CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Najib Dapat Hentikan Krisis Kaum Dan Agama

9-5-2014 05:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5411| Komen: 25

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menamatkan sikap berdiam diri, kata pakar Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi. 



Masa depan Malaysia kini kelihatan begitu membimbangkan dengan peningkatan kenyataan kebencian dan permusuhan agama dan sikap berdiam diri perdana menteri tidak membantu, kata seorang pakar Perlembagaan. Menyeru Datuk Seri Najib Razak menamatkan sikap berdiam diri dan mengutuk sebarang percubaan memusnahkan kesatuan sosial Malaysia dan kestabilan negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata: "Saya bimbang."

Shad, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) meluahkan kebimbangan beliau tentang masa depan Malaysia jika perbalahan terhadap agama terus membarah di negara yang mempunyai 30 juta penduduk berbilang kaum ini. "Saya bimbang tentang minda kita yang tertutup. Daripada kedua-dua belah pihak, terdapat keengganan melihat isu-isu ini daripada perspektif orang lain."

Tetapi Shad juga berkata "sentiasa ada harapan" bagi Malaysia, mengulangi kenyataannya sebelum ini "kegilaan" di Malaysia tidak akan bertahan, bagaimanapun memberi amaran akan terjadinya “letupan” sebelum rakyat menyedarinya. Beliau mengulas isu-isu perkauman dan agama yang berpunca daripada perebutan antara gereja Katolik dan Putrajaya terhadap penggunaan kalimah Allah yang ditegaskan Putrajaya eksklusif bagi orang Islam.


Ini termasuk serbuan pada Januari terhadap Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan rampasan 321 Al-Kitab dalam bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah, pengeboman Gereja Assumption di Pulau Pinang dan gesaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tahun lalu agar umat Islam membakar Injil berbahasa Melayu.

"Saya sangat khuatir tentang masa depan negara, saya bimbang hubungan dengan Sabah dan Sarawak direnggangkan oleh semua ini. "Saya bimbang tentang apa yang mungkin berlaku kepada ekonomi jika terdapat aliran keluar tenaga mahir yang berterusan dan modal. Saya risaukan keamanan dan kestabilan Malaysia," kata Shad yang juga penasihat undang-undang UiTM kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengakui tidak pasti jika perdana menteri boleh menamatkan semua isu ini tetapi berkata, Putrajaya sekurang-kurangnya perlu menyatakan pendirian. "Saya tidak bersetuju dengan berdiam diri.  Ia tidak sepatutnya begitu. Saya bersetuju beliau (Najib) perlu membuat satu pendirian. "Saya menulis mengenainya , Putrajaya tidak patut melengahkannya dan serta-merta, tegas dan secara lisan mengutuk kata-kata kebencian. Mereka mesti mengutuk pihak yang mahu negara ini dikorbankan bagi kepentingan peribadi mereka sendiri," katanya.

Profesor itu berkata, apa yang berlaku ialah persepsi peribadi pemimpin "tidak diterjemahkan" kerana agenda politik mereka. "Kerajaan hari ini perlu memenuhi tuntutan para pengundi. Najib cuba mendekati masyarakat – beliau memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. "Tetapi entah bagaimana, terdapat penolakan daripada pengundi pada pilihan raya tahun lalu. Inilah masalah dengan pilihan raya demokratik, angka lebih penting," katanya.

Shad berkata, dilema demokrasi adalah sering kali, para ahli politik tidak boleh melakukan perkara betul kerana ia mungkin tidak popular dan menyebabkan anda tidak boleh memenangi undi. "Apa yang kita lihat di Malaysia adalah polisi populis. Polisi yang mempunyai sokongan meluas tetapi tidak semestinya baik untuk masa depan atau sejajar dengan keadilan,” katanya.

