Johor Bahru: Kekecohan dicetuskan segelintir penyokong tuan rumah menyebabkan kira-kira 100 penyokong dan juga pemain Pahang tidak dapat keluar dari Stadium Tan Sri Hassan Yunus sebaik perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang, di sini berakhir sebentar tadi.
Tindakan provokasi segelintir penyokong termasuk menghambur kata-kata kesat menyebabkan situasi bertukar tegang dan memaksa pasukan keselamatan daripada Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan mengambil langkah berjaga-jaga.Sehingga 12.20 tengah malam tadi, penyokong masih enggan bersurai walaupun dinasihatkan pihak keselamatan. Kekecohan dipercayai berpunca daripada insiden kekasaran ke atas pasukan JDT sewaktu Liga Super di Kuantan sebelum ini. Pihak polis dilihat menemui wakil penyokong tempatan, seorang lelaki awal 40-an yang sebelum itu lantang bersuara termasuk menuntut pemain Pahang menuntut maaf di atas apa yang terjadi dan pertemuan tertutup antara lelaki itu serta wakil pemain Pahang diaturkan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Abd Samad Salleh. Sewaktu wakil Elephant Army yang memperkenalkan diri sebagai Angah memohon maaf daripada rakyat dan penyokong Johor selain berjanji tidak akan berlaku kekasaran terhadap penyokong Johor, keadaan tiba kecoh apabila polis mula menangkap orang ramai yang sejak tadi berkumpul. Bagaimanapun, Abd Samad berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada terdapat sebarang tangkapan. Sejurus selepas semua penyokong JDT bersurai, pemain serta penyokong Pahang dilihat meninggalkan stadium. Pahang membawa pulang bekal kelebihan jaringan di tempat lawan apabila mengikat JDT 1-1 di sini, dalam saingan malam tadi. |
highcastle posted on 6-5-2014 07:04 AM
Sebagai warga Johor, aku mmg rasa malu lah perangai caprut camni.. Harap @peYno dapat memberi sepata ...
highcastle posted on 6-5-2014 07:04 AM
Sebagai warga Johor, aku mmg rasa malu lah perangai caprut camni.. Harap @peYno dapat memberi sepata ...
akuMNdia posted on 6-5-2014 07:07 AM
esok2 bila Pahang plak balas apa yg diorg buat ni tau plak diorg kecoh...
peYno posted on 6-5-2014 07:37 AM
peyno dapat bayangkan kembang2 hidung jawa johor tu. menuntut org mintak maaf kan dia.... Ya Rabbi ...
kentel posted on 6-5-2014 07:35 AM
kelakar la malaysia ni...politik gaduh, main bola pun gadoh...blerghhhh
hawaq posted on 6-5-2014 07:46 AM
Ada tumbuk2 dalam terowong tak?
ADVERTISEMENT