CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Cari Anak OKU Yang Hilang

9-5-2014 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5612| Komen: 16

Rintihan ibu cari anak OKU


Shah Alam: Seorang ibu merayu mana-mana individu yang melihat atau terjumpa anak lelakinya, Imran Md Johari, 23, yang juga orang kelainan upaya (OKU) agar menghubunginya segera.

Ibu berkenaan, Rasidah Ghani, 59, berkata, anak kesembilannya itu hilang dari rumah mereka di Padang Jawa, di sini sejak 24 April.


Katanya, sebelum hilang, dia ada melihat anaknya itu bersiar di luar rumah dan ketika memanggilnya masuk ke dalam rumah, anaknya itu terus menghilangkan diri. “Sebaik saya memanggil namanya, anak saya itu terus berlari dan meninggalkan rumah. Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana kebiasaannya anak saya akan pulang semula ke rumah walaupun lewat.

“Sebelum ini, anak saya itu pernah tidak pulang selama lima hari kerana pergi ke rumah saudara di Jalan Kebun Klang, tetapi kerana lupa jalan pulang, anak saya itu tinggal di situ dan kehadirannya dimaklumkan saudara kepada kami,” katanya.


Menurutnya, anaknya yang juga menghidap penyakit mental ketika berusia 15 tahun itu, sering berjalan dan merayau berseorangan.


Katanya, laporan sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 15 dan meminta orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai anaknya itu menghubungi keluarga itu di talian 018-2500280 atau mana-mana balai polis berhampiran.

20

Bagus
16

Marah
3

Terkejut
9

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavalepak 9-5-2014 08:06 AM
Shah Alam: Seorang ibu merayu mana-mana individu yang melihat atau terjumpa anak lelakinya, Imran Md Johari, 23, yang juga orang kelainan upaya (OKU) agar menghubunginya segera.

Ibu berkenaan, Rasidah Ghani, 59, berkata, anak kesembilannya itu hilang dari rumah mereka di Padang Jawa, di sini sejak 24 April.


Katanya, sebelum hilang, dia ada melihat anaknya itu bersiar di luar rumah dan ketika memanggilnya masuk ke dalam rumah, anaknya itu terus menghilangkan diri. “Sebaik saya memanggil namanya, anak saya itu terus berlari dan meninggalkan rumah. Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana kebiasaannya anak saya akan pulang semula ke rumah walaupun lewat.

“Sebelum ini, anak saya itu pernah tidak pulang selama lima hari kerana pergi ke rumah saudara di Jalan Kebun Klang, tetapi kerana lupa jalan pulang, anak saya itu tinggal di situ dan kehadirannya dimaklumkan saudara kepada kami,” katanya.


Menurutnya, anaknya yang juga menghidap penyakit mental ketika berusia 15 tahun itu, sering berjalan dan merayau berseorangan.


Katanya, laporan sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 15 dan meminta orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai anaknya itu menghubungi keluarga itu di talian 018-2500280 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Quote shernazz 9-5-2014 08:10 AM
Haade  sindiket culik buat jadi peminta sadaqah ka
Takut org bunuh untuk dptkan organ saja
Quote ad_hoc79 9-5-2014 08:21 AM
naper muka mak lagi terang dari anak. mana nak nampak sangat muka anaknye
Quote xtahumenahu 9-5-2014 08:23 AM
aduhaiii...kesian sungguh dengan OKU camnih...nak dikurung nanti dikata kejam...bila dilepas...camni laaa jadinya
Quote nolya 9-5-2014 09:29 AM
xtahumenahu posted on 9-5-2014 08:23 AM
aduhaiii...kesian sungguh dengan OKU camnih...nak dikurung nanti dikata kejam...bila dilepas...camni ...

seharusnya ibubapa  yg punya anak2 OKU mcm ni (disarankan juga kpd anak2 kecil) perlu memakaikan gelang atau loket  pengenalan nama dn no. telefon keluarga bagi memudahkan orang2 yg menjumpainya menghubungi waris2.  Kalau kes colek tu, itu lain ceritalah.
Quote raxief 9-5-2014 11:08 AM
nolya posted on 9-5-2014 09:29 AM
seharusnya ibubapa  yg punya anak2 OKU mcm ni (disarankan juga kpd anak2 kecil) perlu memakaikan g ...

pki parole ankle monitor je
Quote nolya 9-5-2014 11:13 AM
raxief posted on 9-5-2014 11:08 AM
pki parole ankle monitor je

parole tu mcmana rupanya.  Mungkin untuk masa depan, ibubapa perlu tanamkan 'gps' dlm tubuh anak, lagi senang nak trace.
Quote BotakChinPeng 9-5-2014 11:34 AM
Aku tak nampak pun Imran. Kalo jumpa aku call
Quote asyriqa 9-5-2014 11:57 AM
adoyaiii... mati2 kaka ingat amran pekida keje oil n gas petronas yang tengah fofular sekaram...
Quote intriQue 9-5-2014 12:01 PM
saya tak nampak imran

pic imran pun saya tak nampak
Quote winamp05 9-5-2014 12:08 PM
Aku kenal family ni. anak anak makcik ni kawan sepermainan aku dari kecik lagi. memang selalu anak dia yg oku ni hilang. kadang kadang jumpa dekat perak. budak ni macam cacat aqal fikiran. tapi main game terer beno. game game dalam PS2 dulu dulu memang xde can aku nak menang dengan dia. pelik pelik kan manusia ni.

Selalu kalau dia hilang aku pun kadang terfikir kesian kat dia kat mana la dia tido, makan, pakaian dia, ujan panas.

Abg dia budak grafik, dan seorang pelukis yang hebat. gambar kahwin aku pun ada satu dia lukiskan dan aku potretkan dirumah aku. hahaha.
Quote winamp05 9-5-2014 12:10 PM
nolya posted on 9-5-2014 09:29 AM
seharusnya ibubapa  yg punya anak2 OKU mcm ni (disarankan juga kpd anak2 kecil) perlu memakaikan g ...

loket tu memang ada, siap ada no tepon lagi. tapi tu lah. kalau ko tengok org tak oakai kasut pakaian compang camping lalu tepi jalan ko nak pegi ke dekat dia belek leher dia ade loket yg tulih no tepon ke alamat umah ke tak. kekeke

Quote liyamariska 9-5-2014 12:30 PM
harap sesiapa yg jumpa imran nih, cecepat laa hubungi ibunya...
Quote Artemesiaa 9-5-2014 12:32 PM
Siannya moga2 mereka cepat bertemu semula.
Quote nolya 9-5-2014 12:45 PM
winamp05 posted on 9-5-2014 12:10 PM
loket tu memang ada, siap ada no tepon lagi. tapi tu lah. kalau ko tengok org tak oakai kasut paka ...

betul gak kata u.  Saya overlook the situation.  Buatnya jenis orang yg agresif, lain pulak jadinya.  So solusinya gimana ye?  Any idea?
Quote stania83 9-5-2014 01:51 PM
siapa ade anak macam ni dinasihati duduk kondo je lah. boleh je lepas ke mane mane. kalu kuar guard je suruh guard halang.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.166303 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top