Katanya, negara ini akan melalui "demokrasi yang pedih" dengan perkembangan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. "Kita adalah demokrasi baru muncul. Ia memerlukan akar, kebebasan bersuara mengembang, hak asasi manusia menjadi lebih ketara, pendapat dinyatakan dan menyedihkan mereka sering dinyatakan dalam cara yang menyakitkan kepada orang lain," katanya. Shad berkata, Malaysia perlu bimbang kerana diletakkan pada senarai pemerhatian mengenai had ke atas kebebasan beragama oleh Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF).


Dalam laporan yang dikeluarkan minggu lalu, suruhanjaya itu meletakkan Malaysia di Tahap 2 bersama negara seperti Afghanistan, Cuba, Indonesia, Laos, Rusia dan Turki.  "Ia adalah sesuatu yang kita harus ambil berat. Malangnya, persepsi orang adalah penting terutamanya jika anda mahu menggalakkan perdagangan antarabangsa, pelancongan, menyediakan kepimpinan dalam Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) dan kepada negara-negara  dunia ketiga," katanya.

Shad sebelum ini terlibat dalam penggubalan dokumen termasuk Deklarasi KL kepada Penjenayah Perang dan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Perlindungan Tempat Ibadat. Berkenaan seminar mengenai penggunaan kalimah "Allah" dan Kristologi pada Selasa, Shad berkata merendah-rendahkan kaum dan menganalisis agama lain tidak patut dibiarkan.

"Walaupun saya tidak berada di sana, saya ingin mengatakan saya diajar ‘untukmu agamamu dan untukku agamaku’. "Saya tidak membiarkan ini tetapi saya perlu mengatakan ini berlaku kepada Islam juga. Kami juga disifatkan sebagai syaitan, dibedah siasat dan dicerca," katanya. Seminar itu, yang dianjurkan oleh UiTM, memberi amaran kepada umat Islam mengenai Kristianisasi dan mempersendakan kitab Bible kerana mengandungi "cerita".

Bagaimanapun, di sebalik isu yang membimbangkan tampuk pentadbiran negara sekarang, Shad mengulangi "sentiasa ada harapan" untuk Mala       "Kita memerlukan pimimpin politik yang bersedia untuk berkata, 'Lihat ini tidak dibenarkan’. 

"Saya tidak melihat mengapa sejarah mesti bergerak dalam satu garis lurus atau satu arah sahaja. Saya percaya perkara ini boleh berubah dengan kepimpinan," katanya, menamakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pemimpin berani dalam kerajaan.

"Dalam hidup, saya pernah melihat masalah Ireland Utara diselesaikan, bahagian kaum di Amerika Syarikat ditangani pada 1964 dengan Akta Hak Sivil. Saya juga menyaksikan Afrika Selatan mengambil arahnya," katanya. Beliau merujuk kepada 30 tahun keganasan Ireland Utara antara komuniti nasionalis (Katolik) dan kesatuan (Protestan) di mana 3,254 orang terbunuh dan rejim apartheid di Afrika Selatan. 

Shad juga banyak menulis mengenai isu perundangan dan hak asasi manusia serta pengarang beberapa buku, termasuk Human Rights, Globalisation and the Asian Economic Crisis (Hak Asasi Manusia, Globalisasi dan Krisis Ekonomi Asia) dan Islam, International Law and the War Against Terrorism (Islam, Undang-undang Antarabangsa dan Perang Menentang Keganasan). 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilza10 9-5-2014 09:46 AM
setuju.. sesuatu lebih tegas perlu dilakukan.. bukan berdiam diri je yg menyebabkan hal ini menjadi parah...
Quote airfilterkotor 9-5-2014 09:52 AM
Bila mana rakyat sedang bersesak2 lemas di himpit kos sara hidup, dia pula bermegah dengan penurunan kos harga kangkung.

