CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pakar Motivasi Songsang Jadi Buruan Polis !

29-4-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12747| Komen: 58

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar motivasi dikenali sebagai ‘Mr A’ menjadi buruan polis selepas memperdaya dan memperkosa seorang suri rumah yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sosial, awal bulan ini.

Pada awal perkenalan itu, menurutnya, mangsa dikatakan tidak menceritakan masalah peribadi, namun lelaki itu sering menceritakan kepakaran menyelesaikan masalah dihadapi wanita.

“Taktik itu membuatkan mangsa terpaut pada kebolehan dan kepetahan suspek berbicara, termasuk meyakinkannya dengan pelbagai nasihat.

“Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dengan alasan kononnya bersedia membantu dan mendengar luahan masalah rumah tangga wanita itu,” katanya.

Mangsa kemudian bertemu suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pahang di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu.

“Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa mencari lokasi lain untuk menyambung perbincangan sebelum berjaya memujuk mangsa mengikut ke bilik hotel di tingkat 17 hotel berkenaan.

“Sebaik masuk ke dalam bilik hotel, wanita itu diberi makan sebiji gula-gula sebelum mencium wajah wanita itu.

Mangsa cuba untuk menepis tetapi seperti terpukau dan hanya membiarkan suspek merogolnya,” katanya.

Difahamkan, suspek sempat mengambil gambar bogel mangsa sebelum mengugut mahu menyebarkannya jika mangsa enggan meneruskan hubungan dengannya.

“Mangsa yang risau gambarnya akan disebarkan oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini,” katanya.

Susulan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek berusia 40-an yang dipercayai menyamar sebagai pakar motivasi untuk memperdaya mangsa.



Gambar hiasan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anishacute 29-4-2014 05:41 AM
Itu bukan songsang kak.. songsang maen belakang.. yg ni boleh diketegorikan pakar motibasi giler faraj kak..
Quote miss_baby 29-4-2014 05:51 AM
senangnya kena tipu
Quote noor2 29-4-2014 05:59 AM
pakar motivasi apa ni...

pakar motivasi ni elok ja dipotong anunya
Quote alinone78 29-4-2014 06:02 AM
Teka teki macam board gossip
Yang pompuan pun bodoh p serah diri
Quote stinger_attack 29-4-2014 06:06 AM
noor2 posted on 29-4-2014 05:59 AM
pakar motivasi apa ni...

pakar motivasi ni elok ja dipotong anunya

Azan subuh baru berkumandang kau dah nak potong anu orang...

Cilaka betul kau nih tau....

Quote noor2 29-4-2014 06:07 AM
pakar motivasi dah mengamuk...
Quote stinger_attack 29-4-2014 06:10 AM
noor2 posted on 29-4-2014 06:07 AM
pakar motivasi dah mengamuk...

Seruan azan mengajak orang menunaikan solat...menuju kejayaan...kau rally orang potong anu orang....tak ke cilaka namanya tu?

Kau nak aku sambung lagi?

Quote GhostWalking 29-4-2014 06:25 AM
Ini bukan dipukau tapi terpukau hehehehehe
Quote pittjie 29-4-2014 06:29 AM
apanya yang songsang ni?
Quote DTECCONAN 29-4-2014 07:32 AM
tak ada etika memberikan maklumat, tak ada songsang tulis songsang

apa ler nak jadi
Quote intriQue 29-4-2014 07:34 AM
Knp perlu berjumpa di bilik hotel?
Quote DayangKirana 29-4-2014 07:35 AM
ape yg songsang? anu nya kaa?

mati2 aku ingat pakar motibasi ni LGBT..
Quote d-7-0ne 29-4-2014 07:44 AM
tajuk thread  tt yang songsang.
Quote rosasa 29-4-2014 07:50 AM
tak paham tajuk dan isi
Quote Dewa19XKangen 29-4-2014 07:52 AM
bukti pompuan memang mulut xreti dok diam,masalah sikit ja nak bagitau orang,tekemut2 atas bawah punya mulut,nie memang baguih kena,sendiri cari masalah.masa nie la paling senang laki nak merasa b*rit,jadi pendengar ngan penyelesai masalah wanita.selalu kes akak pejabat skandal ngan orang pejabat juga la,ka ka ka..
Quote pakweneelofa 29-4-2014 07:57 AM
mr Airfilter?
Quote xtahumenahu 29-4-2014 08:02 AM
sume org tara boleh purcaya
Quote miniminimor 29-4-2014 08:12 AM
aku tetap ckp pompuan tu salah
sape suruh bodoh sgt ikut jantan tu
nak luah problem rumahtangga pun, tak payah la nak luah kat org yg baru ko kenal
parents ko kan ade. xde parents, kawan2. xde kawan2, ngadu kat pencipta.

adesss!
Quote Leonarzi 29-4-2014 08:26 AM
Dh gatal sgt nak luahkan isi hati sampai kena jumpa jantan kat hotel tu dh kenapa? Aku syak ni pompuan mesti sama gatalnya juga, cuma bila dh kena ugut nak sebarkan pic, mulalah dia twist story kata dirogol...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.127820 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top