CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Berhati-Hati Penipuan Pakej Umrah Dibawah Rm4,000

12-5-2014 12:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12329| Komen: 107


PEKAN 10 Mei - Umat Islam diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej umrah yang murah terutama di bawah RM4,000 bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seperti  dilaporkan kebelakangan ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, jika mengikut kos operasi semasa adalah mustahil untuk mana-mana agensi pelancongan dapat menawarkan pakej umrah pada harga tersebut.

Katanya, oleh itu, jika didatangi pihak yang menawarkan pakej umrah yang jauh lebih murah berbanding harga pakej semasa, orang ramai perlu berwaspada dengan menyiasat secara terperinci menerusi agensi kerajaan berkaitan termasuk Tabung Haji bagi mengelakkan daripada ditipu.

“Rakyat mesti sedar, boleh tanya kepada Tabung Haji sebelum menunaikan ibadat umrah. Pakej RM3,000 atau RM4,000 kena siasat betul-betul. Setahu saya dah tak wujud lagi, apatah lagi kalau RM3,000.

“Tiket kapal terbang pun sudah RM2,000, itu belum termasuk kos hotel, makanan dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini


Tambah Abdul Azeez, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu menggembleng tenaga menjadi badan kawal selia dalam isu ini kerana hanya mereka boleh menyenaraihitam mana-mana agensi pelancongan yang menipu.

“Dalam konteks Tabung Haji, kita ada Tabung Haji Travel yang tidak pernah timbul isu terkandas dan penipuan. Malah, banyak lagi agensi pelancongan yang diketahui mempunyai keupayaan menepati segala janji mereka.

“Namun pada masa sama, hari ini banyak agensi pelancongan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini yang kita kena hati-hati, kementerian terlibat perlu ambil tindakan tegas bagi meletakkan titik noktah kepada kejadian jemaah umrah ditipu.

“Tabung Haji pula kita tidak akan mampu menjadi agensi tunggal menguruskan umrah dan  adalah lebih baik buka peluang kepada lebih ramai untuk terlibat dalam bidang ini bagi menjana ekonomi," tegasnya.

11

Bagus
11

Marah
14

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomatome 11-5-2014 03:56 PM
makcik aku ngan family dia kena tipu gak.. heran betul zaman akhir zaman ni nk gi kota suci mekah pun berani depa pedajalkan org.. tak takut ka nak guna duit tu wat amkan belanja.. nauzubillah
Quote Acong 11-5-2014 04:08 PM
kena hudud tak?
Quote cekenit 11-5-2014 04:19 PM
Acong posted on 11-5-2014 04:08 PM
kena hudud tak?

Hudud celah mane aconggg..hudud utk 7 jenayah besar je la..menipu masuk takzir la..
Quote noor2 11-5-2014 04:24 PM
nak buat umrah biasanya berapa sekarang?
Quote mamat2009 11-5-2014 04:26 PM
ape nak heran. asalkan dapat duit dah
Quote cekenit 11-5-2014 05:03 PM
noor2 posted on 11-5-2014 04:24 PM
nak buat umrah biasanya berapa sekarang?

Br je lps anta parents g umrah.rm3700 sorg..selamat da g blk dr sane..siap dpt jubah lg..huhu
Quote Al-Patih 11-5-2014 05:06 PM
cekenit posted on 11-5-2014 04:19 PM
Hudud celah mane aconggg..hudud utk 7 jenayah besar je la..menipu masuk takzir la..

kalu curi ..keno poting tangan ...kalu tipu bohong ...kono potong lidah kot ...bolih macang tu ...
Quote noor2 11-5-2014 05:12 PM
cekenit posted on 11-5-2014 05:03 PM
Br je lps anta parents g umrah.rm3700 sorg..selamat da g blk dr sane..siap dpt jubah lg..huhu

oh murah jela...ingat sampai rm7 -8 k... pegi ikut pakej apa?

Quote CiliPadiSedap 11-5-2014 05:21 PM
rm4k tu pakej transit duk hotel 2km dari kota mekah.

rm 6 ribu hotel dkt 100meter dari masjid mekah.   

so jgn harap murah2 kalau nk first class.
Quote cekenit 11-5-2014 05:28 PM
Ikut kemampuan le..xmampu dok jauh kate mek paridah..
Quote cekenit 11-5-2014 05:30 PM
noor2 posted on 11-5-2014 05:12 PM
oh murah jela...ingat sampai rm7 -8 k... pegi ikut pakej apa?

ni pakej umrah rakyat 1 malaysia tu kot...rsnye mcm da abis da pakej tu.dr tahun lepas lg..smpai kes mers tu ..da xdgr da pakej tu
Quote tobby 11-5-2014 05:31 PM
ramai gak pakcik makcik yg tertipu end up dgn stranded di airport bangkok. nak sgt pakej murah akhirnya mendapat bala bencana.
Quote noor2 11-5-2014 05:53 PM
cekenit posted on 11-5-2014 05:30 PM
ni pakej umrah rakyat 1 malaysia tu kot...rsnye mcm da abis da pakej tu.dr tahun lepas lg..smpai k ...

oh kiranya harga sebenar dalam rm6k la....

Quote mattzzx 11-5-2014 05:55 PM
Orang nak cepat kaya tak kira halal halam dosa pahala.....
Quote Bell 11-5-2014 05:57 PM
Skrg biasanya dlm 5.5k. 3-4k toksah percaya la. Tambah lagi kalau jenis tampal iklan kat pokok, tiang letrik...
Quote maxim 11-5-2014 05:58 PM
pi dgn yg dah establish je la..hati pn tenang..cam my parents dlu pi ngan tiram travel..elok ja depa handle
Quote noor2 11-5-2014 05:59 PM
maxim posted on 11-5-2014 05:58 PM
pi dgn yg dah establish je la..hati pn tenang..cam my parents dlu pi ngan tiram travel..elok ja depa ...

bila tu?....

Quote maxim 11-5-2014 06:06 PM
noor2 posted on 11-5-2014 05:59 PM
bila tu?....

2012 kalau x silap..
Quote noor2 11-5-2014 06:07 PM
maxim posted on 11-5-2014 06:06 PM
2012 kalau x silap..

org tanya dia la........owh dah pi ya maxim?

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.060160 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top