CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil Gambar Dulu Sebelum Menolong Mangsa

7-5-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10062| Komen: 43

ZAMAN sekarang, menolong orang juga perlu hati-hati. Contohnya dalam kemalangan lalu lintas. Ramai orang enggan menolong kerana seringkali dianggap penyebab kemalangan tersebut. Sedangkan maksud hati hanya ingin menolong saja.

Namun, ada seorang lelaki di China yang mempunyai muslihat unik untuk mengatasi perkara ini. Dipetik dari Rocketnews24, seorang lelaki di Jiangsu kelihatan mengambil gambar seorang wanita yang terduduk disebabkan kemalangan. Tak lama selepas mengambil gambar mangsa kemalangan itu, lelaki yang dikenali bernama Guohua Zhao tersebut membantu wanita mangsa kemalangan untuk berdiri.

Wanita yang ditolongnya jatuh akibat himpit kenderaan lain yang memandu dengan kelajuan tinggi dan meninggalkan wanita itu sendirian. Rupanya ini adalah helah lelaki tersebut agar kebaikannya tak disalah ertikan dan dimanfaatkan oleh orang yang kurang bertanggung jawab. Dengan mengambil gambar kejadian itu, Zhao ada bukti bahawa bukan dirinya yang melanggar wanita tersebut.

Zhao mengakui bahawa tindakannya adalah untuk melindungi dirinya sendiri sebelum ia menolong orang lain. Walaupun sedikit terasa janggal, namun ramai rakyat China yang memuji kewaspadaannya. kebelakangan ini menolong orang di jalanan malah boleh membahayakan diri sendiri.




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 7-5-2014 01:31 AM
Kalau tolong kena tnggung kos perubatan pulak.
Quote mommymonster82 7-5-2014 01:51 AM
Betul..kt cina byk dah kes.. Org yg tolong plak kena byr n kena saman..
Quote munchkin 7-5-2014 02:45 AM
Cam tu rupanya kat sana. Patut takut nak tolong. Ada jenis Bila dah tolong tuba pula dibalasnya.

Quote sejahtera 7-5-2014 05:57 AM
bende pelik on in China
Quote noor2 7-5-2014 06:03 AM
undang2 membentuk karektor manusia...
Quote batmana 7-5-2014 06:08 AM
kalau org tu lagi 5 saat nk mati, nk amik gmba bape saat lak..

Quote jazaa 7-5-2014 06:12 AM
munchkin posted on 7-5-2014 02:45 AM
Cam tu rupanya kat sana. Patut takut nak tolong. Ada jenis Bila dah tolong tuba pula dibalasnya.

...

lelaki ni berhati murni.....
bersungguh-sungguh nak tlg......

Apa nak heran.....cina mainland, dah ditolong di tikamnya pulak....

Quote jazaa 7-5-2014 06:14 AM
batmana posted on 7-5-2014 06:08 AM
kalau org tu lagi 5 saat nk mati, nk amik gmba bape saat lak..

Ambil gambar 5 minit lah.....
srbelum
& selepas mati......
Quote pittjie 7-5-2014 06:39 AM
macam astro je thread ni.
Quote alinone78 7-5-2014 07:02 AM
Motorist memang tak pakai topi keledar eh kat china?
Quote Dewa19XKangen 7-5-2014 07:14 AM
wajar,tuk pertahan diri dari isu berbangkit..
Quote fifie_olin 7-5-2014 07:36 AM
oo itu mcm kaa...
Quote intriQue 7-5-2014 07:41 AM
Ohhhhh......like that one.....ah so desu ne

baguih2 Last edited by intriQue on 7-5-2014 07:46 AM

Quote miniminimor 7-5-2014 08:10 AM
wise action. kalau takde bukti cmtu, yg tolong ni kena bayar saman and bear the cost hospital. tak gile cmtu? buatnya yg tlg tu orang miskin/kurang berkemampuan, cmner??

china mmg pelik2. dahla kurang ajar! ingat lagi masa g HK, tengah2 berjalan ni, tiba2 ade sorang terlanggar aku. pastu dia pulak marah aku dalam bahasa dorang. cilakeeeeeeee!!!
Quote shamsadis 7-5-2014 08:59 AM
1st start kat Rusia ...sebab tu majoriti kete rusia pasang Dashcam
Quote reyust 7-5-2014 09:06 AM
sediakan payung sebelum hujan
Quote solstice 7-5-2014 09:10 AM
China
mmm....
Quote obelisk 7-5-2014 09:13 AM
noor2 posted on 7-5-2014 06:03 AM
undang2 membentuk karektor manusia...

Ya jika undang2 yang salah membentuk karektor yang salah, justeru seharusnya dibetulkan...

Quote ctaz 7-5-2014 09:17 AM
jangan kata eksiden.....
myt yg tgh kapan pun ramai yg berQ nak ngambik gambo.....

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.088287 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top