalah lebih berperikemanusiaan di mana setiap pesalah terbabit sebelum dijatuhi hukuman perlu dibuktikan kesalahan.

“Pertimbangan juga akan dilakukan sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya mereka (pesalah) mencuri atas sebab-sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa ia tidak akan dikenakan hukuman potong tangan," katanya.

Katanya, undang-undang ini ha-nya melibatkan umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu takut dengan hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Malah katanya, orang bukan Islam turut akan mendapat manfaatnya kerana undang-undang tersebut diyakini akan dapat me-ngurangkan kadar jenayah.

“Kadar jenayah sekarang dilihat semakin tinggi dan pada pandangan saya hukum hudud ini apabila ia dikuatkuasakan kelak akan me-ngurangkan jenayah," katanya.

9

Bagus
10

Marah
20

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 24-4-2014 06:21 PM
Mohd Amar lagi sekor datang bulan
Quote cupu 24-4-2014 06:24 PM
Aku dok perati macai umno hudud ke hilir hudud ke hulu,motif apa xtau la.

Baiki amalan masing2 jela.umur dah tua.bwk2 bertobat.
Quote zorrro_03 24-4-2014 06:37 PM
Tt ni bebal tak post ke thread berkaitan.
Quote tupaiterbang 24-4-2014 07:00 PM
renung-renungkan lah...

Quote Badut.Sarkas 24-4-2014 08:08 PM
Ni apa undang2 rimba ke
Quote cHimo 24-4-2014 08:51 PM
Setiap manusia melakukan kesilapan .. ada yg akan insaf .. tapi kalau dipotong tgn huhu susah laa hidup .. sy harap hukuman potong tangan nih dikenakan kepada penjenayah yang berulang kali melakukan jenayah curi , rompak , ragut etc .. kalau dah berkali2 buat jenayah masyarakat angguk je kalau tgn panjang tuh dipotong .
Quote prettymanja 24-4-2014 08:53 PM
pastu Gomen ade sponsor Tangan pelesu ke Uols? huhu
Quote mrseller 24-4-2014 08:54 PM
Cuba kerajaan Barua Naik bukan pengenalan hudud ni mcm pengenalan GST.Baru teghanggggg.....
Quote saladin780 24-4-2014 08:54 PM
prettymanja posted on 24-4-2014 08:53 PM
pastu Gomen ade sponsor Tangan pelesu ke Uols? huhu

Ko ingat ni patah tumbuh hilang berganti ke konsepnya..hehe
Quote prettymanja 24-4-2014 08:56 PM
saladin780 posted on 24-4-2014 08:54 PM
Ko ingat ni patah tumbuh hilang berganti ke konsepnya..hehe

mane laa tau kn, kate rakyat Msia nie prihatin kekdah nye
Quote Anak_Nogori 24-4-2014 08:59 PM
camner pakar bedah tu potong tangan?..guna parang, guna pedang atau guna alat yg dicipta khas terus potong tangan ke?..

kena bius tak dulu?..
Quote xy_daen 24-4-2014 09:01 PM
Lepas potong tangan bole apply status OKU x nih...
Quote prettymanja 24-4-2014 09:02 PM
Anak_Nogori posted on 24-4-2014 08:59 PM
camner pakar bedah tu potong tangan?..guna parang, guna pedang atau guna alat yg dicipta khas terus  ...

Pedang Samurai kot, msti le bius dulu Abam.. lau xseriau sume org nnti
Quote Anak_Nogori 24-4-2014 09:05 PM
xy_daen posted on 24-4-2014 09:01 PM
Lepas potong tangan bole apply status OKU x nih...

boleh...tapi status OKU tu kena tuntut ngan kerajaan BN lah..kerajaan PR tak boleh..

Quote Anak_Nogori 24-4-2014 09:06 PM
prettymanja posted on 24-4-2014 09:02 PM Pedang Samurai kot, msti le bius dulu Abam.. lau xseriau sume org nnti

ye tak ye jugak...lojik tuuuuu...nak2 bila guna pakar bedah...pakar bedah biasanya sebelum dia bedah..dia bius dulu..

Quote Aquagirl 24-4-2014 09:27 PM
Bleh claim insurance tak under kecacatan kekal?
Derang x rasa siksa kena potong tangan kalu doc bedah buat. Sure kena bius masa potong tu.
Lepas bedah leh mkn pain killer..
Quote kelana36 24-4-2014 09:52 PM
http://bicarasantai.com/2013/01/ ... g-pancung-di-mekah/


mari kita mendalami sedikit bagaimana hukuman potong memotong ni dilaksanakan...
jangan komen sesuka hati...  
Quote kucingTomey 24-4-2014 09:59 PM

betul bang kelana......walaupun bang kelana merupakan seorang yang berjawatan profesional tapi bang kelana sgt2 berpikir tentang hudud.....i respek yu bang kelana......respek!......

bukan mudah nak laksanakan hukuman hudud pada pesalah....makan tahun sebelum hukuman dijatuhkan....dan ada had dia...bukan suka2 jatuh hukum......waris pada mangsa di dahului sebelum dijatuhkan hukuman.....itu hudud ...mybe banyak bende boleh dibincangkan tentang hudud untuk dijalankan di mesia...tapi saya yakin bang kelana.....insyaallah hudud boleh dilaksanakan di negara maju macam mesia.......org mesia ni jakun sket....hudud potong potong hudud....dia ingat nak tetap hukuman macam nak taip kat kibod ?

Last edited by kucingTomey on 24-4-2014 10:02 PM

Quote stars83 24-4-2014 10:01 PM
Kalo potong tgn,takut plak nanti dorg makin mjadi2 malasnya,semua kena tanggung oleh keluarga mangsa potong tgn tu..bak kata pepatah,makan tanggung berak cangkung..bkn makin jd manusia,makin jd bewak idup lah pulok nanti..

Lihat semua komen(253)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.132789 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top