|
Gombak: Seorang wanita patah tangan kiri manakala rakannya cedera di muka, tangan dan lutut selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba meragut beg tangan milik salah seorang daripada mereka dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Greenwood, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah sebelum tiba-tiba sebuah motosikal dinaiki dua lelaki cuba merampas beg tangan milik mangsa yang membonceng. Menurut sumber, mangsa enggan melepaskan beg tangannya itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka selama beberapa minit sebelum hilang kawalan dan terjatuh dari motosikal. “Lelaki terbabit yang panik melihat kejadian itu terus memecut laju tanpa sempat merampas beg tangan itu. “Akibat kejadian itu, penunggang motosikal itu patah tangan kiri dan cedera di muka sementara mangsa yang membonceng turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan lutut,” katanya.
|
|
3
![]() Bagus |
3
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
10
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.609015 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.