CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Isu Cadbury : Tiada 'Bersih Darah' & Tiada Samak Mulut

28-5-2014 11:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9678| Komen: 52


ISU CADBURY : TIADA 'BERSIH DARAH' & TIADA SAMAK MULUT
Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman Allah swt :
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}

Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ahzab : 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini. Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 28-5-2014 07:01 AM
tu makcik tu suruh bersih kan darah hehehehe kalau tak
babi crawl dalam badan
Quote mak_wa95 28-5-2014 07:08 AM
cuci kepala hotak makcik tu dulu..mana JAWI
Quote noor2 28-5-2014 07:10 AM
mak_wa95 posted on 28-5-2014 07:08 AM
cuci kepala hotak makcik tu dulu..mana JAWI

morning makwa.....selamat bercuti....bestnya cuti lama...tp best gak bagi kitaorg keje ni jalan tak jem...
Quote kodokke 28-5-2014 07:11 AM
Ape da.. mane denye. Tutup je
Quote mak_wa95 28-5-2014 07:15 AM
noor2 posted on 28-5-2014 07:10 AM
morning makwa.....selamat bercuti....bestnya cuti lama...tp best gak bagi kitaorg keje ni jalan ta ...

morning...tq..hah sekali ni cuti lama..yang pelik utk raya nanti kena ganti 2 hari pula..ketara sangat atas jalanraaya bila cuti sekolah ya...
Quote noor2 28-5-2014 07:20 AM
mak_wa95 posted on 28-5-2014 07:15 AM
morning...tq..hah sekali ni cuti lama..yang pelik utk raya nanti kena ganti 2 hari pula..ketara sa ...

owh kena ganti ya...memang ketara pelik pulak pikir sangkut pautnya...beza jem dan tak jem masa cuti sekolah dan tak..


seram pulak pasai bersih darah dan samak mulut ni..
Quote mak_wa95 28-5-2014 07:29 AM
noor2 posted on 28-5-2014 07:20 AM
owh kena ganti ya...memang ketara pelik pulak pikir sangkut pautnya...beza jem dan tak jem masa cu ...

punya banyak budak2 menjadi pengguna jalan raya macam2 la..
.....cuti ni macam2 aktiviti la pula..yang baik ok la,p tusyn..yang buas tu macam2 la...

macam mana orang sesat macam ni wartawan boleh p temuramah pula..benda sesat dan menyesatkan bakul sampahkan je..
ambik tindakan kat makcik ni..
Quote noor2 28-5-2014 07:31 AM
mak_wa95 posted on 28-5-2014 07:29 AM
punya banyak budak2 menjadi pengguna jalan raya macam2 la..
.....cuti ni macam2 aktiviti la pula. ...

lepas interbiu org sesat...sebarkan pulak kat akhbar...






Quote mak_wa95 28-5-2014 07:35 AM
noor2 posted on 28-5-2014 07:31 AM
lepas interbiu org sesat...sebarkan pulak kat akhbar...

tah geng2 dia juga kut buat temuramah ni..

memang jahat,geng sesat ni
Quote batmana 28-5-2014 07:35 AM
banyak betul thread babi semenjak dua menjak ni..
Quote RockRockRock 28-5-2014 07:38 AM
sueism posted on 27-5-2014 11:01 PM
tu makcik tu suruh bersih kan darah hehehehe kalau tak
babi crawl dalam badan

makcik mana?


