Ibu Dyana isytihar keluar PERKASA Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu.
Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan. Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan. Ditanya mengenai pembabitan awalnya dengan PERKASA, Yammy berkata beliau menyertai NGO tersebut kerana Umno dilihat lemah pada masa itu. "Saya akui saya terlibat dalam PERKASA untuk bantu orang Melayu, sebab kita tengok Umno dah lemah dah dalam membela Melayu. "Apabila dia dah ditubuhkan, (saya seperti melihat) akhirnya PERKASA lari daripada tujuan awal. Bukan saya seorang saja yang keluar (dari PERKASA)," katanya. Jelasnya, beliau melihat PERKASA lebih banyak menyertai politik dan bukannya sebagai NGO Melayu. "Dia dah lebih kepada politik. Pada peringkat awalnya dia ditubuhkan (sebagai) NGO Melayu, apabila dia dah (masuk ruang) politik, kita tak nak lah," katanya lagi. Tambahnya, beliau hanya memberitahu Dyana perkara itu "baru-baru" ini. Beliau tidak membincangkan mengenai isu tersebut dengan Dyana sebelum ini kerana anak gadisnya itu sedang sibuk belajar pada masa itu. "Baru-baru ini saja (beritahu Dyana), sebab saya dengan Dyana pun jarang bercakap pasal ini dan dia pun belajar, jarang dengan saya," katanya.
|
4
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
annehuda posted on 27-5-2014 03:18 PM
perkasa sama pekida tu sepatutnye tak payah wujud pun takpe. ade pun memalukan melayu je
girlspretty posted on 28-5-2014 07:44 AM
kalau ye pon nak kuar parti ..tak payah nak hina sangat org melayu ok..makcik
nikaido posted on 28-5-2014 08:11 AM
bodoh membaca pun x reti. mana ada dia hina melayu. dia cuma keluar dr NGO shj. Perkasa bukan part ...
ADVERTISEMENT