CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Dirogol Abang Kandung Sejak Berumur 9 Tahun

28-4-2014 05:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18723| Komen: 83



Alor Gajah: Dua beradik layak digelar ‘abang durjana’ apabila dipercayai sanggup merogol adik kandungnya secara bergilir-gilir sejak 10 tahun lalu dan kejadian terbaru pada Ahad lalu.


Tindakan terkutuk kedua-dua lelaki awal 20-an itu terbongkar selepas gadis 19 tahun berkenaan, nekad melarikan diri dari rumah mereka di sebuah taman perumahan di daerah ini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa bertindak keluar dari rumah sebelum mendapatkan bantuan jiran untuk membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, jam 12 tengah malam pada hari sama.

Sumber berkata, mangsa yang tidak bekerja itu dipercayai dirogol kedua-dua abangnya secara bergilir ketika berusia sembilan tahun ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

“Sepanjang tempoh itu mangsa tidak menceritakan tragedi hitam hidupnya kepada sesiapa kerana diugut akan dipukul jika perbuatan dua abangnya itu terbongkar,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, dipercayai perbuatan jijik yang berterusan sejak pertengahan 2005 itu turut mengakibatkan mangsa beberapa kali mengandung dan mengalami keguguran tanpa pengetahuan ibu dan bapanya.



“Bimbang dengan ugutan lelaki itu, mangsa hanya mendiamkan diri setiap kali dirogol secara bergilir-gilir oleh lelaki berkenaan.

“Tidak tahan melihat wajah dua abangnya itu dan mengelak daripada dijadikan hamba seks, mangsa bertindak keluar dari rumah setiap kali lelaki berkenaan berada di rumah terbabit,” katanya.


Sumber berkata, bimbang rahsia yang disimpan sekian lama terbongkar, kedua-dua lelaki itu mengekori setiap pergerakan mangsa sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

“Namun, pada tengah malam Ahad lalu, kedua-dua lelaki itu dipercayai masuk ke bilik adiknya sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan merogolnya secara bergilir beberapa kali.

“Tidak tahan dengan sikap buas dua abangnya dan trauma dengan kejadian berkenaan, mangsa bertindak nekad lari dari rumah kelmarin sebelum dibantu jiran membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham mengesahkan mengenai laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
15

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 26-4-2014 06:44 AM
Setannya abng...boleh pula berpakat 2 beradik...
Quote rosasa 26-4-2014 06:50 AM
:Q tabah sungguh ko nak sembunyikan 10 tahun
Quote aku_best 26-4-2014 06:56 AM
Sial punyer abg...adik sendiri pun nk rogol bukan nak melindungi adik sendiri :@
Quote atiqah_bea 26-4-2014 06:56 AM
Camne la mak bapak tak tahu anak laki dia perangai durjana sgt. Bkn sorg dua pulak tu. 10 tahun lepas yg laki baru umur 10 tahun ke atas. Kesian sgt kat si adik abg yg patut jaga dia klu jadi pape kat mak pak yg rosakkan dia dlu.
Quote Dewa19XKangen 26-4-2014 07:17 AM
oO ini,dia buat lekat,kemudian gugur,malam nie abg buat,esok marka dia pula buat,dia ketagihan,dengan abg2 buat juga dalam xrela,janji kemut..
Quote lasagnaklcc 26-4-2014 07:48 AM
Tak sakit ke gugur byk kali...

Mcm tak caye 10 thn leh bertahan...ntah2 sendiri pon dah suka. Papehal abg2 dia mmg durjana laa.
Quote kak_sue 26-4-2014 08:00 AM
Kalau terjadi kat spork...case macam ini dah jadi issue negara. Mesti masuk parlimen nya....

Di-mana letak nya punca masaalah ini?? Ape yg harus kita buat supaya kejadian ini tidak berlaku lagi?? It will goes back to our Education System, our social welfare minister.....our neighbourhood environment....semua akan di-kaji.  Kalau mangsa bangsa melayu....Majlis Agama Islam Spore pun kena kolling2....

Quote nurul_akmar 26-4-2014 08:07 AM
kesian sungguh.
Quote anony-mous 26-4-2014 08:10 AM
Ehhh babi nye abg gni!!! Bia tnjuk muka sket 2 ekor setan tu! Nnti msuk pnjara aku hrap 2 ekor tu kne liwat!! Selama 10 thun!
Quote GhostWalking 26-4-2014 08:13 AM
Mangsa umur 19,dah jadi lebih 10 thn lalu.sejak umur 9 tahun kan?sila hudud je kes yang gini abang2 durjana itu:@
Quote ladyxez 26-4-2014 08:17 AM
Potong anu dua abg durjana
Quote debab_78 26-4-2014 08:35 AM
bangsat punya abg... mohon tunjuk muka dua lahanat itu..
Quote batmana 26-4-2014 08:36 AM
mak pak tk mantau ka?

ke saje buat cite lepas sedap2 ngn bf sndiri..
Quote huJanBaTu 26-4-2014 08:41 AM
mcm drama sgt skripnya!

tapi kalau betul simpati dgn mangsa...
Quote huJanBaTu 26-4-2014 08:41 AM
calling rahim tamby chik utk tlg ke...
Quote huJanBaTu 26-4-2014 08:42 AM
motipp melaka?
itu psl ade skolah utk budak2 mengandung luar nikah.hiks
Quote otai_g 26-4-2014 09:15 AM
ni salah mak bapak la ni bg anak2 makan bnd g x berkat.. reflect kat perangai anak2....
Quote sofea_jenab 26-4-2014 12:10 PM
cmne la adik dia bole bertahan sampai 10tahun....
Quote xAthenax 26-4-2014 12:15 PM
mesti keturunan sembah bahala neh...
tu pasal teda hati perut
sundal 5 henget pun tak mampu?
oooo negeri bekas KM pedophile padanlah

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.242444 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top