CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persatuan Bola Sepak Selangor Tulis Jawi Terbalik

2-6-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11854| Komen: 98



SHAH ALAM - Kesilapan tulisan jawi pada papan tanda di pintu masuk ke bangunan baharu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Seksyen U15 di sini, mengundang rasa kesal kepada pelbagai pihak.

Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor, Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana mencetuskan keadaan yang memalukan.

Katanya, pihak bertangung jawab seperti FAS dan pihak berkuasa tempatan perlu lebih prihatin untuk memartabatkan tulisan jawi.

"Apa yang berlaku ketika ini, tulisan jawi tidak lagi dianggap penting dan ini juga adalah satu daripada punca kenapa kesilapan sebegini berlaku.

"Tulisan jawi sepatutnya dimartabatkan dengan cara yang betul dan semua pihak termasuk pemimpin juga perlu bekerjasama untuk menaikkan imejnya semula kerana tulisan inilah yang meningkatkan tamadun Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Melaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu kesilapan tulisan jawi yang disusun dalam keadaan terbalik dan susunan huruf tidak betul pada papan tanda bangunan baharu FAS di Seksyen U15 yang tersebar di laman sosial.

Pensyarah Fakulti Tamudun Islam dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Dr. Kamaruzaman Yusof pula menggesa pihak bertanggungjawab supaya lebih berhati-hati menggunakan tulisan jawi.

"Mereka sepatutnya merujuk kepada pihak yang pakar dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju atau sebagainya.

"Apa yang berlaku pada papan tanda itu bukan sahaja salah dari segi ejaannya, tetapi juga susunan ayatnya dan ini jelas menunjukkan orang yang membuat papan tanda itu tidak tahu langsung tentang tulisan jawi," ujarnya.

Sementara itu, FAS menerusi laman Facebook persatuan itu berkata, kesilapan berkenaan telah dimaklumkan kepada kontraktor minggu lalu dan bangunan itu masih belum diserahkan secara rasmi kepada FAS.

6

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 30-5-2014 04:06 PM
Siapa lah yang boleh baca jawi terbalik ni??tu lah..job tulis tulisan jawi pun di outsource ke cina..
Quote satriastendet 30-5-2014 04:06 PM
Yg pasang tu mesti x reti baca jawi
Quote nebulagazer 30-5-2014 04:06 PM
Pati ke pasangkan..tadek mandur monitor..hahahhahah.upah tukar 20k lak satu huruf..
Quote revolusi_30 30-5-2014 04:06 PM
Ok la tu ... Tulis jawi ikut rumi ... Senang sikit nak faham maksud.  
Quote revolusi_30 30-5-2014 04:07 PM
Taski tak pantau ke kontraktor2 yg dpt projek ne ...!!!!
Quote revolusi_30 30-5-2014 04:07 PM
Tan Sri Khalid harus letak jawatan ...!!!! Memalukan.  !!!
Quote crossfire 30-5-2014 04:08 PM
takde pulak nak SELFIE dgn nie
Quote rdzaccess 30-5-2014 04:08 PM
selangor sepak bola persatuan kompleks ...
Quote pakwetizzaqyah 30-5-2014 04:08 PM
hahahah..ni la masak alahnya kalau dah bagi kontrak kat cina...kah kah kah
Quote ResellerMaxis 30-5-2014 04:08 PM
revolusi_30 posted on 30-5-2014 04:06 PM
Ok la tu ... Tulis jawi ikut rumi ... Senang sikit nak faham maksud.

kau tengok ejaan persatuan dia..boleh baca x..
Quote ChildrenOfBodom 30-5-2014 04:09 PM
hena isele ni
Quote mirage_46 30-5-2014 04:09 PM
dah bukak balik


Quote crossfire 30-5-2014 04:10 PM
ChildrenOfBodom posted on 30-5-2014 04:09 PM
hena isele ni

bring your daughter to the slaughter - eyen meyden.

Quote revolusi_30 30-5-2014 04:14 PM
ResellerMaxis posted on 30-5-2014 04:08 PM
kau tengok ejaan persatuan dia..boleh baca x..

Persatuan dan bola ... Hahaha
Quote revolusi_30 30-5-2014 04:15 PM
mirage_46 posted on 30-5-2014 04:09 PM
dah bukak balik

Tak yah la bukan patutnya ... 50 tahub lagi jadi sejarah kot.  Hahaha
Quote ResellerMaxis 30-5-2014 04:17 PM
revolusi_30 posted on 30-5-2014 04:14 PM
Persatuan dan bola ... Hahaha

dah lah letak terbalik..ejaan pun terbalik gak..ahaha mampus..
Quote revolusi_30 30-5-2014 04:18 PM
ResellerMaxis posted on 30-5-2014 04:17 PM
dah lah letak terbalik..ejaan pun terbalik gak..ahaha mampus..

Hah.  Diorang ingat semua org buta jawi kot.  Letak tulisan jawi sbg syarat je
Quote alinone78 30-5-2014 04:19 PM
Wahhh betoi terbalik
Nak buat ala2 rumi
'Nun' pula terpisah jauhhhh dari 'persatua'
Quote ResellerMaxis 30-5-2014 04:24 PM
rdzaccess posted on 30-5-2014 04:08 PM
selangor sepak bola persatuan kompleks ...

selangor sepak bola persatuan kompleks apa nya..

selangor kasep abulan persatua sukan kompleks jadinya..

mungkin dia design untuk sesuai pada masa akan datang..tahu jer lah tulisan jawi ni..kejap-kejap berubah ejaan dan lain-lain..akan datang mungkin yang dipasang ni yang akan diguna pakai..

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.104776 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top