CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Teluk Intan: DAP Sisihkan Kaum India?

29-5-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3953| Komen: 7

Apa DAP Pernah Buat Kepada Kaum India?



TELUK INTAN 25 Mei - Kaum India Teluk Intan menolak kepimpinan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ekoran bekas Ahli Parlimen mendiang Seah Leong Peng tidak pernah membantu untuk menaik taraf hidup mereka.

Penduduk Batu 12 Teluk Intan, V Prathapan A/L Nagappan 44, berkata, Ahli Parlimen sebelum ini tidak pernah mengambil berat tentang permasalahan masyarakat India dan hanya tampil meraih undi ketika berkempen untuk pilihan raya sahaja.

"Apabila kita calonkan DAP dan menangkan mereka, mereka langsung tidak datang turun dari rumah ke rumah untuk berjumpa peduduk.

"Macam-macam janji yang diberikan tetapi tidak ditepati," katanya ketika ditemui wartawan Rakyat News, baru-baru ini.



Kumarasamy A/L Balagisnin 41, berkata, beliau kecewa dengan pemimpin DAP tersebut kerana kebajikan kaum India tidak dijaga walaupun mereka telah menang di Teluk Intan selam dua penggal sejak 2004.

"DAP langsung tidak pernah menolong (masyarakat India). Kawasan saya duduk ini mengalami masalah sistem perparitan tersumbat tetapi mereka tidak tolong langsung (menyelesaikannya)," tegasnya.



Dalam pada itu, Laetchumanan A/L Gandiran pula, beliau tidak pernah bertemu dengan mendiang Seah Leong Peng sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan dan tidak pernah melayan rayuan yang dikemukakan penduduk.

"Kita sudah pergi ke pejabat mereka (Ahli Parlimen Teluk Intan) dan menghantar surat bagi mendapatkan bantuan tetapi mereka buang (surat tersebut).

"Kami minta bantuan untuk dapatkan tanah kebun pun tidak dapat," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 26-5-2014 04:26 PM
dap tak guna
Quote munchkin 26-5-2014 04:33 PM
Nak buat cam mana kan? Tengok lah bila ambil gambar siapa mencangkung siapa berdiri.
Quote DTECCONAN 26-5-2014 06:14 PM
jangan risau, DAP memang dah banyak bantu kaum India seperti..................
Quote razhar 26-5-2014 06:19 PM
lemboooo2 yang buta..abis tu x nak usaha....
Quote DTECCONAN 26-5-2014 08:03 PM
ala sama jer la.... tempat aku PAS menang tapi nak minta tolong sampai sekarang pun tak berjawab

bila nak mengundi aritu boleh ja minta itu ini
Quote zachary930 30-5-2014 01:08 PM
mungkin ambil masa untuk belajar macam mana manage tempat tu atau mungkin parti lain susahkan mereka untuk melaksanakan process bantuan? banyak sebab pun. jika boleh, pergi questionkan department berkaitian lagi.
Quote kodokke 30-5-2014 01:20 PM
DAP nie utk Cina kaum india nak bising wat pe

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.069289 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top