CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hantar Pizza Pun Sempat Merogol!

2-5-2014 11:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12877| Komen: 88



PETALING JAYA: Seorang penghantar piza hari ini dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah merogol anak bekas teman wanitanya yang berusia lima tahun, Julai tahun lalu.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Hamdan Ahadluddin, 53, bersalah merogol kanak-kanak perempuan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Mahkamah berpendapat pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata. Oleh itu, tertuduh didapati bersalah seperti mana dalam pertuduhan," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Julai 2013.

Hamdan didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Lembah Subang, Petaling di sini pada Mei 2013.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu peguam PG Cyril yang mewakili Hamdan memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan dilakukan oleh pihak polis.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, pula berkata mahkamah perlu mengambil kira rekod kesalahan lampau iaitu rogol yang pernah dilakukan tertuduh pada 2005 sebelum menjatuhkan hukuman.

"Tertuduh tidak pernah insaf meskipun mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia masih melakukan kesalahan yang sama (rogol) terhadap kanak-kanak itu yang sepatutnya perlu dilindungi olehnya," kata Nur Aishah.

Tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan.

11

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 30-4-2014 04:00 PM
ngerinye di rogol coz of Pizza Uolss
Quote asermullen 30-4-2014 04:10 PM
ok sapa nak reply 'tembak bagi mapos je.. hidup nyusahkan orang'
Quote rosasa 30-4-2014 04:19 PM
5 tahun kotttttt, sial la lelaki macam ni
Quote munchkin 30-4-2014 04:41 PM
gila betul ni. kenakan seperti professor martial art tu baru rasa.
Quote Athrun.Zalaa 30-4-2014 04:42 PM
Umur 53 kena penjara 20 tahun...
Keluar kalau ckup tahun hukuman = 73...

Adakah dia dh insaf?!
Quote annehuda 30-4-2014 04:47 PM
Terdahulu peguam PG Cyril yang mewakili Hamdan memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan dilakukan oleh pihak polis.


dah ade 2 anak... hmm... berdoalah ye pakcik moga-moga anak2 ko tak kene rogol plak. baru ko tau seksanye
Quote Badut.Sarkas 30-4-2014 05:06 PM
maybe dia dah bernikah ngan budak tu kot..
Quote melzal 30-4-2014 05:19 PM
Bekas teman wanita? Maksudnya dah x de apa2 dah dgn ex gf dia tu....dan dah kawin ada anak dua....pakcik ni berskandal dgn ex gf ke selama ni?
Quote gede-bab 30-4-2014 05:23 PM
umur 53  dah nak mampus pun masih tak sedar diri..semoga mampus dalam jel...
Quote shysari 30-4-2014 05:25 PM
53 tahun kerja anta pizza ...biar betul ni
Quote MegiTomyam 30-4-2014 05:33 PM
asermullen posted on 30-4-2014 08:10 AM
ok sapa nak reply 'tembak bagi mapos je.. hidup nyusahkan orang'

'tembak bagi mapos je.. hidup nyusahkan orang'
Quote fatehana 30-4-2014 05:34 PM
Dah ada kes seblom ni tp x bg raw pun yg kes 2005 tu dgn saper
20 tahun jer dgn 10 sebatan, patut jgn bg kuar lgsg
Benda berlaku thn lps ms tu dia dah 52 tahun, mmg ler perogol ni jgn dibg muka
Quote Badut.Sarkas 30-4-2014 06:33 PM
Laki umur 53 tahun? Budak pempuan umur 5 tahun? I am having a dejavu here. Mcm penah dgr kejadian ni b4 this..
Quote naina 30-4-2014 06:41 PM
Byknye kes rogol knk2
bodo betol
Quote RED 666 30-4-2014 06:44 PM
kenapa makin ramai pedo skang ni?
Quote Badut.Sarkas 30-4-2014 06:52 PM
RED 666 posted on 30-4-2014 06:44 PM
kenapa makin ramai pedo skang ni?

Bkn skrg je.. dah beratus tahun.. malah beribu tahun pedo dah ada
Quote RED 666 30-4-2014 06:58 PM
Badut.Sarkas posted on 30-4-2014 06:52 PM
Bkn skrg je.. dah beratus tahun.. malah beribu tahun pedo dah ada

maksud aku kat negara kita, dulu2 kurang kes pedo ni
Quote alinone78 30-4-2014 07:06 PM
2005 45 rogol
2013 52 pun rogol

Mangsanya 5 tahun??
What the fish?
Quote nurul_akmar 30-4-2014 07:06 PM
harap masuk jel sampai mati

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039211 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top