CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Malaysia Perlu Susun Subsidi Minyak, Bantu Rakyat Miskin - Najib

15-5-2014 12:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12349| Komen: 144


Malaysia perlu susun subsidi minyak, bantu rakyat miskin - Najib           

KUALA LUMPUR 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Malaysia perlu menyusun semula strategi pembahagian bahan api bersubsidi dengan lebih efektif untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati golongan yang memerlukan.

"Saya setuju dengan Bank Dunia, sejajar dengan keperluan Malaysia menyusun semula dengan berkesan pembahagian subsidi itu," kata Perdana Menteri dalam Twitternya malam ini. Najib mengulas laporan Bloom-berg yang memetik kenyataan daripada Bank Dunia bertajuk 'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan Untuk Golongan Termiskin.’

Sebelum ini, pelbagai pihak meminta kerajaan untuk mengkaji semula polisi pembahagian bahan api bersubsidi berikutan kerugian mencecah berbilion ringgit yang dialami kerajaan akibat aktiviti penyelewengan bahan itu yang sukar dibendung.

Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati daripada sejumlah 8.5 bilion liter diesel subsidi yang diguna pakai oleh kenderaan komersial, 3.5 bilion liter telah disalahgunakan akibat aktiviti penyeludupan dan kegiatan mengaut untung keterlaluan termasuk melakukan urus niaga melalui cara gelap.

Statistik itu menunjukkan hanya 5 bilion liter digunakan secara betul atau dimanfaatkan tetapi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.2 bilion akibat sindiket penyeludupan petrol dan diesel subsidi.

Sementara itu, menurut Bank Dunia, subsidi tenaga mungkin menghalang kerajaan negara-negara sedang membangun seperti Mesir dan Malaysia daripada melakukan perbelanjaan yang cukup untuk program sosial yang boleh membantu golongan miskin.

Laporan itu menjelaskan, subsidi minak adalah tertinggi di Asia Barat dan Afrika Utara, iaitu lebih empat peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di negara-negara terlibat.

“Ini berbanding satu peratus daripada KDNK yang dibelanjakan untuk program bersih keselamatan sosial seperti pemindahan tunai bersyarat," kata bank itu.



2

Bagus
4

Marah
7

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote luvly_eone 15-5-2014 11:41 AM
Alhamdulillah..... Masih murah bila dibandingkan dgn zimbabwe....
Quote peachRose 15-5-2014 11:45 AM
bank dunia ni bukan Yahudi ke?
Quote annehuda 15-5-2014 11:47 AM
aku perasan jugak psl buletin utama ni dok buat liputan pasal diesel kene seludup kt thailand. sbb lg murah dr malaysia katenye. hatiku terdetik mengatakan ha ni tak lama lg naik la ni harga minyak
Quote cikilala 15-5-2014 11:55 AM
Hadapler rege minyak naik...
Quote zzola 15-5-2014 11:55 AM


bank dunia tak pe

IMF tak boleh

dah tau dahhhhh
Quote melia_star 15-5-2014 11:59 AM
'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan Untuk Golongan Termiskin.’

apa punye tajuk Bank Dunia ni...ada mungkin2....berbelit2 plak....
Quote atira 15-5-2014 12:00 PM
Jeng jeng jenggggg
Quote sidewinder 15-5-2014 12:01 PM
ajib oh ajib......setuju ler sbb minyak kete ko bkn ko byr....rakyat yg byr utk ko....agak2 apasal laa tak guna IC bila beli minyak bersubsidi kat station minyak ek ? masuk kan ic terus dpt figure bersubsidi base on income seseorg tu.....so sapa yg tak der IC aka non-malaysia so tak dpt laa price sbg rakyat malaysia....n sapa2 yg bapak kaya raya tak dpt laa harga minyak murah.....tp tu laa UMNO ni ngok yg tak leh diajar....platform dah ada tp tak nak pakai
Quote JunkMail 15-5-2014 12:02 PM
Haaaa dia dah kasi bunga2 nak naikkan rege minyak letttewww..pasni kasi alasan pelarasan bank dunia suruh buat...
Quote d'zeck 15-5-2014 12:03 PM
penyalahgunaan petrol dan diesel bersubsidi
di sempadan  malaysia/thailand dah sampai ke tahap amat kronik

unit baharu seumpama STING PDRM
perlu diwujud segera
Quote namirulmukminin 15-5-2014 12:05 PM
Ne..No..Ne..No..Ne...No...... Poonnn...Ponnnn....
Quote bangcak 15-5-2014 12:05 PM
tiap kali naik harga petrol ada je istilah baru

- bukan naik harga tapi sabsidi dikurangkan
- bukan naik harga tapi penyelarasan
- bukan naik harga tapi susun semula harga

tiap kali harga dinaikkan masih ada yg takserik2 ditipu
Quote zzola 15-5-2014 12:08 PM


penguatkuasaan dan pengawalan
yang lemah di sempadan

tak tahu buat kerja kah ?
Quote razhar 15-5-2014 12:21 PM
kalo perlu naik...kena bagi kuota utk rakyat dgn penggunaan IC dimana setiap org di beri had..sekurang2 nya 1000 liters dgn harga subsidi...
Quote luvly_eone 15-5-2014 12:49 PM
zzola posted on 15-5-2014 12:08 PM
penguatkuasaan dan pengawalan
yang lemah di sempadan


Dah berpuluh thn perintah pon tak blh nak settle.... Buduh apakah ini?
Quote asher 15-5-2014 12:54 PM
em..naik lagi la rega barang..
Quote kucing_gebu 15-5-2014 01:16 PM
kita2 ni setuju ke tak setuju ke terpaksa byr jugakla...
nk buat mcmmn kan....cakap lebih2 kena dakwa pulak....
Quote RaulRaz 15-5-2014 01:21 PM
biar puak2 yang memangkah BN je bayor rege minyak lebih , bole?hahaha
Quote ahazman24 15-5-2014 01:36 PM
sidewinder posted on 15-5-2014 12:01 PM
ajib oh ajib......setuju ler sbb minyak kete ko bkn ko byr....rakyat yg byr utk ko....agak2 apasal l ...

tapi tgk orang Bangla,Indon,Myanmar etc pn ade IC. Caner??


Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.090763 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top