PRAGUE - Seorang gelandangan dilabelkan sebagai lelaki yang paling kotor di Eropah kerana dia gemar tidur di atas abu panas, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Ludvik Dolezal yang berusia 58 tahun akan membakar apa sahaja untuk dijadikan sebagai 'katil' tempat dia tidur. Malah, dia turut membakar tilam dan selimutnya. "Setahun lalu, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Sejak itu, saya tinggal di atas abu. "Setiap malam, saya baring di atas abu panas dan akan memasukkan abu ke dalam baju supaya badan saya berasa panas, saya berasa abu itu panas seperti api neraka selepas itu," katanya. Dolezal yang tinggal sebuah rumah ladang yang terbiar dikatakan mengalami masalah mental hingga menyebabkan dia mahu menjalani kehidupannya itu dengan api dan abu. Dalam pada itu, kerajaan Czech memberi bantuan sebanyak £81 (RM444) sebulan kepadanya, namun pihak berkuasa tidak memberikan kesemua wang itu kerana khuatir dia akan membakarnya. DOLEZAL yang diselaputi abu dilabel lelaki paling kotor di Eropah.
|
alinone78 posted on 30-4-2014 06:12 AM
Bodoh bertingkat2
Entah apa motifnya
anishacute posted on 30-4-2014 06:16 AM
Kan katanya ada masalah mental.. x baek tawww ckp orang mental camtu
alinone78 posted on 30-4-2014 06:17 AM
Depa xde hospital gila ka?
naina posted on 30-4-2014 07:40 AM
Mcm api neraka? Hehe mcm pernah rse api neraka tu cne
pernah bce paper ritu laki terkotor didunia k ...
ADVERTISEMENT