CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Budak Terkunci Dalam Kereta

28-4-2014 03:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14837| Komen: 115

SEREMBAN - Tindakan seorang lelaki meninggalkan dua anak kecilnya berusia 1 dan 3 tahun dalam kereta ketika berurusan di bank, nyaris mengundang padah apabila kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan itu hampir sejam.
       
Kejadian kira-kira 8.40 pagi di hadapan sebuah bank dekat Garden Homes, Seremban 2, di sini, berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang enjinnya masih hidup, terkunci dari dalam menyebabkan anggota bomba dan penyelamat dipanggil bantu menyelamat.
       
Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Md Zin Salleh berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 minit kemudian.
       
Setibanya di lokasi kejadian, katanya, bomba mendapati kedua-dua kanak-kanak terbabit sedang leka bermain sesama sendiri, manakala kenderaan milik mangsa sudah dikerumuni orang ramai.
       
“Kita cuba memanggil dan menarik perhatian kedua-duanya, lebih-lebih lagi si abang supaya membuka kunci pintu dari dalam, tetapi tidak berjaya berikutan kedua-duanya masih kecil dan belum memahami insiden menimpa mereka.
       
“Cubaan kita membuka kesemua pintu guna dawai besi juga tidak berhasil akibat dihalang sistem keselamatan pada MPV itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
       
Md Zin berkata, keadaan itu memaksa si bapa pulang ke rumah di Taman Bukit Galena, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian dengan menaiki van bomba untuk mengambil kunci pendua.
       
“Beberapa anggota juga pergi bersamanya untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan, memandangkan si bapa turut tertinggal kunci rumah dalam kenderaan itu.
       
“Tindakan memecahkan tingkap merupakan jalan terakhir sekiranya keadaan benar-benar mendesak, misalnya si bapa gagal menjumpai kunci pendua atau kedua-dua anaknya mula tidak sedarkan diri akibat lemas,” katanya.
       
Menurutnya, masalah itu bagaimanapun dapat diselesaikan kira-kira 45 minit kemudian apabila si bapa datang kembali bersama kunci pendua.
       
“Pemeriksaan ringkas kita terhadap kedua-duanya mendapati masing-masing dalam keadaan sihat.
       
“Justeru, kita ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa, seperti berlaku hari ini (semalam) bagi elakkan perkara tidak diingini,” katanya.






5

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 26-4-2014 04:26 PM
Quote kucingTomey 26-4-2014 04:28 PM
dulu anak kecil barmain api...negara dipijak org bla bla bla...skarang anak kecil bermain auto lock
Quote kucing_gebu 26-4-2014 04:31 PM
Rasa nak terajang bapak dia boeh x?
Menyusahkan bomba...
Byk lg kerja bomba nk buat..
Quote myvios 26-4-2014 04:31 PM
kalo aku terus pecah kan cermin kereta. takyah tunggu bapak dia amik kunci pendua. biar padan muka dia...
Quote kucingTomey 26-4-2014 04:32 PM
kucing_gebu posted on 26-4-2014 04:31 PM
Rasa nak terajang bapak dia boeh x?
Menyusahkan bomba...
Byk lg kerja bomba nk buat..

dah nama bomba dan penyelamat..tu la kerja bomba.....

Quote kudapkudap 26-4-2014 04:36 PM
pendek akal btol laaa...menggong
Quote ulamalu 26-4-2014 04:39 PM
kesian abg bomba, kena jaga bapak org yg x tahu jaga anak sendiri.
Quote amiraira 26-4-2014 04:41 PM
X perihatin langsung ar
Otak letak dimanakah????????
Quote pakweneelofa 26-4-2014 04:41 PM
duit lebih penting daripada anak..full stop..nuff said
Quote JokesCop 26-4-2014 04:42 PM
myvios posted on 26-4-2014 04:31 PM
kalo aku terus pecah kan cermin kereta. takyah tunggu bapak dia amik kunci pendua. biar padan muka d ...

Kan, ape susah, kutip je batu tepi jalan, hentak cermin sampai pecah or gune teknik pecah cermin kete kalau ade coating..

Lepas tue hentak kepale bapak die, xyah budak tue tunggu sejam, 5minit settle..
Quote batmana 26-4-2014 04:44 PM
bini dia kt umah, mesti dh prepare nk bagi tamparan buaya kt dia...

Quote kucingTomey 26-4-2014 04:45 PM
JokesCop posted on 26-4-2014 04:42 PM
Kan, ape susah, kutip je batu tepi jalan, hentak cermin sampai pecah or gune teknik pecah cermin k ...

ingat senang nak pecah cermin kereta skarang.....tinted dabel layer....kalau pecah terlalu kuat hentak kaca boleh berderai masuk mata anak2 dia.....ingat mudah.....??kau ingat hudud je susah nak expalin..tingkap kereta pun susah nak jelaskan pada org tak paham.......tu belum masuk cromax....ke nak aku ceritakan hal itew??

Quote tobby 26-4-2014 04:46 PM
myvios posted on 26-4-2014 04:31 PM
kalo aku terus pecah kan cermin kereta. takyah tunggu bapak dia amik kunci pendua. biar padan muka d ...

yup. klu aku pun aku akan pecahkan cermin. lepas pecah aku blah cepat2.
Quote shachihata33 26-4-2014 04:47 PM
x ambil pengajaran pada kejadian2 yg akibatkan kematian , kehilangan sebelum ni.
Quote JokesCop 26-4-2014 04:48 PM
kucingTomey posted on 26-4-2014 04:45 PM
ingat senang nak pecah cermin kereta skarang.....tinted dabel layer....kalau pecah terlalu kuat he ...

Actually ade teknik nak pecahkan cermin tinted double coated dengan memasukkan batang seat kepale dekat bawah cermin and tolak sebab kat situ xditinted.. Xsampai 1minit cermin tue berderai2..

Pi carik youtube, mcm mane minah jepun pecahkan cermin mase kereta tengelam.. Ade diajar.. Simple je..
Quote kucingTomey 26-4-2014 04:50 PM
JokesCop posted on 26-4-2014 04:48 PM
Actually ade teknik nak pecahkan cermin tinted double coated dengan memasukkan batang seat kepale  ...

tak sama....kereta mesia banyak ada satu bende macma besi bawah pelapik regulator...ehmmm camne aku terang......kalau kau mekanik senang sket nak paham.....itu safety tu bos

Quote JokesCop 26-4-2014 04:53 PM
kucingTomey posted on 26-4-2014 04:50 PM
tak sama....kereta mesia banyak ada satu bende macma besi bawah pelapik regulator...ehmmm camne ak ...

Yg tue xpasti, that's why batang besi head seat tue disuruh pusing2 sampai dalam, di bole bypass besi tue kut..

Everything bole bypass.. Sedang honda accord pun bole pakai teknik nie, xkanla perodua alza xbley..
Quote myvios 26-4-2014 04:53 PM
JokesCop posted on 26-4-2014 04:42 PM
Kan, ape susah, kutip je batu tepi jalan, hentak cermin sampai pecah or gune teknik pecah cermin k ...

baik hentak kepala bapak dia kat cermin tu...
Quote kucingTomey 26-4-2014 04:56 PM
JokesCop posted on 26-4-2014 04:53 PM
Yg tue xpasti, that's why batang besi head seat tue disuruh pusing2 sampai dalam, di bole bypass b ...

bende2 nak bypass..satria putra mudah.....terlalu mudah.....tapi kalau yang model latest ni susah sket.....paling susah kalau proton kereta inspira....paling susah perodua alza dengan myvi 1.5 kaler kuning tu

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066443 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top