CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Sekitar KL Banyak Tikus

2-6-2014 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8324| Komen: 41


Kuala Lumpur: Sebanyak 73 restoran di kawasan Bukit Bintang diarah tutup sementara bagi tujuan pembersihan sepanjang tahun ini kerana gagal menepati standard kebersihan yang ditetapkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Hayati Abdullah berkata, jumlah itu adalah paling banyak berbanding kawasan lain dalam kawasan pentadbiran DBKL.

Katanya, rata-rata pemilik premis di kawasan ibu kota itu memberi alasan pelanggan ramai  menyebabkan mereka tidak berkesempatan  membersihkan restoran.

“Walau sesibuk manapun sesebuah restoran itu, pihak pengurusan perlu sekurang-kurangnya membuat jadual tetap untuk membersihkan restoran setiap hari.

“Jika kakitangan premis menangguhkan kerja pembersihan sehingga berbulan-bulan, tidak hairanlah jika restoran dipenuhi lipas dan tikus sehingga menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui dalam Operasi Mesra Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL di Lebuh Ampang di sini, semalam.

Dalam operasi berkenaan, tiga premis gagal menonjolkan tahap kebersihan memuaskan sebelum diarahkan menutup sementara, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan premis yang diarah tutup sementara sebanyak 175 restoran.

Ketiga-tiga  premis berkenaan juga seolah-olah tidak makan saman apabila sudah dua kali berdepan arahan menutup atas kesalahan kotor.

“Premis yang didapati gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan melebihi daripada dua kali, DBKL terpaksa menutup perniagaan mereka bagi tempoh lebih lama berbanding 14 hari yang dikenakan pada kali pertama.

“Restoran yang kotor bukan saja boleh memberi imej yang buruk kepada pelanggan tempatan, malah pelancong juga mengharapkan keadaan yang bersih apabila mereka mengunjungi negara ini,” katanya.

Katanya, pemilik restoran harus bertanggungjawab membersihkan restoran secara keseluruhannya dan bukan hanya memaparkan imej yang bersih di tempat saja.       “Jangan hanya memaparkan kebersihan di tempat makan, sedangkan dapur dan ruang memasak dipenuhi dengan lipas dan tikus.

“Pelanggan datang dan bayar bagi makanan yang dipesan, jadi berikan perkhidmatan yang baik dari segi kebersihan kerana itu adalah hak mereka sebagai pelanggan,” katanya.

Katanya, DBKL tidak akan bertolak ansur dalam hal kebersihan terhadap pemilik premis di seluruh kawasan terbabit dengan pelaksanaan operasi dengan lebih kerap setiap minggu.

17

Bagus
13

Marah
31

Terkejut
23

Sedih
32

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 30-5-2014 04:51 PM
kuala lumpur darul tikus
Quote namirulmukminin 30-5-2014 04:51 PM
KL darul tikus...
Quote dino 30-5-2014 04:51 PM
kakikuDibibirmu posted on 30-5-2014 04:51 PM
kuala lumpur darul tikus

tp penang byk lg
Quote shernazz 30-5-2014 04:52 PM
depa memang sengaja ja nak kasi tikus banyak2
nak ade geng jugak dengan penang
xkan penang sekor je ade tikus
kl pung nak naik juge dengan tikus
Quote cmf_WonBin 30-5-2014 04:54 PM
Harga mahal tapi tikus tetap ada jugaaa
Quote dino 30-5-2014 04:54 PM
shernazz posted on 30-5-2014 04:52 PM
depa memang sengaja ja nak kasi tikus banyak2
nak ade geng jugak dengan penang
xkan penang sekor j ...

btul tuh... skit2 penang je dpt nama byk tikus.... kl pun nak gak
Quote dino 30-5-2014 04:55 PM
cmf_WonBin posted on 30-5-2014 04:54 PM
Harga mahal tapi tikus tetap ada jugaaa

depa ingat tu kucing... sbb tu wat tak kisah...
Quote supernaturalee 30-5-2014 04:56 PM
dino posted on 30-5-2014 04:55 PM
depa ingat tu kucing... sbb tu wat tak kisah...




betui...
tikus pekan besaq2
kucin pun laghi
Quote kakikuDibibirmu 30-5-2014 04:58 PM
makanlah kuih lapis yang berlumpur-lumpur tu
Quote sekngucing 30-5-2014 04:59 PM
kau ingat senang ka nak hapuskan?
aku dah guna

1. glueboard
2. umpan
3. perangkap besi
yg dpt cumaa anak2 jaa, yg otai2 semua susah laa
bnyak la tikus di opis aku ni, hishhhh
Quote dino 30-5-2014 04:59 PM
supernaturalee posted on 30-5-2014 04:56 PM
betui...
tikus pekan besaq2
kucin pun laghi

panggang pun sodap



Quote tengokjerrr 30-5-2014 05:00 PM
kawan2 Ratatouille kot .. Anyone can cook

ntah2 lauk kat restoran ... depa yg masak ... hahaha
Quote dino 30-5-2014 05:02 PM
sekngucing posted on 30-5-2014 04:59 PM
kau ingat senang ka nak hapuskan?
aku dah guna

lain kali umpan cheese baru jalan...
Quote shernazz 30-5-2014 05:02 PM
sekngucing posted on 30-5-2014 04:59 PM
kau ingat senang ka nak hapuskan?
aku dah guna

dolu mak aku cakap guna kismis je
terus berambus tikus2 itu dengan anak cucu skali
Quote sekngucing 30-5-2014 05:02 PM
tengokjerrr posted on 30-5-2014 05:00 PM
kawan2 Ratatouille kot .. Anyone can cook

ntah2 lauk kat restoran ... depa yg masak ... hahaha

amboi venellope von schweet ni
Quote shernazz 30-5-2014 05:02 PM
dino posted on 30-5-2014 04:54 PM
btul tuh... skit2 penang je dpt nama byk tikus.... kl pun nak gak

bukan senang nak naik nama dalam paper kan
kl pon nak juga gelaran itu
Quote dino 30-5-2014 05:03 PM
shernazz posted on 30-5-2014 05:02 PM
dolu mak aku cakap guna kismis je
terus berambus tikus2 itu dengan anak cucu skali

terus migrate tikus2 tuh....
Quote sekngucing 30-5-2014 05:03 PM
shernazz posted on 30-5-2014 05:02 PM
dolu mak aku cakap guna kismis je
terus berambus tikus2 itu dengan anak cucu skali

guna kismis?
aku mula pikir nak balik kampung cari buah racun tikus, letak
tikus tempat akuberlari2 dlm siling weh
Quote shernazz 30-5-2014 05:04 PM
sekngucing posted on 30-5-2014 05:03 PM
guna kismis?
aku mula pikir nak balik kampung cari buah racun tikus, letak
tikus tempat akuberla ...

yup
tikus takutkan kismis
kata mak aku la..


Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.090201 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top