CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Wawa Zainal Hanya Akan Berlakon Dengan Suami

16-5-2014 05:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24116| Komen: 70

                                
                
Wawa Zainal Hanya Akan Berlakon Dengan Suami?   
            

SEJAK melangkah keluar dari syarikat pengurusannya, Metrowealth International Group (MIG), pelakon Wawa Zainal dilihat hanya muncul dalam drama atau filem terbitan syarikat milik Aeril Zafril, Respected Citizen Communication. Adakah ini bermaksud Aeril meletakkan syarat isterinya itu mesti berlakon di sampingnya sahaja?



Menerusi portal GUA, Wawa menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dia terlibat dalam bidang lakonan.
Namun, sebagai isteri, dia kini kurang selesa untuk beraksi mesra dengan pelakon lelaki lain. Bagaimanapun, dia tidak akan menolak jika watak yang ditawarkan itu sesuai dengan status dan imejnya yang kini berhijab.


“Kalau saya asyik dengan Aeril dalam lakonan, saya bimbang peminat akan bosan pula,” ujarnya. Apapun, kami tabik dengan pendirian ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar yang kini berusia lapan bulan itu. Yalah, kadang-kadang ada artis yang sudah berhijrah, namun masih melakukan perbuatan yang tidak selari dengan imej dan status mereka termasuklah bergambar mesra dengan pelakon lelaki lain.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kang_sora 15-5-2014 02:26 AM
Couple yg sngt comey
Quote munchkin 15-5-2014 02:30 AM
Moga maju jaya
Quote tepisket.. 15-5-2014 02:30 AM
Kak Catriona Ross pon blakon gk jd suami isteri. X de pon kena tanggal tudung, cuma hati2 la. Skrip boleh pilih, tp iman akidah x leh pilih k!
Quote mzzenma 15-5-2014 05:46 AM
Tapi macit ziela suka aksi gesel2 peluks2 muah2

Quote alinone78 15-5-2014 06:06 AM
Cute budak ni dengan lesung pipitnya
Hai laaaaa
Quote amiraira 15-5-2014 06:19 AM
Tahniah la kalau mcm tu kn
Quote naina 15-5-2014 07:36 AM
Knp plak akak ziela kena call wawa??
Quote naina 15-5-2014 07:37 AM
Bgslah..berhijab xsemestinye xleh berlakon
cme kena pndi bwk diri..jgn murah sgt
boleh j babak suami isteri yg xperlu pgng2, gesel2
Quote skymania 15-5-2014 07:59 AM
kapel yg sngt keji..pefeeling mangsa smpi ke sudah...

gunakan agama berselindong di sebalik sikap hipokrit..

takyah berlakon trus lah senang..semak jeh..lakonan die yg dolo pon..apa jeh yg meletops..sendu belaka..
Quote makton 15-5-2014 08:02 AM
x minat dua2 & tak penah tgk lakonan diorang.
yg aku tau diorang terkenal dgn kontroversi.
Quote toxicated 15-5-2014 08:03 AM
skymania posted on 15-5-2014 07:59 AM
kapel yg sngt keji..pefeeling mangsa smpi ke sudah...

gunakan agama berselindong di sebalik  ...

Ok la tu kapel yg keji belakon utk ahkak yg suke gegeli gesel2 ngn keith foo.hahaha.
Quote miss_rose 15-5-2014 08:06 AM
Bgus la kalo nak berubah wawa oii. Tpi dgn ikhlas. Moga rezeki mu murah.
Quote emma.giggs 15-5-2014 08:47 AM
naina posted on 15-5-2014 07:37 AM
Bgslah..berhijab xsemestinye xleh berlakon
cme kena pndi bwk diri..jgn murah sgt
boleh j babak sua ...

yang x berhijap pun boleh berlakon x pegang2, x gesel2...mcm cite aku isterinya...
Quote kokocrunch 15-5-2014 08:53 AM
baguslah berlakon dgn suami sendiri
Quote Eliadaisy83 15-5-2014 08:54 AM
Depa berdua ni ada lagi ke peminat, berlakon pon sendu jah..
Quote cik_penguin 15-5-2014 09:06 AM
Eliadaisy83 posted on 15-5-2014 08:54 AM
Depa berdua ni ada lagi ke peminat, berlakon pon sendu jah..

Itulah.. sekarang pun ada blakon lagi ke? Macam x nampak sangat..
Quote starcity 15-5-2014 09:10 AM
Aritu aku tgk drama Kasut Tumit Tinggi kat Astro. kelakar tgk muka aeril time tu. sangat2 no'ot.
time tu dia baru berlakon
Quote fiezameysekali 15-5-2014 09:12 AM
naina posted on 15-5-2014 07:36 AM
Knp plak akak ziela kena call wawa??

sbb drama akak jila adaptasi dr nobel ape ntah..memerlukan watak suami isteri yg sah utk lakonan tersebut

oh ye penulis nobel tu yg nak akak jila carik pelakon somi seteri yg sah
Quote mahalnya 15-5-2014 09:23 AM
smoga istiqomah la ya

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.040597 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top