CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MAS kerugian bersih RM443 juta

16-5-2014 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8723| Komen: 58


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.   

"Ketika pencarian untuk MH370 diteruskan hari ini setelah lebih dua bulan hilang, kumpulan kami perlu meningkatkan usaha untuk menambah baik aliran pendapatan serta menguruskan kos yang semakin tinggi sejajar dengan peningkatan kapasiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mas, Ahmad Jauhari Yahya hari ini.      

"Keperluan ini menjadi lebih penting untuk kelangsungan hidup Malaysia Airlines dan kemampanan syarikat dalam pasaran yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan negara itu.      
      
      
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, hilang pada pagi 8 Mac lalu.

Pasukan mencari dari pelbagai negara masih berusaha menjejaki pesawat berkenaan yang dipercayai jatuh di Lautan Hindi.

Syarikat itu berkata, tekanan ke atas pendapatan, aktiviti bukan teras yang merugikan serta sentimen negatif ke atas syarikat penerbangan itu, telah membayangi pertumbuhan trafik udara yang agak tinggi dan usaha penjimatan kos.

Ahmad Jauhari berkata, sebahagian besar kos berkaitan MH370 akan ditanggung syarikat insurans.      
"Bagaimanapun, kumpulan kami perlu segera meningkatkan usaha untuk mendapat kembali momentum yang hilang dan meningkatkan pendapatannya," katanya.
Operasi syarikat penerbangan itu merosot untuk beberapa minggu sejak MH370 hilang pada awal Mac.

Aktiviti pemasaran dihentikan sebagai menghormati anggota keluarga mangsa dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu, katanya.

Pendapatan syarikat untuk suku pertama meningkat kepada RM3.6 bilion berbanding RM3.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu manakala saham syarikat itu jatuh 9.0 peratus kepada 22.5 sen daripada 24.8 sen dalam suku pertama 2014.

Mengenai bahan api pesawat, syarikat itu mengalami peningkatan selari dengan perbelanjaan dengan 11 peratus volum peningkatan bahan api pesawat.

Purata harga bahan api pesawat pada 2014 ialah US$128 setong berbanding A$134 setong tahun ke tahun.

Ahmad Jauhari berkata, syarikat penerbangan negara itu sudah dua tahun berusaha untuk menambah baik operasi dan kekal fokus untuk memacu syarikat ke depan dalam usaha untuk kekal sebagai peserta relevan dalam pasaran.

Antara strategi MAS, termasuk menjana pendapatan dengan peningkatan kapasiti di samping usaha pemasaran dan penjenamaan yang lebih agresif.

"Kami mengekalkan komitmen untuk kekal kompetitif bagi menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan terbaik dengan keselamatan sebagai keutamaan kami dan memberi pulangan kepada pemegang saham dalam jangka panjang," katanya.

Ahmad Jauhari berkata, produktiviti telah meningkat dan penggunaan pesawat telah bertambah dengan pengurusan kos yang lebih baik dengan vendor dan pembekal di samping tindakan penting korporat untuk mengumpul modal baharu.

MAS kini memiliki 151 pesawat dengan usia purata hanya 4.35 tahun menjelang akhir tahun ini.     

6

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
7

Sedih
15

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 15-5-2014 11:08 PM
beruk niaga, asyik rugi saja
Quote Staratila 15-5-2014 11:10 PM
bungkus laa nampaknya MAS x lama lagi.
Quote Muntz 15-5-2014 11:24 PM
Skarang stewardess n steward MAS pun muka separuh siap jah. Mana pegi yg cantik2 hensem2 sebelum nie? Dah lari pegi airline lain ker?
Quote R2D2 15-5-2014 11:39 PM
Hisham: Tiada bantuan k'jaan kepada MAS

"Apakah ada bantuan kerajaan Malaysia kepada MAS? Tidak," kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

MAS telahpun mengalami kerugian sebelum kehilangan MH370 pada bulan Mac, dan hari ini syarikat penerbangan itu berkata tragedi tersebut memberi "kesan yang dramatik" terhadap prestasinya.

Syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM442 juta pada suku pertama 2014, iaitu hampir dua kali ganda kerugian bagi tempoh yang sama tahun lepas, lapor Kinibiz hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (kiri) dilaporkan berkata kerajaan tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan syarikat penerbangan itu, tetapi menolak kerajaan akan memberi suntikan modal baru kepada MAS.

Sementara itu, Hishammuddin memberitahu pemberita hari ini bahawa operasi antarabangsa mencari pesawat MH370 tidak membabitkan apa-apa kos kepada Malaysia kerana setiap negara yang menyumbang sumber, menanggung sendiri kosnya.

"Yang terbabit hanyalah kos mengerahkan aset ketenteraan kita, yang sudahpun berada di sana," katanya.

'M'sia akan kongsi kos'

Untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari di dalam laut, Hishammuddin mengulangi bahawa adalah adil bagi Malaysia berkongsi sebahagian daripada kosnya dan bukan ditanggung sepenuhnya oleh Australia.

