|
Ahli Jemaah Lembaga LKIM Datuk Din Adam berkata berdasarkan populasi Malaysia ketika ini, negara memerlukan 1.4 juta metrik tan ikan setahun. "Untuk bulan puasa ini sahaja, kita perlu stok ikan sekurang-kurangnya 100,000 metrik tan ikan," katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU) hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah LKIM Datuk Mohad Khazin Hamzah dan Pengarah LKIM negeri Mohd Zahid Mohd Nor. Din, yang juga Pegerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Dungun, berkata arahan sama turut diberikan kepada persatuan nelayan negeri. Beliau berkata LKIM kini mula menghentikan bekalan untuk eksport bagi memastikan stok ikan mencukupi bagi musim perayaan ini. Din berkata LKIM mengambil tanggungjawab ini kerana sebelum ini masalah kekurangan bekalan ikan sering berlaku setiap kali tiba musim perayaan. "Ini juga satu daripada usaha LKIM untuk memastikan harga ikan stabil," katanya. Beliau berkata LKIM percaya pihak swasta turut menyediakan stok ikan untuk musim perayaan. Mohad Khazin pula meminta nelayan di negara ini menjadi mata dan telinga kerajaan dalam isu penyelewengan subsidi minyak. - Bernama
|
ultra78 posted on 29-5-2014 11:56 PM
Tak pelik. Bagi umat melayu, bulan ramadan adalah bulan untuk mencekik muntah kedarah. Amount makana ...




ultra78 posted on 29-5-2014 11:56 PM
Tak pelik. Bagi umat melayu, bulan ramadan adalah bulan untuk mencekik muntah kedarah. Amount makana ...
ultra78 posted on 29-5-2014 11:56 PM
Tak pelik. Bagi umat melayu, bulan ramadan adalah bulan untuk mencekik muntah kedarah. Amount makana ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.404105 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.