CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi Terbakar

12-5-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13499| Komen: 35


REMBAU: Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya hangus dijilat api selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230 Lebuhraya PLUS menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat sini, kira-kira 7.30 pagi tadi.

Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa, seorang lelaki yang berusia awal 20-an hilang kawalan dan terbabas selepas salah sebuah tayar hadapannya pecah lalu melanggar besi penghadang di tengah lebuhraya.

Ekoran perlanggaran itu menyebabkan kereta mangsa terbakar. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Seremban menuju ke tempat kerja di Melaka.

Pihak Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada 7.40 pagi tiba di tempat kejadian tidak berapa lama kemudian dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk memadamkan api. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-5-2014 05:28 PM
oh my...vi!!
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2014 05:31 PM
tak leh celen perodua myvi terbang









===

memang malu siapa yang ada  perodua myvi






Quote ResellerMaxis 9-5-2014 05:32 PM
shernazz posted on 9-5-2014 05:28 PM
oh my...vi!!

nampak sangat myvi ni setanding kereta mahal macam lambo, ferrari dan lain-lain yang mudah terbakar kan..mesti body dia dari carbon fiber..
Quote shernazz 9-5-2014 05:35 PM
ResellerMaxis posted on 9-5-2014 05:32 PM
nampak sangat myvi ni setanding kereta mahal macam lambo, ferrari dan lain-lain yang mudah terbaka ...

harus la
tu pasal la myvi ni merasakan depa mcm lambo
dok lane 3 saja tanpa ke tepi
pastinya dia bawak laju yang maha hebat seperti ferrari
Quote alinone78 9-5-2014 05:38 PM
Ala kereta launpun terbako jugek
Quote ResellerMaxis 9-5-2014 05:38 PM
shernazz posted on 9-5-2014 05:35 PM
harus la
tu pasal la myvi ni merasakan depa mcm lambo
dok lane 3 saja tanpa ke tepi

abang @peYno jer masih xreti-reti nak jadi salesman perodua..sibuk jual preve dia tu..
Quote peYno 9-5-2014 05:47 PM
lelaki bawak myvi????

patut la hangus
Quote alinone78 9-5-2014 05:50 PM
Eh innalillah
Aku xde myvi
N aku harap x kena situasi mcm ni

Mesti kelam kabut nak keluar dr kereta yg terbakar
Nasib baik sorg j
Kalau ada anak2 kecik mcmn la

Na'uzubillah
Quote gekkou 9-5-2014 06:00 PM
kesian beliau
takziah
nasib masih panjang umurnya
Quote rospinki 9-5-2014 06:02 PM
Aku nk ckp tahniah la..sbab mybi ni sombong kt jalan..bimbo dan perasan mcm jalan tu dia je champiyen..choiii
Quote shernazz 9-5-2014 06:03 PM
ResellerMaxis posted on 9-5-2014 05:38 PM
abang @peYno jer masih xreti-reti nak jadi salesman perodua..sibuk jual preve dia tu..

preve for urban people katanya
Quote shernazz 9-5-2014 06:03 PM
alinone78 posted on 9-5-2014 05:38 PM
Ala kereta launpun terbako jugek

tapi kete laun tu jarang plak dengornye
Quote alinone78 9-5-2014 06:22 PM
shernazz posted on 9-5-2014 06:03 PM
tapi kete laun tu jarang plak dengornye

*lain ohkay

Quote peYno 9-5-2014 06:23 PM
shernazz posted on 9-5-2014 06:03 PM
preve for urban people katanya

betul tu... sapa la nak redah felda pprt n kampung jual myvi tu
Quote peYno 9-5-2014 06:33 PM
kereta takde safety
Quote shernazz 9-5-2014 06:44 PM
alinone78 posted on 9-5-2014 06:22 PM
*lain ohkay

gurauan di petang hari ali..
Quote prettyuglybabe 9-5-2014 08:17 PM
takziah..


Quote devilito2 12-5-2014 01:03 PM
salah kereta ke atau salah gaya pemanduan? cer jawab
Quote iniaroonz 12-5-2014 01:11 PM
aku bawak myvi ok aje....dok tepi aje...org aje asyik impit aku...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.370234 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top