Bagaimanapun, katanya, kos yang Malaysia akan ditanggung belum dianggarkan lagi, kerana kawasan carian dan aset yang diperlukan masih belum ditentukan.
Quote pyropura 15-5-2014 11:47 PM

demi mulayu....
Quote ultra78 15-5-2014 11:51 PM
Agaknya Petronas mahu masuk sektor penerbangan tak?

Quote kakikuDibibirmu 16-5-2014 12:03 AM
labur kereta, labur kapal terbang, tengok korea labur elektronik gajet
Quote spiderman80 16-5-2014 12:34 AM
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil ke atas CEO mereka. Kalau kat Jepun dan Korea, kerajaan depa akan rasa bersalah.
Apalah nasib SP Setia as the no.1 developer yang kini baru je dikuasai oleh kerajaan selepas CEOnya yang berkaliber selaku pengasas syarikat tersebut ditendang keluar.
Quote R2D2 16-5-2014 12:43 AM
spiderman80 posted on 16-5-2014 12:34 AM
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil k ...

team SP Setia kini join Eco World

Quote sueism 16-5-2014 12:57 AM
Nak buat camner dah x pandai nak berniaga .
Quote spiderman80 16-5-2014 12:58 AM
R2D2 posted on 16-5-2014 12:43 AM
team SP Setia kini join Eco World

Haah.... sebenarnya, aset paling bernilai SP Setia adalah pengasas dan bekas CEO nya iaitu Tan Sri Liew Kee Sin, selain beberapa orang kanannya. Tetapi PNB mengambil-alih syarikat tersebut dan mahukan Liew menjual kesemua saham miliknya kepada mereka. Siapalah yang nak stay on dalan sesebuah organisasi kalau saham korang dipaksa dijual? PNB sangkakan mereka telah mendapat segala-galanya selepas SP Setia selaku no 1 developer tetapi mereka dah silap. Nilai saham mereka sewaktu ambil-alih SP Setia kini menjunam teruk manakala saham EcoWorld yang baru disertai Liew terus kukuh. Malah, CIMB Research menyasarkan RM8 sesaham untuk EcoWorld manakala bank lain menyasarkan RM3 sesaham untuk SP Setia.


Quote sup@rm@n 16-5-2014 01:08 AM
Wow.. peningkatan kerugian bersih yg sangat memeningkan. Mesti dap punya kerja ni. Jom boikot produk dap. Hidup pengurusan ketuanan.
Quote kambeng_masam 16-5-2014 01:14 AM
alahai MAS...tahun lepas baru je beli 6 bijik a380....makin banyak hutang la pasneh.
Quote anony-mous 16-5-2014 01:27 AM
Kesiannn.. Itu la masa untung dlu xbringat nk baiki mne yg ptot. Kenal sgt spesis mcm ni. Klau ikotkn xlogik celah mana rugi. Tiket mahal, pastu nk ke lua, london, us semua guna mas, air asia xde pon ke tmpat2 mcm tu, pastu mknan teruk lak tu. Dah jimat kos, bonus kt pkerja xkasi, pilot mas antra yg dpt gaji murah.. So celah mana rugi??

MAS ni jd mcm ni sb masa untung xingt nk rolling modal. Marketing failed. Ptot masa tgah kaya dlu, upgrade. Jgn tau nk masuk poket je. Patot big boss masa tu pk kepentingn MAS dulu. Upgrade airplane, upgrade srvice, buat promotion. Ni iklan pon kurang sgtt. Patut kejar air asia. So mcm mana nk laku?
Quote poison_paradise 16-5-2014 02:04 AM
Muntz posted on 15-5-2014 11:24 PM
Skarang stewardess n steward MAS pun muka separuh siap jah. Mana pegi yg cantik2 hensem2 sebelum nie ...

Yg tinggal pramugara botak n pramugari gemuk..stock tua ..sb union kuat..ada yg gedabak pakai kebaya ketat.. Omaigod
Quote poison_paradise 16-5-2014 02:06 AM
Tp heran trugi.. SB rata2 org prefer nak  naik Mas.. Air Asia , firefly, malindo dikatanyer bad service.. Mcm mana tu
Quote Changa 16-5-2014 02:06 AM
spiderman80 posted on 16-5-2014 12:34 AM
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil k ...

Dalam kes mas letak la ceo siapa pun tetap akan rugi jikalau kontrak menten yg asal dan pekerja terlebih namun tak boleh buang sebba union kuat.
sampai akhirat lah akan kekal rugi karena ceo tak boleh ubah itu semua.
Quote Al-Patih 16-5-2014 06:13 AM
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.

entah berapa kali cucui ..baru dapek yang betui betui ...kerugian bersih...
Quote cmf_premierleag 16-5-2014 09:15 AM
spiderman80 posted on 16-5-2014 12:34 AM
Kesian saya tengok sesetengah GLCs yang asyik kerugiaan. Lepas tu tak ada apa-apa tindakan diambil k ...

ms Tan Sri ni wat announcement nak pencen dr SP Setia, deep inside market players dah bleh nampak game org2 hamno nih
dia start dr bawah utk develop sp setia
tp sib baik skang dia dh join eco world...groom anak dia lak skang nih


Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042982 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top