CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertahun Hadapi Gangguan Bekalan Air

2-6-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3992| Komen: 18




Hampir setiap rumah menyimpan botol dan bekas menyimpan air.


KUANTAN – Kira-kira 200 buah penempatan di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Panching, di sini, berdepan masalah gangguan bekalan air yang didakwa sudah berterusan sejak lebih tiga tahun lalu.

Bukan sahaja gangguan air tetapi tekanan air juga rendah dan keadaan ini amat menyusahkan mereka untuk menjalankan aktiviti harian.

Penduduk, Abd Ghani Jusoh, 56 berkata, masalah berkenaan bukan perkara baru dan mereka sudah berulang kali membuat aduan tetapi tiada jalan penyelesaian.

Menurutnya, urusan dan kerja harian tergendala disebabkan gangguan bekalan air yang tidak menentu terutamanya pada waktu malam.

“Memang bekalan air ke kawasan ini sangat teruk dan boleh dikatakan sekejap ada, sekejap tidak ada.

“Waktu malam boleh dikatakan memang bekalan akan terputus dan masalah ini berterusan walaupun banyak aduan telah dibuat.

“Bukan sahaja kepada agensi berkaitan tetapi kepada pemimpin juga sudah dimaklumkan tetapi tiada perubahan membuatkan kami hampir berputus asa,” katanya kepada Sinar Harian.

Penduduk, Robiah Ismail, 49 berkata, lebih membebankan apabila berlaku kematian, kenduri atau majlis keramaian.

“Penduduk memang merungut dan marah kerana perjalanan majlis terganggu ketika majlis berlangsung disebabkan masalah gangguan bekalan air.

“Apabila tidak ada air, segala urusan akan terganggu dan baru-baru ini berlaku kematian.

“Setiap kali majlis keramaian termasuk kenduri perkahwinan memang masalah ini tidak dapat dielak.

“Sekarang lagi kami bimbang kerana sudah hampir kepada bulan Ramadhan kerana setiap tahun ketika hari raya memang masalah air akan berlaku,” katanya.

Penduduk, Nor Azizan Awang, 47 turut melahirkan rungutan dan menuntut penjelasan daripada pihak  berwajib.

“Kami nak tahu kenapa masalah sebegini timbul sedangkan di kawasan kampung berhampiran tiada sebarang gangguan air.

“Jelaskan kami punca berlakunya masalah ini supaya kami memahaminya dan memang kami mengharapkan ia akan berakhir.

“Kadang-kadang anak-anak penduduk terpaksa mandi di merata tempat termasuk sungai,”katanya.

Seorang lagi penduduk, Zailah Ismail, 41 berkata, walaupun sering mengalami masalah gangguan air, bil air dirumahnya hampir mencecah angka RM 200 sebulan dan ia satu perkara tidak masuk akal.

“Gangguan air selalu sahaja berlaku tetapi bil terkini yang perlu saya jelaskan berharga RM177 dan itu membuatkan saya hairan.

“Sepatutnya bila berlaku gangguan air, bil akan lebih murah tetapi sebaliknya pula berlaku.

“Boleh dikatakan hampir semua rumah di kawasan ini terpaksa menyediakan tong besar di luar rumah dan deretan botol bagi mengisi air.

“Apa yang kami harapkan masalah ini akan berakhir supaya penduduk di sini dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa,”katanya.

Sementara itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Pengurusan Air Pahang (Paip) berhubung masalah berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Paip, Datuk Jaafar Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan ia terjadi disebabkan beberapa faktor.

“Dua hari lalu Paip ada bertemu dengan pengerusi PARK Panching bagi menerangkan perkara ini dan kita sebenarnya mempunyai penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang bagi menangani masalah ini.

“Panching adalah kawasan di Penghujung Sungai Lembing menyebabkan ia mengalami gangguan bekalan air termasuk bertekanan rendah.

“Tahap tangki air juga tidak boleh tinggi dan kita memang membuat catuan air di kawasan itu.

“Penduduk juga sedia maklum tentang catuan air yang dilakukan iaitu bermula jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi tetapi kita tidak boleh elak jika berlaku kerosakan.

“Buat masa sekarang, perancangan jangka pendek yang kita lakukan ialah membina tangki sedutan dan memasang pam bagi menaikkan air ke tangki dan sepatutnya pembinaan sudah siap tetapi terdapat kerosakan perlu dibaik pulih.

“Bagi jangka panjang, kita bercadang membina loji baharu iaitu loji air Panching dan Paip sentiasa berusaha yang terbaik untuk semua pengguna.

“Bagi penduduk yang ingin membuat kenduri atau berlaku kes kematian, mereka boleh menghubungi Paip di talian 09-573999 untuk bantuan tangki air.

