CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jenazah Diusung Guna Tangga

21-5-2014 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13387| Komen: 62


PETALING JAYA - Memang tidak dapat dibayangkan betapa sukarnya membawa jenazah turun dari aras 9 ke tingkat paling bawah untuk urusan pengebumian dengan hanya menggunakan tangga, tetapi itulah kejadian yang berlaku di Flat Desa Mentari, semalam.

Semuanya gara-gara masalah lif rosak sejak dua bulan lalu yang tidak diberi perhatian oleh pihak pengurusan sehingga akhirnya menyusahkan penduduk.

Mujur ada jiran yang prihatin menghubungi pihak bomba sekitar jam 2.15 petang dan sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba Jalan Penchala dan Balai Bomba Seksyen 7 bergegas ke lokasi bagi membantu menurunkan jenazah menerusi tangga.  

Begitu pun ia tugas yang amat mencabar kepada anggota bomba berkenaan kerana bukan sahaja tangganya sempit malah ketiadaan pemegang menyukarkan lagi keadaan.

Jadi mahu tidak mahu terpaksa mereka menurunkan jenazah yang sudah lengkap dikafan dan diletakkan di atas pengusung dengan amat berhati-hati bimbang tersilap langkah.


Bukan kali pertama

Ketua Balai Bomba Jalan Penchala, Zaidi Ahtan berkata, walaupun ini bukan kali pertama anggotanya berhadapan dengan situasi yang sama, namun ia tidak dipandang enteng dan bukan dilakukan sewenang-wenangnya.

"Untuk membawa jenazah turun, lima anggota akan standby di bahagian bawah tangga sementara enam lagi di atas mengusung stretcher. Sampai sahaja di anak tangga terakhir tingkat seterusnya, stretcher akan bertukar tangan, enam anggota akan standby di bawah pula dan lima anggota pula mengusung. Begitulah yang mereka lakukan sehingga selamat sampai ke tingkat paling bawah.

"Jenazah perlu dihormati, apatah lagi setelah siap lengkap dimandi dan dikafan. Jadi, walaupun dengan keluasan terhad, kami pastikan ia dilakukan dengan sempurna," katanya.


Penduduk berang pengurusan sengaja 'kunci' lif

Dalam pada itu, disebabkan insiden berkenaan, penduduk flat ini bengang dengan pihak pengurusan yang didakwa sengaja menghentikan operasi lif.

Pemangku Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 2 Flat Desa Mentari, Zainal Abidin Kamarulzaman berkata, lif yang ada sengaja dikunci kerana mereka mahu penduduk membayar wang penyelenggaraan.

"Ada empat lif di blok ni, tapi semua tak boleh guna langsung. Dah dua bulan kami penduduk terpaksa turun naik tangga. Ada sampai nak pengsan naik tangga sampai tingkat 11. Yang mereka tahu bagi alasan lif rosak dan dah uzur kepada kami," katanya.

Merujuk kejadian semalam,  Zainal Abidin berkata, jenazah berkenaan terpaksa diturunkan melalui tangga setelah pihak pengurusan enggan membuka lif walau telah dimaklumkan wakil penduduk.

Dalam pada itu, menurut bendahari persatuan penduduk flat berkenaan, Mohd Zaini Abdullah Thani, tindakan pihak pengurusan sememangnya tidak wajar dan lif tersebut perlu dibaik pulih dengan segera.

"Dah banyak laporan kami buat pasal lif ni, tapi masih tak ada sebarang tindakan.

“Mereka cakap penduduk tak bayar duit penyelenggaraan, padahal berapa kerat saja yang buat macam tu," katanya.

Mohd Zaini menambah, paling dibimbangi jika berlaku kecemasan.

"Tak pasal-pasal kena usung jenazah dari tingkat 9 guna tangga," katanya yang berharap pihak pengurusan segera berbuat sesuatu untuk membaik pulih lif berkenaan sekiranya benar ia rosak.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 21-5-2014 08:23 AM
berapa kerat jek yang x byr duit maintainance?
berapa kerat tu bape ramaikah?
aiyooo...byr lah duit maintainance kottt
Quote ad_hoc79 21-5-2014 08:25 AM
patut dimarah jugak orang yang xnak bayar maintenance tu. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Quote crossfire 21-5-2014 08:30 AM
gekkou posted on 21-5-2014 08:23 AM
berapa kerat jek yang x byr duit maintainance?
berapa kerat tu bape ramaikah?
aiyooo...byr lah dui ...

