CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petronas Buka 30 Stesen Tahun Ini

28-5-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7938| Komen: 42



PETRONAS Dagang Berhad (PDB) bakal membuka 25 hingga 30 stesen minyak Petronas di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Shaharuddin M Sidek berkata, pembukaan stesen itu bergantung kepada pertumbuhan industri dan permintaan bagi pelbagai lokasi yang sedang dipantau Petronas.

"Bagi membuka satu stesen minyak Petronas membelanjakan sekurang-kurangnya purata RM2 juta," katanya selepas Majlis Pelancaran Primax 95 baharu dengan formula tenaga yang diperbaharui di Kuala Lumpur, semalam.

Setakat ini, Petronas mempunyai 1,047 stesen di seluruh negara.

Mengulas berhubung penguasaan pasaran dalam industri, Shaharuddin berkata, setakat ini, Petronas menguasai 30 peratus pasaran, sekali gus berhasrat untuk mencapai 35 peratus tahun ini dalam usaha untuk menjadi peneraju minyak kenderaan pengguna di negara ini.

Menurutnya, Petronas turut memperuntukkan RM500 juta untuk tujuan perbelanjaan modal setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan ketua Pegawai Eksekutif PDB, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, syarikatnya yakin untuk meningkatkan jumlah jualan RON 95 menerusi pengenalan Primax 95 baharu itu, yang turut didorong dengan kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap produk Petronas.

"Primax 95 baharu telah direka untuk memberikan kecekapan yang lebih tinggi dan prestasi yang optimum untuk kilometer yang lebih jauh.

"Kami percaya pelanggan akan dapat merasai perbezaannya apabila mencubanya nanti," katanya.

Primax 95 baharu akan menggantikan Petronas Primax 95 Xtra di semua stesen minyak Petronas di seluruh negara dan jual pada harga kawalan petrol RON 95 bermula semalam.

13

Bagus
6

Marah
29

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-5-2014 04:34 PM
ekonomi bawah 30%, stesyen minyak 30%.

untuk pengetahuan rakan2 forum.

Petron syarikat anak mahathir asal usul syarikat arak SAN MIGUEL.

tapi bagi pengikut mazhab UMNO, bisnes arak HALAL jadi modal buka stesyen minyak petron.

bekalan minyak pada kapal terbang MAS telah di ambil alih oleh petron di mana sebelum ni hanya PETRONAS sahaja pembekal minyak pesawat.

nampak tak game kroni mahathir? tak dapat petronas, dia kacau market untuk conquer.

dahlah syarikat arak SAN MIGUEL.

mereka fikir modal duit jual arak halal ke jual minyak petron?

mazhab umno apa saja halal asal duit.
Quote piao 27-5-2014 04:34 PM
bukak la bnyk2 skit. tmpt2 terpencil pun bkk la ya
Quote CiliPadiSedap 27-5-2014 04:34 PM
SOKONG PETRONAS BOIKOT PETRON

SOKONG PETRONAS BOIKOT PETRON

SOKONG PETRONAS BOIKOT PETRON
Quote vespa_oren 27-5-2014 04:37 PM
Abang aku plan nak bukak stesen minyak, dah malas nk jdi kontraktor
Quote sup@rm@n 27-5-2014 07:49 PM
Boikot petron boikot petronas. Jom pakai minyak bp. Jimat dan responsif
Quote airfilterkotor 28-5-2014 05:04 AM
Motor besar, tuang RON95. Choiii.
Quote hanakikan 28-5-2014 05:18 AM
Senang ke nak buka stesen petronas ni? Modal berapa? 1m?
Quote kakikuDibibirmu 28-5-2014 05:33 AM
sokong proton boikot perodua myvi
sokong proton boikot perodua myvi
sokong proton boikot perodua myvi
Quote clepetpro88 29-5-2014 10:41 AM
CiliPadiSedap: ekonomi bawah 30%, stesyen minyak 30%.untuk pengetahuan rakan2 forum.Petron syarikat anak mahathir asal usul syarikat arak SAN MIGUEL.tapi bagi  ...


hye abam pandai buat tafsiran ... baca sejarah banyak2 tau lain kali. jawatan mukhriz kat kilang arak SEBAGAI PENASIHAT sahaje. cukai arak tu mmg sampai kat dia and konco2 . jadi duit tu mmg tak tahu mane pergi sebab DUIT . orang beli arak tu pakai batu ke duit kertas ?


kalau nak tahu sangat line up management (GAB) Guinness Anchor Berhad . ni die

http://www.gab.com.my/about/management.asp


baca sejarah len kali jangan men hentam taruk je. jangan mara aa mat pet
Quote ninjago 29-5-2014 10:42 AM
bapak aku ada cita2 nak bkk 1 stesen petronas nie..
Quote anishacute 29-5-2014 10:49 AM
Bukak je.. susah juga takde pam minyak ni.. lg2 kat kampong2.. org jual lam botol mcm jual madu.. nasib baik ai tak beli.. ingatkan madu lebah
Quote Bell 29-5-2014 10:53 AM
CiliPadiSedap posted on 27-5-2014 04:34 PM
ekonomi bawah 30%, stesyen minyak 30%.

untuk pengetahuan rakan2 forum.

