ARTIKEL saya minggu lalu mendapat banyak komen dan kritikan yang amat menyakitkan. Apa nak buat, saya sudah lali. Hanya mahu mengingatkan sahaja, tidak lebih dari itu. Kena pada kita tak apa, kena pada mereka tidak boleh. Jadi, di manakah keterbukaannya? Dalam banyak yang mengutuk, saya amat terkesima dengan komen yang berbunyi; komen prof yang saya baca dalam Yahoo News sebentar tadi amat menarik perhatian saya. Kebetulan saya sedang menonton klip video riwayat Muhammad Ali yang mana beliau pernah 'migrate' ke Eropah atas desakan rasis orang Amerika kerana statusnya sebagai imigran Negro dan juga Islam. Sekembalinya Ali, kemudian dijel atas sebab yang lebih kepada anti Islam dan bertentangan dengan pentadbiran Amerika Syarikat. Agaknya kerajaan Malaysia juga harus ikut contoh ini. Saya agak 'flabbergasted' dengan segelintir Malaysian yang tidak tahu bersyukur dengan kebebasan dan kemewahan ketoleransian yang telah mereka nikmati. Pada hemat saya lebih 5 juta pendatang asing yang datang sini cari makan menunggu untuk menggantikan mereka ini. Cuba saudara baca artikel ultra kiasu dalam laman web mereka - menonjolkan 10 sumbangan bukan Melayu kepada negara ini, berbanding orang Melayu. Teruja saya untuk menjawabnya. Pertama, katanya, orang bukan Islam adalah penyumbang terbesar pendapatan cukai kepada negara. Salah. Saya jawab, penyumbang terbesar adalah Petronas dan GLC yang lain. Buat kajian betul-betul. Cukai tak langsung iaitu cukai kepenggunaan. Paling banyak dibayar oleh orang Melayu sebab mereka adalah majoriti. Cukai langsung kita bincang kemudian. Kedua, daripada 29 juta penduduk negara, hanya dua penyumbang pingat dalam sukan Olimpik 2012 adalah bukan Melayu iaitu Lee Chong Wei dan Pandela Rinong. Kenapa tonjolkan 2012? Banyak lagi tahun sebelum itu. Bagaimana dengan nama Mokhtar Dahari, Kamarudin Maidin, keluarga Misbun Sidek. Ketiga, Jimmy Choo adalah pereka kasut terkenal dunia. Saya akui, tetapi berapa banyak kasut Jimmy Choo yang terjual di pasaran berbanding jenama kasut yang menjadi rebutan? Keempat, orang pertama menjejaki puncak Everest adalah M Magendran pada 1997. Bagaimana dengan lambakan orang Melayu yang telah mendaki gunung tertinggi di dunia selepas itu? Apakah orang pertama sahaja yang dikira sumbangannya? Bagaimana dengan perenang merentas Selat Inggeris seperti Datuk Malik Maidin ? Kelima, kejohanan motorsports dunia, diwakili Yoong Yin Fah, anaknya Alex Yoong F1 dan Karamjit Singh. Saya tidak nampak nama-nama mereka ini begitu besar dalam arena motorsport dunia. Biasa-biasa sahaja. Keenam, pemain skuasy antarabangsa dunia, Datuk Nicol Ann David. Squash tidak termasuk dalam sukan Olimpik. Walau begitu, saya mengagumi kejayaan Datuk Nicol. Ketujuh, orang Cina adalah yang pertama mengusahakan lombong bijih sekitar 1820an sehingga 1980an. Siapakah yang benarkan ini semua? Adakah mereka boleh cari makan dengan aman, kalau Melayu menentang? Kelapan, HN Ridley yang memulakan penanaman getah di Tanah Melayu sehingga menjadi harta kekayaan negara. Tidakkah penulis ini tahu apa tujuan penjajah membawa masuk tanaman ini? Untuk kepentingan negarakah atau diri mereka sendiri? Hari ini, kelapa sawit yang menjadi komoditi utama, bukan getah lagi. Kesembilan, BS Rajhan adalah rakyat Malaysia pertama yang memulakan filem Melayu berjudul Laila Majnun. Apakah sumbangan bukan Melayu pula hari ini? Sikap dan persepsi mereka terhadap bahasa Melayu. Kesepuluh, reka bentuk masjid negara dibuat oleh Howard Ashley, bersama Hisham Albakri Kasim. Kini, kita ada reka bentuk Masjid Besi, Masjid Putra dan Putrajaya itu sendiri. Kenapa tidak ditonjolkan namanya. Bagaimana nama arkitek Melayu yang turut membina bangunan pencakar langit di luar negara seperti di Makkah? Kenapa disenyapkan? Kenapa tidak berterima kasih kepada pasukan keselamatan (rata-rata Melayu) yang telah menjaga keselamatan negara ini sehingga kita boleh menjadi juara dan kaya-raya di sini? Kalau boleh, saya tidak mahu membalas atau menulis artikel menyentuh soal orang lain. Saya mahukan semua orang saling menghormati. Kita mahu lahirkan Malaysia yang aman, sejahtera dan bersatu padu.
Tetapi, serangan dan tohmahan mereka keterlaluan. Orang yang tulis sebegini tidak pula dituduh rasis. Bila tiba giliran saya menulis fakta, maka dihentam habis-habisan. Pahit sungguh berkata benar.
|
BotakChinPeng posted on 12-5-2014 06:33 PM
Bugis in Riau were not really pirates. In the anambas islands they were actually victims of sulu pir ...
kucingTomey posted on 12-5-2014 06:36 PM
riduan ti ni ok la ...aku tgok dia ok...ade yangkuar dari mulut dia tu ok boleh terima...betul jugak ...
BotakChinPeng posted on 12-5-2014 07:02 PM
Ada bahalol kata melayu menang sorak kpg tergadai tapi bila aku tanya kpg mana tergadai ....terus ta ...
BotakChinPeng posted on 12-5-2014 06:41 PM
Kali ini gua setuju sangat dgn Ridhuan Tee. Cuma nak tambah sikit.
Pingat olimpik melayu disumban ...
BotakChinPeng posted on 12-5-2014 07:05 PM
bugis were chased out of selangor by the dutch. They only regained selangor through military backi ...
ADVERTISEMENT