CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Bunuh Staf Ambank: 35 Saksi Akan Dipanggil

9-5-2014 04:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9499| Komen: 54



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan terdapat 35 saksi yang akan dipanggil sepanjang perbicaraan melibatkan kes bunuh kakitangan Ambank Subang Jaya, Oktober tahun lalu.

Senarai itu dikemukakan kepada mahkamah oleh Ketua Unit Pendakwa Negeri Selangor, Mohd Azari Harun.

Antara saksi yang akan dipanggil memberi keterangan adalah ketua penyiasat, tiga kakitangan Ambank, penyelia pengawal keselamatan, jururawat dan pegawai forensik serta pegawai persenjataan.

Hakim, Datuk Akhtar Tahir mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan menentukan sama ada saksi memberi keterangan secara bertulis mahupun pemeriksaan lisan mengikut persetujuan bersama.

"Untuk senarai barang kes pula, ia perlu ditanda mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

"Salinan dokumen senarai barang kes hendaklah diserahkan kepada mahkamah pada hari ini," katanya.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 23 sehingga 27 Jun depan.

La Ode Ardi Rasila, 37, didakwa membunuh Norazita Abu Talib, 37, antara jam 6 petang hingga  jam 6.30 petang di Bangunan Ambank,Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

La Ode turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Selain Mohd Azari, Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latif juga mengendalikan kes bagi pihak pendakwaan

S.Selvi yang  dilantik kedutaan Indonesia sebagai peguam mewakili tertuduh manakala Ravin Jay bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.

La Ode tiba di mahkamah 11. 35 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 8-5-2014 11:41 AM


bukan main ashik ko main n anak ko. yehaa yehaaa yehhaaa papa amerikano
Quote jazaa 8-5-2014 11:43 AM
Terbayang mcmana trauma nya kwn- kwn arwah yg ada kat bilik tu masa arwah ditembak....

Quote xtahumenahu 8-5-2014 11:46 AM
jelas lagi nyata pelakunya....hmmmm
Quote noor2 8-5-2014 11:48 AM
sorila...i nampak muka suspek ni mcm monyet ja...

patutnya ditembak terus ja pesalah ni....
Quote nacein 8-5-2014 11:54 AM
kasi tembak je kat muka dia...nk bicara n simpan buat apa lg buat habis beras je jamu diani mkn.....
Quote ida88 8-5-2014 11:57 AM
Maseh tak setel lg
Dh terang lg bersuluh kot kes ni
Arap cpt sikit jatuhkam hukuman mati

Quote annehuda 8-5-2014 11:59 AM
VIDEO DAH TERPAMPANG MUKA SETAN MALAUN NI TERANG-TERANG DAH KO NAK SAKSI APENYE LAGI???

ooppss sorry tercapslock la plak
Quote Loxlaxman 8-5-2014 12:07 PM
Sial la tengok mamat indon ni ...Kalau aku jadi hakim .. aku akan jatuh hukum - Isnin potong telinga, Selasa potong lidah, Rabu potong kaki, Khamis potong kxnxk, Jumaat potong tangan, Sabtu korek buji mata, Ahad tendang masuk kandang boya ...

Quote munchkin 8-5-2014 12:08 PM
Settle cepat boleh ke?.. Geramnya aku ngan binatang ni. Kaki dia kena gari sekali tak?
Quote johndoe17 8-5-2014 12:26 PM
Ada anak tp xpk anak org lain dasar penyamun...

Pihak berkenaan sila pantau kat johor nun puak2 ni bebas keluar masuk naik tokang dtg m'sia ni...siap sembunyi dlm hutan lg...
Quote WIFEY_KETIAK 8-5-2014 12:27 PM


gambar x le bla la ardi rasella
Quote WIFEY_KETIAK 8-5-2014 12:28 PM
munchkin posted on 8-5-2014 12:08 PM
Settle cepat boleh ke?.. Geramnya aku ngan binatang ni. Kaki dia kena gari sekali tak?

anak dia muka mirip papa nya


Quote WIFEY_KETIAK 8-5-2014 12:30 PM


kesian kat abang ni mesti menagis x henti lebam mata tabah la abang hadapi dugaan
Quote WIFEY_KETIAK 8-5-2014 12:31 PM
johndoe17 posted on 8-5-2014 12:26 PM
Ada anak tp xpk anak org lain dasar penyamun...

Pihak berkenaan sila pantau kat johor nun puak2 n ...

yup kt johor bnyk la org asing. muar pun
Quote WIFEY_KETIAK 8-5-2014 12:31 PM
Suami Pegawai Ambank Harap Pembunuh Isterinya Dikenakan Hukuman Setimpal

KUALA LUMPUR: Suami pegawai bank yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di cawangan Ambank Subang Jaya, Rabu lepas, berharap mereka yang terlibat dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.

Irwan Kamarudin, 37, ketika dihubungi Bernama berkata kejayaan polis menangkap mereka yang terbabit akan memberi keadilan atas kematian isterinya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas polis menangani kes itu sehingga berjaya menangkap tiga individu yang mempunyai pertalian dengan pengawal keselamatan yang menembak isterinya dan melarikan wang RM450,000 dari bank berkenaan.

“Terima kasih juga kepada PDRM kerana telah mengiringi dan memudahkan perjalanan menghantar arwah isteri saya ke kampung sehingga selesai majlis pengkebumian,” katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh seorang pengawal keselamatan ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal Ambank cawangan Subang Jaya, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang akhbar hari ini berkata polis menahan dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri pengawal keselamatan terbabit dan menemui semula lebih RM20,000 wang rompakan itu.

Dua lelaki anggota keluarga suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat keselamatan berlainan dan wang itu disimpan oleh seorang daripada mereka di tempat dia bekerja.
Quote bangcak 8-5-2014 12:32 PM
Jgn last2 keputusan mahkamah nati
"case closed. Tertuduh didapati tidak bersalah kerana kes sama seperti kes wanita monggolia yg dibom = tiada pembunuh"

...berikutan percanggahan tarikh, waktu dan berat badan ketika kejadian.
Quote Santeira 8-5-2014 12:38 PM
apa jd dgn si joemar tu. dapat tangkap ke belom.
Quote tengokjerrr 8-5-2014 12:45 PM
dah dapat jumpa semua ke duit2 tu?
Quote adfiza 8-5-2014 01:38 PM
tengokjerrr posted on 8-5-2014 12:45 PM
dah dapat jumpa semua ke duit2 tu?

Xdpt lg kan?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041331 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top