CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Guna Air Parit

6-5-2014 12:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6097| Komen: 36

Jusoh sekeluarga berdepan masalah air kerana telaga sedalam hampir 10 meter berhampiran rumahnya ini hampir kering. 


HULU TERENGGANU - Musim kemarau berpanjangan sejak kebelakangan ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya banyak kes kebakaran belukar dan hutan, malah impaknya turut dirasai mereka yang menggunakan perigi sebagai sumber air.

Senario itulah dihadapi sebanyak 15 sekeluarga yang tinggal di hujung Kampung Merbau Pulas, di sini, yang berdepan masalah air sejak dua bulan lalu kerana perigi digunakan mereka sebagai sumber air utama, kian kering.

Mahu atau tidak kerana tiada pilihan, penduduk, Jusoh Ibrahim, 63, dan keluarga terpaksa menggunakan air parit berhampiran rumahnya untuk kegunaan harian termasuk menguruskan ibunya, Che Yah Mamat, 85, yang kini terlantar akibat angin ahmar.

Jusoh berkata, dia berdepan keadaan sedemikian buat kali kedua sejak tinggal di situ 35 tahun lalu, malah dia sendiri tidak dapat menggambarkan keperitan terpaksa ditanggung mereka sekeluarga dengan kata-kata.

“Pakcik guna pam elektrik untuk sedut air perigi yang disalurkan ke tiga rumah termasuk rumah emak dan anak pakcik yang terletak berdekatan. Masalah air berlaku apabila musim kemarau terlalu lama kerana enjin pam tidak berfungsi akibat air cetek.

“Kedalaman perigi hampir 10 meter dan mahu atau tidak, pakcik sekeluarga terpaksa menimba air biarpun ia bercampur lumpur, untuk minum. Jika untuk mandi atau kegunaan harian lain pula, parit jadi tumpuan. Soal bersih atau tidak, letak ke belakang.

“Walaupun bimbang akan jejaskan kesihatan khususnya buat ahli keluarga yang uzur, bayi dan kanak-kanak, namun kami terpaksa juga gunakannya. Saya sendiri tidak pasti sampai bila perlu berdepan masalah ini,” katanya, kelmarin.

Mohon sedia paip jalan

Menurut Jusoh lagi, sebuah perigi lain sudah digali di rumah anaknya yang turut menggunakan pam elektrik beberapa tahun lalu, tetapi perigi itu tidak dapat digunakan kerana airnya berbau busuk dan masam.

Justeru kata Jusoh, anaknya sekeluarga kini terpaksa menggunakan air perigi di rumahnya untuk keperluan harian.

"Bagi mengelakkan masalah air ketika kemarau berulang, saya sudah membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan paip jalan sekitar 2012 lalu.

“Namun, saya tidak tahu kenapa kerja pemasangan dilakukan separuh jalan. Jika ada kemudahan paip ini, sekurang-kurangnya kami tidak perlu lagi berdepan gangguan bekalan air akibat telaga kering,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 5-5-2014 07:26 PM
hmmm.... pelik pelik... SATU tido ke...
Quote munchkin 5-5-2014 07:40 PM
Kasian keluarga ni
Quote kecimpret 5-5-2014 10:00 PM



Quote tumpanglalu74 5-5-2014 10:08 PM
Memang tak boleh blah..
Quote zorrro_03 5-5-2014 10:22 PM
clarizsa posted on 5-5-2014 07:26 PM
hmmm.... pelik pelik... SATU tido ke...

Satu tgh bilang dari dulu sampai lani. Tak gerak2.  
Quote totokreturn 5-5-2014 10:32 PM
Musti ghanu bagi air pree nih bak kata ketua no.1 umno najib...
Quote kecimpret 5-5-2014 10:34 PM
totokreturn posted on 5-5-2014 10:32 PM
Musti ghanu bagi air pree nih bak kata ketua no.1 umno najib...

kalo dah guna air parit konfom pree la kannnnnn
Quote MarryPottet 5-5-2014 11:10 PM
tak cayalah aku!
ni mesti tt edit nama tempat, yg sebenarnya hulu selangor bukan hulu terengganu
mustahil rakyat di negeri yg diperintah oleh parti pilihan tuhan menghadapi masalah bekalan air
lagi pulak telaga minyaknya pun tak pernah kering, inikan pulak telaga air
lagi dan lagi, terengganu berjiran dengan negeri yg mempunyai bekalan air yg melimpah ruah sehinggakan terpaksa mengeksport limpahan air tersebut ke negeri selangor
Quote totokreturn 6-5-2014 01:59 AM
kecimpret posted on 5-5-2014 10:34 PM
kalo dah guna air parit konfom pree la kannnnnn

najib marah bagi air pree sebab air sampai kering.. pahang negeri dia bagi air pree jugak kaa..?? bodoh punya PM umno dalam sejarah malaysia.... kangkung... kangkung...


Quote bunnybumbum 6-5-2014 02:48 AM
Terengganu air kering sbb undi PR jugak. Kesian rakyat terengganu..mesti sbb bagi air free tu yg kering hbis negeri terengganu...

Sibuk sgt dgn projek langat..
Knp xbuat projek air ke hulu terengganu?
Quote sup@rm@n 6-5-2014 03:04 AM
Ni mesti keje red bean army sampai pakcik jusoh tak dapat air
Quote Acong 6-5-2014 03:46 AM
tu laaa........... sapo suh bagi air free
Quote Al-Patih 6-5-2014 06:05 AM
clarizsa posted on 5-5-2014 07:26 PM
hmmm.... pelik pelik... SATU tido ke...

nasib SATU yang tidur ..kalu DUA ...mampush....
Quote Acong 6-5-2014 09:00 AM

Quote otai_g 6-5-2014 09:24 AM
berita ni berlaku kat terengganu la bkn kat selangor.

nak provok pun agak2 la. jgn tonjolkan sgt kebodohan tu....

Quote lizaliza 6-5-2014 09:27 AM
pelik betul orang kelantan dengan terengganu ni, majoriti rumah diorang pakai perigi, tak nak pakai air paip. Laluan paip pun diorang berkira nak bagi masuk kat tanah masing masing.
Quote kecimpret 6-5-2014 09:31 AM
totokreturn posted on 6-5-2014 01:59 AM
najib marah bagi air pree sebab air sampai kering.. pahang negeri dia bagi air pree jugak kaa..??  ...

igt Selangor je leh kasi air free..kami pun leh kasi laaa





kata macai dengan bangganya
Quote totokreturn 6-5-2014 10:54 AM
kecimpret posted on 6-5-2014 09:31 AM
igt Selangor je leh kasi air free..kami pun leh kasi laaa

Pahang ngan ghanu harus berhenti bagi air pree penyebab air sampai kering.... perdana menteri kangkong umno...
Quote atira 6-5-2014 10:56 AM
gila la..
terengganu tu air punye banyak..
kalau empangan tasik kenyir tu pecah.... tenggelam satu malaysia kekdahnye

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041526 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top