Teruja rasanya berPMkan orang macam ni.
Quote akughi 9-5-2014 10:04 AM
caranye senang je.....wujudkn balik ISA
Quote kentel 9-5-2014 10:21 AM
akughi posted on 9-5-2014 10:04 AM
caranye senang je.....wujudkn balik ISA

kalau wujudkan ISA, nanti ade je anjink menyalak...
Quote unhas 9-5-2014 11:18 AM
kalau takleh handle turun je la. daripada menyebabkan kerosakan yang lebih besar dikemudian hari. orang pun akan respek kalau najib gentle. dalam 30 juta rakyat malaysia takkan takde seorang pun yang lebih layak untuk mentadbir malaysia dan memberi jalan keluar dari permasalahan2 yang ade sekarang. dengan permasalahan yang terjadi kat msia sekarang, aku rasa rakyat dah tak kesah pemimpin dari parti mane pun asalkan berwibawa dan pandai mentadbir dengan baik.
Quote alfida 9-5-2014 11:35 AM
Fida sokong isma dan perkasa
Quote emma.giggs 9-5-2014 11:58 AM
kentel posted on 9-5-2014 10:21 AM
kalau wujudkan ISA, nanti ade je anjink menyalak...

perlembagaan yg dah hapus xleh wujud balik. tu yang ada suh buat hudud
Quote akughi 9-5-2014 03:27 PM
kentel posted on 9-5-2014 10:21 AM
kalau wujudkan ISA, nanti ade je anjink menyalak...

anjing menyalak sbb takut tuan dia kene tangkap masuk ISA......kalo tak nnt anjing mati kelaparan sbb tak de tuan nak bg makan
Quote kentel 9-5-2014 04:33 PM
emma.giggs posted on 9-5-2014 11:58 AM
perlembagaan yg dah hapus xleh wujud balik. tu yang ada suh buat hudud

hudud pun ramai natang menyalak..acu citer...
Quote kentel 9-5-2014 04:34 PM
akughi posted on 9-5-2014 03:27 PM
anjing menyalak sbb takut tuan dia kene tangkap masuk ISA......kalo tak nnt anjing mati kelaparan  ...

takpe...ade ISA pun kalo kena tangkap anjink2 tu diberi makan kat kamunting tu..no hal la..hikss...
Quote batmana 9-5-2014 04:38 PM
Jawatan diwarisi.. Tu yg jadi gini
Quote ultra78 9-5-2014 04:41 PM
Kalau najib tak boleh, bagi zahid komedi sahaja

Quote DeMax 9-5-2014 04:44 PM
alfida posted on 9-5-2014 11:35 AM
Fida sokong isma dan perkasa

Balik Indon la wei!!!!!!!!!!!
Quote ice_sky92 9-5-2014 05:19 PM
alfida posted on 9-5-2014 03:35 AM
Fida sokong isma dan perkasa

Aku harap kau tak racist macam ISMA. Cina bukan penceroboh tau
Quote palmolive 9-5-2014 05:24 PM
ultra78 posted on 9-5-2014 04:41 PM
Kalau najib tak boleh, bagi zahid komedi sahaja

ini bukan program maharaja lawak...hehehe..
bini dia pun dia xleh nak handle..lg nk harap dia..
Quote Al-Patih 10-5-2014 05:03 AM
airfilterkotor posted on 9-5-2014 09:52 AM
Bila mana rakyat sedang bersesak2 lemas di himpit kos sara hidup, dia pula bermegah dengan penurunan ...

lagi Dr.Shad...nak suruh dia bercakap....dah sekor montri madah ...teh tarik pakai gula....
Quote airfilterkotor 10-5-2014 11:32 AM
Al-Patih posted on 10-5-2014 05:03 AM
lagi Dr.Shad...nak suruh dia bercakap....dah sekor montri madah ...teh tarik pakai gula....

Selama ni air teh kat rumah bibik yang buat.
Quote kakikuDibibirmu 10-5-2014 11:33 AM
mulayu penceroboh tanah orang asli
Quote stars83 10-5-2014 11:43 AM
najib udah ilang tulur nye,sbb tu diam myepi je..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064881 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top