CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hartanah Di Kuala Lumpur Termurah

2-5-2014 03:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9347| Komen: 79


Abdul Hamid

KUALA LUMPUR 29 April - Kadar harga hartanah di Kuala Lumpur sehingga hari ini masih termurah berbanding bandar-bandar utama di rantau ASEAN, menjadikannya destinasi paling berkemampuan untuk dimiliki.

Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Datuk Abdul Hamid Abu Bakar berkata, Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai hartanah paling murah, sebaliknya turut mempunyai infrastruktur yang lengkap dan pembangunan yang lebih pesat daripada bandar-bandar ASEAN yang lain.

“Walaupun ramai dalam kalangan rakyat yang merungut harga hartanah terlalu mahal dan tidak berkemampuan di Kuala Lumpur, namun, di sini adalah lebih baik berbanding bandar-bandar besar yang lain di ASEAN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Simposium Penyelidikan Hartanah Antarabangsa (IRERS) 2014 di sini hari ini.

Simposium itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Mat Noor Nawi.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengarah Institut Penilaian Negara (Inspen), Datin Faridah Mohammed.

Bagaimanapun, ketika ditanya perbezaan harga di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan bandar-bandar raya di ASEAN, beliau memberitahu tidak mempunyai data mengenainya pada ketika itu.

Mengenai transaksi hartanah pada tahun ini, jelas Abdul Hamid, ia bakal menunjukkan penyusutan.

Katanya, situasi itu telah berlaku sejak 2012 berikutan gaya pembeli hartanah yang berjaga-jaga dalam pasaran.

“Situasi begitu amat baik kerana pembeli membeli hartanah masing-masing untuk disimpan atau digunakan, bukan untuk dijual semula.

“Hal ini akan mengurangkan aktiviti spekulator hartanah yang menyebabkan peningkatan harga hartanah secara mendadak," ujarnya.

8

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azharariff 1-5-2014 11:25 PM


“Walaupun ramai dalam kalangan rakyat yang merungut harga hartanah terlalu mahal dan tidak berkemampuan di Kuala Lumpur, namun, di sini adalah lebih baik berbanding bandar-bandar besar yang lain di ASEAN," katanya.


statement yg wajib daripada badut2 sarkas, termurah pala bana hang!!
Quote Acong 1-5-2014 11:25 PM
ARKIB : 13/04/2014
TPPA beri kesan harga hartanah?
Oleh MIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
[email protected]

KUALA LUMPUR 12 April - Harga rumah yang kini mahal kerana permainan spekulator tempatan dibimbangi akan melambung lebih tinggi dengan kemasukan spekulator asing apabila Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kelak.

Pengarah Penyelidikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Azlan Awang berkata, apabila kerajaan menyertai TPPA, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh lagi mengawal aliran keluar masuk wang dari luar negara untuk pelaburan di negara ini kerana antara klausa dalam perjanjian itu ialah aliran modal yang bebas.

“Ramai tidak mampu membeli rumah sekarang kerana rumah dijadikan satu barangan komoditi untuk dispekulasi. Itu baru spekulator tempatan kerana kelemahan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kurangnya pengawalan penggunaan duit pasaran gelap dan kelonggaran pinjaman oleh institusi perbankan.

“Apabila tandatangani TPPA, wang yang besar akan datang dari luar negara. Pelabur asing boleh melabur dalam industri sebenar, pasaran saham dan hartanah. Ini akan mengakibatkan kenaikan harga rumah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Rakyat kesan TPPA dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas sektor perumahan anjuran Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Selain Azlan, seorang lagi ahli panel dalam program yang dikendalikan oleh Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Selangor (Unisel), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Salleh itu ialah Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakop.

Azlan juga berkata, aspek paling berbahaya dalam TPPA ialah pelabur asing boleh mengambil tindakan saman ke atas kerajaan Malaysia sekiranya membuat dasar atau peraturan yang memberikan kesan kepada mereka.

Katanya, pelabur asing juga tidak memfailkan saman itu di mahkamah tempatan sebaliknya di mahkamah antarabangsa yang salah satunya berada di New York, Amerika Syarikat (AS).

