CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jepun Hantar Guru Prasekolah Jalani Latihan Di Negara Ini!

6-5-2014 12:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7899| Komen: 57

Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Jepun akan menghantar 16 guru prasekolah untuk menjalani latihan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di Malaysia pada hujung Julai ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, semua guru dari bandar Hamamatsu itu akan menjalani latihan di Universiti Sunway bermula 26 Julai hingga 24 Ogos.

"Jepun sebelum ini telah menghantar pegawai tertinggi mereka untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum menghantar guru-guru berkenaan.

"Penghantaran mereka ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun yang telah terjalin selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat khas dengan Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Hakubun Shimomura di sini hari ini. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 6-5-2014 07:54 PM
Baguuuusss
Quote clarizsa 6-5-2014 08:04 PM
jepun, ajar english.... hmmm...
Quote katak hijau 6-5-2014 08:34 PM
Kat malaysia..kerajaan import tenaga luar utk mentor cg2 n pensyarah bahasa inggeris. Yg kat skolah aku dah 2nd cohort. Dr austria...which is aku rasa english kami lagi bgs dr dia. N dgr2 gaji dorang pun besar..
Quote Czaziq 6-5-2014 09:00 PM
hayo jepun ajar english?? bagaraaaaa!! lol
Quote selipar_hijau 6-5-2014 09:02 PM
Igt kn dtg jd perisik kih3
Quote perang_candu 6-5-2014 09:02 PM
latihan mengajar.. bukan mengajar..
Quote Leonarzi 6-5-2014 09:09 PM
Generasi muda jepun skrg dh makin ramai yg faham english skit2... Jepun mmg x perlukan english sbb mereka ada teknologi mereka snediri, tp srkg mereka belajar english sbb semakin ramai tourist gi negara mereka skrg...
Quote hafiz18 6-5-2014 09:13 PM
Boley usha awek jepun yg cun
Quote Bedah.Cun 6-5-2014 09:15 PM
jepon pungkok x basuh
Quote pinksarah 6-5-2014 09:15 PM
hamamatsu..

tmpt i pernah menetap suatu ketika dulu..

jepun mmg x memerlukan english sbb rata2 dorang guna bahasa jepun je..foreigners yg nak duduk tmpt dorang tu harus belajar bahasa mereka..

but they respect kita foreigners ni,x faham english pun they will try their best to understand us..hihihi..

pengalaman yg x boleh lupa..
Quote saladin780 6-5-2014 09:22 PM
katak hijau posted on 6-5-2014 08:34 PM
Kat malaysia..kerajaan import tenaga luar utk mentor cg2 n pensyarah bahasa inggeris. Yg kat skolah  ...

Austria. ??? Klu australia ok la jugak
Quote ikan_kaghing 6-5-2014 09:25 PM
pinksarah posted on 6-5-2014 09:15 PM
hamamatsu..

tmpt i pernah menetap suatu ketika dulu..

Pernah menetap kat hamamatsu ka ?

Kat situ ada 鮪ステーキ yang maha sedap kan selain 鰻 ?
Quote mbhcsf 6-5-2014 09:28 PM
oh ? i see ....kenape ye Malaysia jadi pilihan...
Quote pinksarah 6-5-2014 09:36 PM
ikan_kaghing posted on 6-5-2014 01:25 PM
Pernah menetap kat hamamatsu ka ?

Kat situ ada 鮪ステーキ yang maha sedap kan selain 鰻 ?

pernah...

duduk dlm city hamamatsu..

dulu before tsunami i rajin makan dkt restaurant india ni,lupa pulak nama nya..ni 100% halal..

then ada indonesian restaurant nama surabaya,hat ni daging x halal but they dont served pork and utk muslim depa sediakan seafood..

and ada lagi few restaurants along the street,but after tsunami dh tutup kedai2 ni..

mungkin yg jual steak and eel tu baru buka kot..time i duduk sana dulu x ada dgr lg..

i love unagi pie by the way..

and dkt jepun lah i merasa puff brand 'beard papa' tu..long before depa buka franchaise di malaysia..hihihi

but what i missed the most are the environment itself,susah wey nak cari keadaan mcm tu..you feel safe pergi memana..

haish..




Quote pinksarah 6-5-2014 09:38 PM
mbhcsf posted on 6-5-2014 01:28 PM
oh ? i see ....kenape ye Malaysia jadi pilihan...

org malaysia ni bahasa english 'proper'..

ala bahasa buku..

x de accent mcm british,american,australian tu...

senang jepun nak faham..

hahaha,ni klu ikut kata cikgu anak i la,org kita punya english much better than local di sini..apatah lg english bukan main language kita yet boleh bertutur dgn baik..



Quote ikan_kaghing 6-5-2014 10:09 PM
pinksarah posted on 6-5-2014 09:36 PM
pernah...

duduk dlm city hamamatsu..

Ya ka..

Sebelum pindah ke Tokyo aku menetap di Nagoya.

Hujung minggu selalu la juga peghabih minyak ke Hamamatsu kerana

semata-mata ingin menikmati maguro steak itu.

Maguro steak itu orang jepun yang buat tapi rasanya betul-betul macam daging.

Kadang-kadang was-was juga
Quote pinksarah 6-5-2014 10:15 PM
ikan_kaghing posted on 6-5-2014 02:09 PM
Ya ka..

Sebelum pindah ke Tokyo aku menetap di Nagoya.

you made me rindu jepun!

rindu nak poya2 dkt kami maezu..hihi

you mesti tau kan,area nagoya nih..
Quote Syumaimah 6-5-2014 10:21 PM
Zaman aku sekolah menengah dulu ada student
Jepun belajar kat sekolah aku... Program pertukaran pelajar.... Best la dpt belajar bahasa jepun dgn dia...

Quote ikan_kaghing 6-5-2014 10:30 PM
pinksarah posted on 6-5-2014 10:15 PM
you made me rindu jepun!

rindu nak poya2 dkt kami maezu..hihi

Kesiann...

Nagoya ni ada 2 benda ja yang best buat...shopping dan driving.

Shopping sebab banyak pusat membeli belah buat kelas atasan dan

driving pula sebab banyak betul kereta mewah berkeliaran sana sini, sedap cuci mata.

Kalau bab makan, aku suka keluaq Nagoya....lapang sikit menikmati makanan dalam suasana kehijauan.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.179849 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top