San Miguel sebuah conglomerate. Segala cabang business ada - byk subsidiaries. Arak is one of them. Business aarak dgn minyak lain-lain subsidiaries

Quote CiliPadiSedap 29-5-2014 11:08 AM
Bell posted on 29-5-2014 10:53 AM
San Miguel sebuah conglomerate. Segala cabang business ada - byk subsidiaries. Arak is one of them ...

Core businesses[edit]
Beverages[edit]
San Miguel Brewery, Inc. is the Philippines' largest brewer and a leading brand in Hong Kong and South China. San Miguel Pale Pilsen is one of the world’s top-selling beers. Its portfolio of nine beer products includes San Miguel Beer Pale Pilsen, San Miguel All Premium Malt, San Miguel Super Dry, San Mig Light, San Mig Strong Ice, Red Horse Extra Strong Beer, Gold Eagle, San Miguel Draft and Cerveza Negra.
International:
  • San Miguel Brewing International Ltd.
    • San Miguel Brewery Hong Kong Ltd.
      • San Miguel (Guangdong) Brewery Company Ltd.
      • Guangzhou San Miguel Brewery Company Ltd.
    • San Miguel Baoding Brewery Company Ltd.
    • PT Delta Djakarta Tbk
    • San Miguel Brewery Vietnam Ltd.

cerdik tak boleh nak ajar. kalau dah bisnes arak apa saja boleh.


macai banyak makan cadbury. san miguel jenama arak, bukan jenama hartanah, atau jenama apa sahaja.

In 1889, a well-known Manila businessman, Don Enrique María Barretto de Ycaza y Esteban, applied for a royal grant from Spain to establish a brewery in the Philippines. He was awarded the grant for a period of twenty years. On September 29, 1890 (Michaelmas, or the feast day of Saint Michael the Archangel), La Fábrica de Cerveza de San Miguel was declared open for business. Located at 6 Calzada de Malacañang (later called Calle Avilés), the brewery took its name from its neighbourhood, the arrabal(suburb or district) of San Miguel. The facility had two sections: one devoted to the production of ice with a daily capacity of 5 tonnes, and the other to beer production. The brewery was the first in Southeast Asia using the most modern equipment and facilities of the day. With 70 employees, the plant produced 3,600 hectolitres (about 47,000 cases) of lager beer during the first year and subsequently produced other types of beer, notably Cerveza Negra, Eagle Extra Stout and Doble Bock.

tahun 1889 san miguel buat bisnes arak.

demi mamak kerala mahathir. sanggup dipertahankan arak san miguel asal PETRONAS bungkus. sanggup menangkan PETRON.

jom boikot PETRON YAKINI PETRONAS SOKONG PRODUK HALALAN jangan sokong air kencing syaitan.


=

Boikot petron Yakini  

Last edited by CiliPadiSedap on 29-5-2014 11:12 AM

Quote clepetpro88 29-5-2014 11:23 AM
den ada kawan. dia pegang pam minyak esso kat andalas. biaselah runcit minyak. pendapatan minyak biase je.. dia tukar daripada esso ke petronas sebab mukhriz kedekut sikit nak bagi komisen kat petron sebab byk cawangan, cuba ko pikir petronas bukak byk cawangan komisen dia bagi kat org pun ciput je. mcm2 orang dengki suka jatuhkan melayu. pi makan cadbury la .
Quote saden 29-5-2014 11:33 AM
peluang besar keje Oil & Gas ni.
Quote Bell 29-5-2014 11:34 AM
clepetpro88 posted on 29-5-2014 11:23 AM
den ada kawan. dia pegang pam minyak esso kat andalas. biaselah runcit minyak. pendapatan minyak bia ...

Bila masa plak mukhriz terlibat dgn San Miguel!??
Last edited by Bell on 29-5-2014 11:35 AM

Quote Bell 29-5-2014 11:35 AM
CiliPadiSedap posted on 29-5-2014 11:08 AM
Core businesses[edit]

Aku sokong petronas tp to say san miguel jual arak saja tak betul.

Quote CiliPadiSedap 29-5-2014 11:51 AM
Bell posted on 29-5-2014 11:35 AM
Aku sokong petronas tp to say san miguel jual arak saja tak betul.

san miguel ada produk lain.

tp core business dia adalah ARAK.

core business bermaksud ada bisnes lain contoh petron.

petron dapat dana daripada arak.

so petron tu haram ke halal?

sama juga gaji pekerja gov yang tercampur duit cukai arak judi.

so cmne?
Quote Bell 29-5-2014 11:59 AM
CiliPadiSedap posted on 29-5-2014 11:51 AM
san miguel ada produk lain.

tp core business dia adalah ARAK.

Pekerja hypermarket selain mydin pun sama - jual arak, bab1..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.295150 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top