CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

16 Tahun Hidup Sekadar Minum Air

26-5-2014 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5084| Komen: 25

KULAIJAYA – “Duit simpanan dah habis, tapi sakit dihidapi sejak 16 tahun lalu masih belum pulih,” kata seorang pesakit misteri, Ali Hanafi Yusof, 44.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM900 sebulan berkata, tidak mampu menanggung kos perubatan dan keperluannya, ditambah masih perlu menampung perbelanjaan tiga anak masih bersekolah.

“Saya ada minta bantuan pihak berkenaan untuk dapatkan tanggung kos rawatan, namun tiada respons,” katanya semalam.

Kisah duka, Ali Hanafi ini bermula sebaik menjalani pembedahan tiroid di tekak pada 2005, namun punca sebenar penyakit dialaminya itu belum dapat dikenal pasti hingga kini.

“Saya sangka lepas pembedahan, sakit hilang, tapi sekarang saya tak dapat telan makanan.

“Saya hanya boleh minum air yang ditapis, kalau tak, saya senang tersedak dan sesak nafas,” katanya.

Ali Hanafi berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia sering mengalami masalah pernafasan secara tiba-tiba hingga mengganggu rutin kerja dan menyebabkan dia beberapa kali dibuang kerja.

“Sebelum kerja di sini, macam-macam kerja saya buat termasuk juruteknik, pemandu dan pembantu kedai, namun tak lama kerana selalu cuti sakit.


Ali Hanafi bukan sahaja tidak dapat menelan makanan, tetapi terpaksa menapis minuman kerana masalah pernafasan yang dialaminya.

“Badan cepat letih, mungkin sebab kurang zat, tapi saya bersyukur majikan di sini memahami keadaan saya. Cuma ada masa saya tidak dapat elaun penuh kerana kerap cuti sakit,” katanya.

Katanya, bagi menambah sumber pendapatannya dia turut melakukan kerja sampingan pada waktu malam untuk mengumpul kos rawatan dan menampung keperluan keluarga.

“Sebelum ini saya pernah cuba makanan tambahan yang dijual dalam bentuk jus dan dapat membantu mengurangkan masalah pernafasan, tapi saya tak mampu teruskan kerana mahal,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang prihatin terhadap nasibnya boleh menghubunginya di talian 012-7877031 untuk menghulurkan bantuan.

3

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 23-5-2014 05:36 PM
penyakit pelik.. dah p rujuk pakar kt hspital gov je.. kos perubatan ape yg mahal...

kesian
Quote gekkou 23-5-2014 05:40 PM
tapi at least dia usaha untuk kerja n buat part time waktu mlm
tidak lah mcm rumah sblh yang malas nk keje
sanggup ddk dlm hutan tgu dpt rumah free

dia minta bantuan tu kat sapakah?
zakat kah? agaknya x lepas sbb x de surat doktor kot
Quote shernazz 23-5-2014 05:46 PM
sedapye air soya

NUTRI SOY....slurpp!!!

mamat ni nampak hensem la
Quote liyamariska 23-5-2014 05:48 PM
penyakit yg agak ganjil utk lelaki ensem camni...
Quote dualchicks 23-5-2014 06:11 PM
dah laa gaji RM900....pastu kena slash plak tuh sebab asyik cuti..cover 3 org anak...nak bayar insurans tiap2 bulan dgn hapo....agent insurans yg senang lenang gosok perut kokonyangan...buek jatuh akidah jer...insurans bley tlg semua nih...insurans pun input mesti ada...u help me i help u...puuiii
Quote Dewa19XKangen 23-5-2014 07:05 PM
kuat semangat brother nie..
Quote prettymanja 23-5-2014 07:08 PM
Cian Abam Guard nie, xde ke mak2 Datin Umngok yg simpati
Quote Czaziq 23-5-2014 07:18 PM
siannya. semoga cepat sembuh.
Quote derra 23-5-2014 08:35 PM
Kesian.hilang nikmat makan.
Quote noor2 23-5-2014 09:05 PM
antara org yang rajin keje...walau sakit dan pendapatan kurang...

kagum...
Quote Kejora927 23-5-2014 09:12 PM
macam2 ye jenis penyakit neh.. bahagian dia macam ni..
Quote naina 23-5-2014 09:20 PM
Klu p gov mana ada kena caj kan
operate pon byr bpe je..
cme kena tggu turnla
tp klu kena budi bicara bole cepatkan pmbedahan mcm kwnku

Yela at least dia keje..
Quote naina 23-5-2014 09:23 PM
gekkou posted on 23-5-2014 05:40 PM
tapi at least dia usaha untuk kerja n buat part time waktu mlm
tidak lah mcm rumah sblh yang malas  ...

Ummah sebelah xde story sakit kronik pon
tp gigih mnx umah baru sebijik
ntah2 dh pnh mnx bantuan zakat, kebajikan lain gk
Quote alinone78 23-5-2014 09:27 PM
At least dia usaha juga cari koje walaupun kena buang koje berkali2
Kena meniaga nasi lemak singgit la macam ni
Quote ultra78 23-5-2014 09:28 PM
Perlu tapis minuman? Tapis air soya kotak? Air masak pun tapis juga?
Quote ana_w_houb 28-5-2014 06:16 AM
ultra78 posted on 23-5-2014 09:28 PM
Perlu tapis minuman? Tapis air soya kotak? Air masak pun tapis juga?

sebab dia takleh makan makanan sebab penyakit tekak dia  sebabtu dia kene minum air yang berperisa berisi kasi dia rasa kenyang...tapi dia kene tapis dulu air tu kasi texture dia fine sikit

kan dia cakap dia x cukup zat so means meme dia xleh makan la makanan biasa


Quote sueism 28-5-2014 07:00 AM
kesian dia harap2 jumpa doctor yg boleh ubati dia
Quote kodokke 28-5-2014 07:09 AM
Pelik guna tapis teh sebab ape? Ade bende beku dlm air soyakah
Quote mak_wa95 28-5-2014 07:23 AM
ingatkan tapis yang macam mana...

tapis dengan tapis teh je...air kotak pun kena tapis gitu ke..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068616 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top