CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Porche Macan Berlabuh Di Malaysia

28-5-2014 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12547| Komen: 4

Porche Macan berlabuh di Malaysia

JULAI tahun lalu, saya berpeluang menemu ramah Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance (SDAP), Arnt Bayer bertanyakan tentang perancangan kemasukan model asas, Porsche Macan ke pasaran Malaysia.

Pada ketika itu beliau menjawab status sebenar masih samar-samar memandangkan pihaknya masih belum mengetahui harga yang bakal ditawarkan, varian dan masa ketibaannya.

Beliau memberi jawapan selamat Macan mungkin tiba di Malaysia pada suku kedua 2014 dan tidak menolak kemungkinan harganya lebih rendah berbanding Cayenne.



Dan…apa yang dikatakan ditunaikan, akhirnya Macan tiba minggu lalu dan dipertontonkan kepada media pada majlis pra tonton sebelum model berkenaan diserahkan ke Hong Kong.

Kali ini, varian dan harga bagi model tersebut telah pun disahkan. Macan yang diberi gelaran Baby Cayenne itu ditawarkan dengan empat varian bermula dengan varian asas Macan diikuti Macan S, Macan S Diesel dan Macan Turbo.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada Ogos ini, ciri baharu Macan dapat dilihat pada bonet yang membaluti sekaligus menghasilkan perincian rekaan impresif yang diakhiri pada lampu hadapan dan diteruskan ke arca roda.

Macan berasal daripada perkataan Indonesia yang bermaksud The Tiger itu mengadaptasi DNA terkini 918 Spyder dalam reka bentuk asas lampu utama hadapan sementara bilah tepi pada bahagian bawah hadapan dan pintu belakang mengingatkan kembali kepada pintu yang lebih rendah pada kereta sport hibrid.

Lampu belakang pada Macan adalah satu lagi ciri yang menarik , menawarkan reka bentuk tiga dimensi dan teknologi LED yang menjadi satu rujukan kepada 918 Spyder.

Kesemua varian Macan didatangkan dengan peresap belakang pada paip ekzos berkembar. Bagi model Macan S ia berbentuk bulat manakala Macan S Diesel berbentuk segi empat.

Semua model boleh didapati dengan paip ekzos sport yang diperbuat daripada saduran krom keluli tahan karat sebagai pilihan.

Buat pertama kali juga dalam rangkaian model Porsche baharu, semua varian Macan menampilkan Porsche Doppelkupplung (PDK) prestasi tertinggi 7-kelajuan sebagai standard.

Kelebihan reka bentuk penghantaran ini termasuk prestasi permulaan yang sangat baik, perubahan gear pantas tanpa sebarang gangguan kuasa tarikan yang kuat, masa tindak balas yang singkat , penggunaan bahan api yang rendah dan keselesaan penukaran cemerlang.

Selain itu, Macan turut dilengkapi dengan pacuan aktif semua roda dan  Pengurusan Tarikan Porsche (PTM)sebagai standard bagi kesemua varian Macan.

Turut serta ditawarkan bersama ciri berkenaan ialah kawalan elektronik, map-controlled multi-plate clutch, Automatic Brake Differential (ABD) dan Anti-Slip Regulation (ASR).

Harga bagi Macan bermula dari RM450k itu kini dibuka tempahan di Pusat Porche Damansara dan Glenmarie. Model Macan Turbo yang dipertontonkan itu juga bakal dipamerkan di Bangsar Shopping Centre bermula 21 Mei hingga 25 Mei ini.

Barisan varian Macan

Macan
Enjin: 2.0 V6 turbo petrol
Kuasa Maksimum:237hp
Tork Maksimum: 350Nm
Pecutan Maksimum: 223km/j
Anggaran harga: RM450K

Macan S
Enjin: 3.0 V6 biturbo
Kuasa Maksimum: 340hp
Tork Maksimum: 460Nm
Pecutan Maksimum: 254km/j
Anggaran harga: RM560K

Macan S Diesel
Enjin: 3.0 V6 turbo diesel
Kuasa Maksimum:245hp
Tork Maksimum:580Nm
Pecutan Maksimum: 230km/j
Anggaran harga: RM550K

Macan Turbo
Enjin: 3.0 V6 biturbo
Kuasa Maksimum: 400hp
Tork Maksimum: 550Nm
Pecutan Maksimum: 266km/j
Anggaran harga: RM785K


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OrangKita 26-5-2014 03:01 PM
...kalau aku kayaaaa.....
Quote dualchicks 28-5-2014 04:53 PM
Next model Porsche Macai plak ..ooppss power power power
Quote mattzzx 28-5-2014 06:17 PM
cuma dapat tengok sajeee....nak beli tak terrrrmampu....
Quote Lagubestbest 29-5-2014 02:43 AM
Sama macam rumah sebijik rega keta sekarang. Tak expect bila dah besar dapat kerja, kena beli 'dua rumah' sekaligus.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053525 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top