CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelakon Mimpi Cinderella Eina Azman ditipu Datuk

18-3-2013 09:48 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 51320| Komen: 323

“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.

“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu. Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.



“Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyridz 16-3-2013 11:55 AM

Quote Aneem 16-3-2013 12:02 PM
“Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” katanya kepada Harian Metro.
dok bersenggol2an, melentok dengan bf takpe pulak..
kata ade maruah, ada mak bapak..

Ini semua poyo!!
Quote skun 16-3-2013 12:07 PM
Aneem posted on 16-3-2013 12:02 PM
dok bersenggol2an, melentok dengan bf takpe pulak..
kata ade maruah, ada mak bapak..

At least dia tak ikut Datuk tu okey !!! nak kena serah segalanya, dgn BF, lentok lentok je..
hahaha
Quote mimi77 16-3-2013 12:08 PM
ada jugak org buka thread nie..ni anak menakan juliza adlizan tu kan?
Quote babyridz 16-3-2013 12:09 PM
mimi77 posted on 16-3-2013 12:08 PM
ada jugak org buka thread nie..ni anak menakan juliza adlizan tu kan?

apsal??? xleh buka thread ni ke???


Quote mimi77 16-3-2013 12:10 PM
babyridz posted on 16-3-2013 12:09 PM
apsal??? xleh buka thread ni ke???

dr semalam dok tunggu ape citer kes ni since ada kuar galaksi
Quote babyridz 16-3-2013 12:13 PM
ooooooooooooooo iols tak tgk galaksi semalam

hari ni jer terbaca kat metro


Quote camrey 16-3-2013 12:20 PM
Umo 18thn nak beli keta merc RM220K
Dh bayar RM175,500
Keta merc re-con kah?
Ke model baru?
Quote niieza 16-3-2013 12:21 PM
malam td kuar galaksi..xnak bg tahu..kononnya cuba nak selesaikan dulu..agaknya datuk tu dah melampau...itu yg terpaksa guna media,..huhu
Quote Syd 16-3-2013 12:21 PM
ni budak yang nampak tua, tapi umo mentah lagi tu kan?

dah amek spm lom?

Quote Syd 16-3-2013 12:23 PM
babyridz posted on 16-3-2013 11:55 AM

Biodata Profil Eina Azman



NAMA: Ainur Syakina Azman

PANGGILAN: Eina Azman

TEMPAT LAHIR: Mentakab, Pahang

TARIKH LAHIR: 13 Mac 1995

UMUR: 16 tahun

STATUS: Bujang

BILANGAN DALAM KELUARGA: Anak bongsu daripada lima beradik

DRAMA: 5 Jingga, 23:55, Calon Isteri, Anorexia Nervousa, Mistik Alam Hitam (Panggilan Maut), Baju Raya Mona dan Detik 12:00 Malam Selendang

FILEM: Ratu The Movie dan Ada Sesuatu Yang Tertinggal

PENGACARA: Music Active Genre Pop sebanyak 13 episod dan Impian Anggun musim ke-3

IKLAN: Cadbury Gold, CareFree Queen dan Twister

PENCAPAIAN LAIN: Bridal catwalk di Midvalley 2009, Busana Ratu Sehari Model 2010, Lady Gaga Model Catwalk In Lim Kok Wing 2010, menyertai Bintang Kecil 2006 dan 2007 serta menyertai pertandingan nyanyian Oh La La 2009







Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/03/biodata-profil-eina-azman-pelakon-ratu.html#ixzz2NfowIsbY

Quote jarikuku 16-3-2013 12:24 PM
xsangka umo baru 18thn...
ingt kan around 24+ ..
Quote pilssowe 16-3-2013 12:37 PM
die nie muka tua b4 waktu nye..n time blakon suke tcemek2..
Quote alinone78 16-3-2013 12:41 PM
hek elleh ..awat bengap sangat
nak beli kereta .. pergila kat kedai jual kereta
Quote adelea 16-3-2013 12:44 PM
mimi77 posted on 16-3-2013 12:08 PM
ada jugak org buka thread nie..ni anak menakan juliza adlizan tu kan?

oo anak menakan juliza rupanya
patutla cantikkk

suara dia husky ,
suka sgt
Quote murasaki 16-3-2013 12:47 PM

semak tgk mek nih kene interbiu dgn kiah propa smalam.....dgn suara nye mcm tu....mcm dibuat2 ala2 manja....pastu duk main2 rambot.....meluaaaaaaatttt nyeeeeee


Quote kikikiko 16-3-2013 12:48 PM
mn wey pic lentok2
Quote miawpink 16-3-2013 12:50 PM
mana dia dpt duit banyak nk beli kereta mahal tu?
kaya sangat ke dia ni?
pinjam duit juliza ke tuk beli kereta?
asal x buat urusan jual beli kereta kat kedai jual kereta je?
banyak nye soalan x jwb ni
Quote AdamBillionaire 16-3-2013 12:51 PM
alinone78 posted on 16-3-2013 12:41 PM
hek elleh ..awat bengap sangat
nak beli kereta .. pergila kat kedai jual kereta

artis mana ada kaya, kecuali yg berniaga core business kukuh.. dia nak beli kereta elak tax AP lah tu

Lihat semua komen(323)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048447 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top