“Kita juga ada menyediakan tangki statik untuk kemudahan penduduk di kawasan itu dan diharapkan penduduk dapat bersabar,” katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 31-5-2014 10:49 AM
syabas purdana muntri
Quote badaksumbu 31-5-2014 10:56 AM
pahang kan katanya bakal bankrap,

mp kuantan x nak bg sepatah dua kata ke,
Quote AdsMsia 31-5-2014 10:57 AM
pahang nak bangkrap apesal
kan kaya balak
Quote kakikuDibibirmu 31-5-2014 11:15 AM
kelantan kaya minyak pun dah macam bangkrap apa
Quote badaksumbu 31-5-2014 12:40 PM
dun panching ni bwh parlimen paya besar, mp paya besar, adun paching xde bg sepatah dua kata ke,

Quote sup@rm@n 31-5-2014 12:49 PM
Jangan lupa undi lagi dimasa akan datang
Quote slippergombak 31-5-2014 01:24 PM
Panching bertahun2 takder air, mp kuantan plak disalahkan sebab mp kuantan pr... adoilah macai umno, nak cuci taik pemimpin tak agak2....
Quote xAthenax 31-5-2014 01:27 PM
korang jangan lah cakap kontan
dulu di Nismillan
selama lama tok pendek jadi MB
orang area  sendayan Labu ramai memang kena  hadap  bekalan air
rata2 gali buat perigi batu
sesetengah tu pagi raya, mandi di masjid...
mujur tok mat jadi MB
baru settle kes air ni..
Quote slippergombak 31-5-2014 01:29 PM
sup@rm@n posted on 31-5-2014 12:49 PM
Jangan lupa undi lagi dimasa akan datang

Trend politik kat pahang mmg macam nih.... mmg sekat dan tak bagi, supaya bila dtg pru, senang membuat janji.... bila dtg pru, datanglah jcb, bulldozer ckp projek trus jalan, janj7 pangkah bn... abis pru, tinggal camtuh ajer... 4 tahun lagi buat perkara yg sama...

Satu lagi trend politik pahang, dekat pru, usung borang dapat tanah pree, isi nama beramai2..janji pangkah bn.. kalu tak pangkah, nama kena buang dari senarai... abis pru, terus lesap, 4 tahun lagi, usung lagi borang yg sama...

Belum lagi kira jalan dalam kampung diturap, bila sampai depan rumah org gantung bendera pas, trus tanah merah, jauh skit, baru tar semula...
Quote rdzaccess 31-5-2014 01:36 PM
ini baru adil ...
Quote plamsat 31-5-2014 01:41 PM
fitnah tu,pahang banyak air sampai boleh buat paip air direct ke selangor
Quote badaksumbu 31-5-2014 02:08 PM
tiba2 ramai pulak yg bg komen,

bkn dah dijwb ke kat bwh artikel tu,

Dua hari lalu Paip ada bertemu dengan pengerusi PARK Panching bagi menerangkan perkara ini dan kita sebenarnya mempunyai penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang bagi menangani masalah ini.

“Panching adalah kawasan di Penghujung Sungai Lembing menyebabkan ia mengalami gangguan bekalan air termasuk bertekanan rendah.

“Tahap tangki air juga tidak boleh tinggi dan kita memang membuat catuan air di kawasan itu.

“Penduduk juga sedia maklum tentang catuan air yang dilakukan iaitu bermula jam 9.00 malam hingga 5.00 pagi tetapi kita tidak boleh elak jika berlaku kerosakan.

“Buat masa sekarang, perancangan jangka pendek yang kita lakukan ialah membina tangki sedutan dan memasang pam bagi menaikkan air ke tangki dan sepatutnya pembinaan sudah siap tetapi terdapat kerosakan perlu dibaik pulih.

“Bagi jangka panjang, kita bercadang membina loji baharu iaitu loji air Panching dan Paip sentiasa berusaha yang terbaik untuk semua pengguna.

“Bagi penduduk yang ingin membuat kenduri atau berlaku kes kematian, mereka boleh menghubungi Paip di talian 09-573999 untuk bantuan tangki air.

“Kita juga ada menyediakan tangki statik untuk kemudahan penduduk di kawasan itu dan diharapkan penduduk dapat bersabar,” katanya.



Quote badaksumbu 31-5-2014 02:10 PM
hati2 bila berckp, jgn sampai jd fitnah,

warga kuantan.
Quote airfilterkotor 31-5-2014 03:55 PM
sebab kasik 20m padu percuma kaa ni...?
Quote sup@rm@n 31-5-2014 04:37 PM
slippergombak posted on 31-5-2014 01:29 PM
Trend politik kat pahang mmg macam nih.... mmg sekat dan tak bagi, supaya bila dtg pru, senang mem ...

Jahat sungguh mentaliti sebegitu. Macam cadbury je perangai diorang
Quote kambeng_masam 31-5-2014 04:52 PM
Kuantan ni sebuah daerah di negeri Selangor kah?!
Quote kodokke 31-5-2014 04:58 PM
Kuantan tpt Tun Razak  tpt kelahiran pm tu tak dah ayor pulak
Quote Acong 2-6-2014 05:19 AM
bongok punya TSKI.........! pi sign langat 2 tu cepat2

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059505 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top