salah mereka juga tak bayar....dia ingat lift tu bapak dia punya
Quote ninja boy 21-5-2014 08:31 AM
beli rumah tingkat < 4, lift rosak tangga ada
Quote totokreturn 21-5-2014 08:47 AM
Dah pj nih, bila nak salahkan kerajaan selangor.... time nih laa nak jatuhkan kerajaan selangor cai2 umno..?
Quote DianKdeja 21-5-2014 08:48 AM
bila tinggal manusia mental pprt ..macam2 masalah kena hadap. stress akak kalu camnih
Quote zorrro_03 21-5-2014 08:48 AM
bongok laaa penghuni yg kata pengurusan strata sengaja kunci lif.  suruh kawan2 ko semua bayar yuran utk maintenance lif tu dulu.  


btw sian kpd bomba dan ahli keluarga simati.  
Quote tobby 21-5-2014 08:54 AM
gekkou posted on 21-5-2014 08:23 AM
berapa kerat jek yang x byr duit maintainance?
berapa kerat tu bape ramaikah?
aiyooo...byr lah dui ...

confirm kes ramai x bayar duit maintenance ... lagi mahu bising.
Quote tobby 21-5-2014 08:55 AM
DianKdeja posted on 21-5-2014 08:48 AM
bila tinggal manusia mental pprt ..macam2 masalah kena hadap. stress akak kalu camnih

ummah flat memang liat bayar maintenance ...
Quote kecimpret 21-5-2014 08:57 AM
flat PPR mmg normal laa camni...puncanya ade manusia bengong x bayo mentenen...cam laa mahal beno...yg jd mangsa penghuni yg x penah miss byr mentenen
Quote tobby 21-5-2014 08:57 AM
crossfire posted on 21-5-2014 08:30 AM
salah mereka juga tak bayar....dia ingat lift tu bapak dia punya

lif yg rosak & uzur tu klu dibiarkan org guna nanti jatuh salahkan siapa pulak?  so bayar maintenance dulu, kutip duit utk repair lif. karang jd mcm kes di TLDM lumut, kesian kakak yg mengandung tu terhempas ke ke bawah.



Quote lucky_peace 21-5-2014 09:47 AM
desa mentari nieyh mentari court tu ke?
Quote chinta89 21-5-2014 11:05 AM
ad_hoc79 posted on 21-5-2014 08:25 AM
patut dimarah jugak orang yang xnak bayar maintenance tu. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

btl tu.. rmh ak owez byr maintenance, tp sb ramai sgt tak bayar jai pihak pengurusan mcm xnk selenggara masalah2 lif, kebersihan n etc..


jadi sb nila setitik, habis menyusahkan org yg bayar mcm ak ni..

btw pengurusan tu pun patut buka la dulu lif mse nk turunkan jenazah tu kan... then katup n kunci la balik lift..
Quote ad_hoc79 21-5-2014 12:01 PM
chinta89 posted on 21-5-2014 11:05 AM
btl tu.. rmh ak owez byr maintenance, tp sb ramai sgt tak bayar jai pihak pengurusan mcm xnk selen ...

nanti kantoi lah tau lif tu sebenarnya xrosak kalau bukak kejap.
lagipun bukan ahli keluarga dia yg diusung ke bawah tu
Quote dino 21-5-2014 12:05 PM
gekkou posted on 21-5-2014 08:23 AM
berapa kerat jek yang x byr duit maintainance?
berapa kerat tu bape ramaikah?
aiyooo...byr lah dui ...

slhkan penduduk... sendiri takde usaha nak byr.... sendiri merungut.....


Quote dino 21-5-2014 12:09 PM
kecimpret posted on 21-5-2014 08:57 AM
flat PPR mmg normal laa camni...puncanya ade manusia bengong x bayo mentenen...cam laa mahal beno... ...

flat ppr pun kena wat mcm kondo gak... kena ade pass baru leh masuk lobby.... tp nak wat mcm mana....
kena ade kesatuan penduduk yg kuat la.... kat blkg tmpt aku ade pelangi ara.... tahap flat.... tp paling teratur... since ade kesatuan penduduk yg kuat... yg bg kerjasama....  bersih je aku nengok....

Quote kecimpret 21-5-2014 12:20 PM
dino posted on 21-5-2014 12:09 PM
flat ppr pun kena wat mcm kondo gak... kena ade pass baru leh masuk lobby.... tp nak wat mcm mana. ...

mentaliti sebenarnya..kalo mental x betul, duk kondo mahal pun x guna..nama flat yg bagus tu pe?..igt mau rembat sebijik la wat invest
Quote naina 21-5-2014 12:26 PM
susahnya duduk flat
sempit,kena naik lif
lif rosak naik tangga
klu umah tinggi lg parah
pahtu byr maintenance kena sama2
Quote dino 21-5-2014 12:27 PM
kecimpret posted on 21-5-2014 12:20 PM
mentaliti sebenarnya..kalo mental x betul, duk kondo mahal pun x guna..nama flat yg bagus tu pe?.. ...

pangsapuri pelangi ara... ade seketul klinik 1msia
rega dlm rm80k klau tak silap.... area ni cun ooo nak buat investment......

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.120335 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top