“Kalau mereka rasa dasar-dasar yang dibuat kerajaan untuk kepenti-ngan negara dari segi rakyat, alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan sebagainya boleh memberi kesan kepada keuntungan, pendapatan atau nilai pelaburan jangka panjang, mereka boleh saman kita di mahkamah antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti dan memahami kesan-kesan tersebut sebelum mengambil keputusan menyertai TPPA.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... tanah#ixzz30TgsVoPh
© Utusan Melayu (M) Bhd


bumi yg dipijak milik org..........
Quote xpdckelate 1-5-2014 11:55 PM
memang murah pun,murah sangat2 sampai tak terbeli
Quote bidacool 1-5-2014 11:59 PM
Apa la pakcik ni merepek? Dia duduk UK gaji pound boleh la sembang murah, mampu milik bagai......
Quote spiderman80 2-5-2014 02:12 AM
Tapi memang betul kata beliau. Kali ini saya terpaksa bersetuju ngan kerajaan. Harga hartanah kita memang murah berbanding ngan Hong Kong, Singapore, New York dan Tokyo.
Quote mommymonster82 2-5-2014 02:14 AM
Termurah..???
Ok.... Gaji pekerja n taraf ekonomi camner plak dgn negara yg dibanding tu ???
Quote Dunhill. 2-5-2014 05:51 AM
Masih murah berbanding zimbabwe,burundi,burkina faso
Quote Al-Patih 2-5-2014 06:21 AM
KUALA LUMPUR 29 April - Kadar harga hartanah di Kuala Lumpur sehingga hari ini masih termurah berbanding bandar-bandar utama di rantau ASEAN, menjadikannya destinasi paling berkemampuan untuk dimiliki.

Dey Hamid ..kalu bandingkan dengan tanah ..kat bulan ..lagi murah taw....benggong punya statement...

Psst...Hamid ..yang free ado taw ...6"x3"
Quote degil81 2-5-2014 07:33 AM
celah bedah mana plak murah pakcik oiiii..klu jual dgn rakyat asing mungkin la murah.. dengan rakyat sendiri?
Quote Innrukia 2-5-2014 07:47 AM
Dgn gaji, elaun & benefit yg dia dpt, mungkin murah & mampu milik bg dia.
Dibanding dgn rakyat marhaen yg kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang...akhirnya mampu tido dlm kereta ja
Quote the_killer 2-5-2014 08:04 AM
spiderman80 posted on 2-5-2014 02:12 AM
Tapi memang betul kata beliau. Kali ini saya terpaksa bersetuju ngan kerajaan. Harga hartanah kita m ...

betul...infra negara kita lebih maju berbanding zimbawe,congo,haiti,kemboja,myammar,somalia dan habsyah  
Quote ninja boy 2-5-2014 08:14 AM
walaupun kata murah tapi KL bukan setaraf bandaraya besar new york hong kong tokyo
Quote kecimpret 2-5-2014 09:55 AM
termurah di ASEAN....hahaha


Quote airfilterkotor 2-5-2014 10:59 AM
Kenyataan yang keluar dari molot Ketua Pengarah Penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan tu membuatkan rakyat ni terasa macam bodo je.

Bodo ke kami...?
Quote the_killer 2-5-2014 11:05 AM
Boleh tak kalo statement Menteri dan Jusa yang memperbodohkan rakyat boleh dibuat laporan polis?
Quote green~tea 2-5-2014 11:07 AM
Bagaimanapun, ketika ditanya perbezaan harga di antara bandar raya Kuala Lumpur dengan bandar-bandar raya di ASEAN, beliau memberitahu tidak mempunyai data mengenainya pada ketika itu.

huk aloh... sembang kencang tp mintak data takde.... sarkis sgt...
Quote kekure 2-5-2014 11:15 AM
Memang murah pun..
Murah sampai rakyat sendiri tak mampu nak beli rumah
Quote airfilterkotor 2-5-2014 11:15 AM
the_killer posted on 2-5-2014 11:05 AM
Boleh tak kalo statement Menteri dan Jusa yang memperbodohkan rakyat boleh dibuat laporan polis?

Kenyataan putar belit...?
Kenyataan mengelirukan...?
Kenyataan berunsur menindas...?
Rasa tertipu...?

Seret masuk Tribunal Pengguna.
Quote mzzenma 2-5-2014 11:17 AM
Murah sgt weiii....par gomen boleh beli sepuluh biji rumah..no hal lah



Another stoooopid statement from the so-called orang atasan belajar tinggi and bijak2 belaka

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.041098 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top