Quote sueism 28-5-2014 07:54 AM
tu hat kecoh benang sebelah tu yg wakil untuk NGO tu
tak kosa cik nak tukar darah nak cucuk ambik darah
pun dah seksa hahaha
Quote cmf_rambutan 28-5-2014 07:57 AM
sapa2 yg mualaf tu takyah la gi kawin ngan anak2 makcik ni.... habis korang dan keturunan korang dicop ada dna babi nanti.. takut lekat dna tu kat cucu dia plak
Quote AbukRokok 28-5-2014 09:02 AM
bru je plan nak buat Air tanah perisa Blueberry
Quote Loxlaxman 28-5-2014 09:08 AM
Aku baru jer samak usus kelmarin, sib baik tak gi buat dialisis ganti darah gi ...
Quote atira 28-5-2014 09:09 AM
Acong smalam nak minum air tanah satu baldi.. air paip 6 baldi
Quote revolusi_30 28-5-2014 09:13 AM
Bagi akak pegang babi ne tak perlu sertu or samak kat depa call ... Persoalannya macam mana itu Babi boleh ada dlm Coklat Cadburry ?? Or depa kata DNA babi kat kacang hazel ka apa .. Takkan petani tu pegang babi n then g petik kacang .. Gitew.  Kalau mcm tu duit ringgit juga ada dna babi bukan.  Tak bisa dipegang oleh mosliem. ?
Quote lizaliza 28-5-2014 09:15 AM
ni divert isu ke...
sekarang dok cerita orang gusar sebab termakan
hakikatnya di dunia reality masyarakat Malaysia gusar
apakah tahap kehalalan toiyibban setiap makanan yang diiktiraf halal oleh Jakim
Isu sebenar...apa yang JAKIM dah buat, dimana mufti,
setiap negeri ada mufti, apa tanggungjawab mufti
setakat riuh rendah nak saman, apakah itu isu sebenar
Quote Loxlaxman 28-5-2014 09:17 AM
Pada memperbabikan bahasa Inggeris, aku sediakan terjemahan Google Translate dalam Bahasa Malaysia supaya lebih paham..tunggang-langgang bunyi, tapi ok laaaa...



Bermula UNTUK raksasa binatang GLOBAL: PENINGKATAN Cadbury

Syarikat itu bermula pada tahun 1824 apabila John Cadbury membuka sebuah kedai runcit di 93 Bull Street di Birmingham menjual koko dan minuman coklat. Menjelang tahun 1830-an firma itu yang beroperasi secara komersil .

Cadbury pergi dari satu kedai kecil di Birmingham untuk menjadi jenama konfeksi kedua terbesar di dunia selepas ( fail gambar ) Wrigley ini

Kawalan Empat puluh tahun kemudian lengkap syarikat telah diserahkan kepada Richard dan George Cadbury dan dengan 1.875 bar coklat susu yang pertama telah dihasilkan diikuti dengan telur Paskah yang pertama.

Sebuah kilang baru dibina di Bournville pada tahun 1879 dan oleh abad ini Cadbury Susu Coklat dilancarkan.

Firma itu diterima pakai ungu dan emas pembalut ikonik dan ' kaca setengah ' simbol untuk Susu tenusu pada tahun 1920 .

Dekad kemudian dan berikutan pertumbuhan selepas perang, Cadbury Schweppes bergabung dengan mendorong pengembangan selanjutnya.

Jenama ini menjadi begitu popular bahawa menjelang tahun 1990 satu tarikan pengunjung yang ditetapkan, Cadbury World, telah dibuka.

Sepuluh tahun lalu syarikat itu bersama membeli gusi manufacturor Adams untuk menjadi pemimpin dunia dalam sektor .

Selepas Cadbury Schweppes dan pergi cara berasingan mereka pada tahun 2008 , Cadbury menjadi sebahagian daripada Mondelez Antarabangsa.

Pada tahun 2011 ia mempunyai pendapatan sebanyak £ 11346002000 . Hari ini adalah jenama konfeksi kedua terbesar di dunia selepas ini Wrigley . Ia beribu pejabat di Uxbridge , London, dan beroperasi di lebih daripada lima puluh negara-negara di seluruh dunia.
..
Presiden PPIM , Datuk Nadzim , berkata, perbincangan sudah dijalankan dengan NGO Melayu lebih kemungkinan mengambil tindakan undang-undang sambil menambah bahawa beliau mahu produk Cadbury 'pergi ke sisa .

Wakil-wakil juga mengancam untuk membuat laporan polis terhadap firma itu pada masa akan datang .


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah pun dikatakan telah digantung sijil halal kedua-dua produk Cadbury yang terlibat dalam kontroversi itu .

Cadbury Malaysia berkata ia telah dimaklumkan mengenai kesan babi berikut ujian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

Firma itu berkata ia mempunyai semua produknya halal disahkan jatuh sejajar dengan sekatan pemakanan Islam dan itu, kajian semula rantaian bekalan itu sedang dijalankan.

Cadbury UK telah menunjukkan bahawa isu DNA babi telah sepenuhnya terhad kepada Malaysia.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.150451 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top