Daihatsu dan PERODUA masing-masing akan menguasai 51 peratus dan 49 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat pengeluaran enjin baharu itu, yang akan mempunyai modal berbayar RM165 juta. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pelaburan baru itu adalah sebahagian program transformasi PERODUA untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing di peringkat global, dalam aspek kualiti, kos dan penyampaian serta memperkemas eko-sistem pengeluaran enjin dan transmisi dalam industri automotif. Kilang pengeluaran enjin baharu itu yang dijangka mula dibina pada September ini, dibangunkan di tapak seluas 142,000 meter persegi akan menggajikan 150 pekerja baru dan mempunyai keupayaan pengeluaran sebanyak 140,000 unit setahun. Ini adalah pelaburan kedua Daihatsu di Sendayan, selepas pembinaan kilang pengeluaran gear automatik, Akashi Kikai Industry Malaysia Sdn Bhd, yang mula beroperasi pada Mac lalu. PERODUA mempunyai 10 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat itu.
|
kecimpret posted on 29-5-2014 11:50 AM
sendayan dgn salak tinggi jauh tak?..aku baru bedal sebijik umah kat salak tinggi
budakbaik10 posted on 29-5-2014 11:59 AM
ehh x la jauh giler....zaman skrg ni normal la berulang alik keje jauh...huhuh..
aku ulang alik ...
budakbaik10 posted on 29-5-2014 11:56 AM
sendayan ke salak tinggi dlm 40km something gitu laa....
Its business activities will be the manufacturing and sales of automotive engines, as well as development, design, manufacturing and sales of engine production equipment.
ADVERTISEMENT