CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah: Saya Terkejut, Lutut Menggeletar, Badan Lemah

30-4-2014 11:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4509| Komen: 1


Rosmah: Saya terkejut, lutut menggeletar, badan lemah

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal.
    
"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya.
    
Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi. Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama.
    
"Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian)," katanya.


Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
    
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
    
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
    
Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu.
    
Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku.
    
Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini.
    
"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong. Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya.

Ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.
    
"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," katanya.
    
Katanya, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.
    
Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.
    
"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya.

Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih.
    
Beliau turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu.
    
"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya.
    
Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.
    
Dalam perkembangan lain, Rosmah yang juga Penaung Permata turut menyentuh mengenai Pusat Permata Kurnia yang memberi perkhidmatan khusus bagi kanak-kanak autisme akan beroperasi April tahun hadapan.
    
Katanya program intervensi awal untuk kanak-kanak penghidap autisme dan keluarga mereka yang berpusat di Sentul di sini akan berkerjasama dengan Autism Speaks, sebuah pertubuhan sains, kesedaran dan nasihat autisme terkemuka dunia, yang berpangkalan di New York City.
    
"Kita ingin supaya mereka (penghidap autisme) diberi perhatian dan pusat ini akan beri persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk bolehkan mereka kembangkan kemahiran yang ada," katanya.

Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1
13

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
21

Sedih
16

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Shahreen74 5-5-2014 01:14 PM
Caya lah Rosmah... Go Rosmah.. Go.. give the support pun dah ok... apa yg dia kata ni pun nanti jd bahan gak... oleh golongan2 yg..'tut'...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.195834 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top