CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Penjenayah Kopak Rumah

28-5-2014 11:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3514| Komen: 2


Dinding rumah Nauyah yang dirosakkan gajah liar.


Nauyah menunjukkan keadaan belakang rumah yang ditimpa pokok akibat serangan gajah liar, malam kelmarin.

KAHANG - Seorang ibu tunggal dibelenggu rasa takut selepas kawasan rumahnya di Kampung Sri Lukut di sini, dimusnahkan sekumpulan gajah liar, malam kelmarin.

Nauyah Ucir, 70, yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan berkata, sewaktu kejadian serangan gajah liar itu, dia berada di rumah anaknya di Bandar Kluang.

Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan jiran yang menyatakan gajah liar memasuki perkarangan rumahnya.

"Makcik terus balik untuk lihat sendiri rumah. Masa sampai, makcik terkejut sebab keadaan macam dilanda ribut, dahan pokok bersepah atas jalan dan depan rumah.

“Bukan itu saja, depan rumah ada tahi gajah, ini bukti gajah liar itu memang dekat dengan rumah. Dinding rumah makcik juga dikopak gajah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Nauyah yang mempunyai enam anak berkata, rumahnya sudah tiga kali diserang gajah liar dalam masa seminggu.

Dia berkata, sebelum ini serangan gajah liar hanya berlaku di kawasan hutan berhampiran rumahnya dan tidak pernah tiba ke halaman rumah.

“Tapi sejak akhir-akhir ini, gajah itu makin berani, sanggup rosakkan tanaman keliling rumah, malah dinding rumah turut dikopak.

“Makcik takut, tiap malam makcik risau kalau-kalau gajah liar ini bertindak robohkan rumah pula," katanya.

Menurutnya, disebabkan kejadian serangan itu, dia sering ke rumah anak kerana takut duduk seorang diri.

“Makcik tak tahu bila gajah liar ini akan datang, selalunya makcik sedar bila sudah pagi dan lihat tanaman habis musnah selain ada tahi gajah depan rumah,” katanya.

Nauyah berkata, serangan gajah liar itu bermusim, namun makin dahsyat sehingga menyebabkan penduduk menanggung kerugian besar akibat tanaman dimusnahkan haiwan berkenaan.

Dia berharap serangan gajah liar itu akan berakhir kerana tidak sanggup melihat kawasan rumahnya menjadi mangsa tempat haiwan tersebut mencari makanan.


Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 27-5-2014 04:33 PM
kalu cita pasal gajah siapa nk komen. siapa kisah kan?
Quote mak_wa95 27-5-2014 04:36 PM
ishhh..gajah mengamuk pun xsedar...kurang pendengaran kah opah ni..sian dia

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.145315 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top