CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Bekas Banduan Tidak Bersalah Dibanjiri Lamaran

3-6-2014 04:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7897| Komen: 23

Seorang banduan yang mendapat gantirugi yang banyak di banjiri lamaran dari wanita. Nasib badan


Daily Mail Wang Benyu (60 tahun)

                                       
BEIJING, Seorang lelaki China yang dihukum secara salah dalam kes pemerkosaan dan pembunuhan telah dibanjiri tawaran pernikahan setelah mendapat gantirugi senilai 1.5 juta yuan  .

Wang Benyu (60) menerima gantirugi 1.5 juta yuan dari Pemerintah China setelah menghabiskan hampir dua dekade di penjara untuk kejahatan yang tidak dilakukannya.

Wang, yang dulunya seorang petani, selalu berkeras bahawa dia tak bersalah atas kejahatan yang terjadi pada 15 Desember 1994. Malam itu, teman sekamarnya di sebuah asrama para pekerja pertanian di Baotou, Li Yanming, memperkosa dan membunuh seorang gadis yang dia bawa ke kamar mereka. Mulanya, Li mengancam akan membunuh Wang jika dia melaporkan kejahatan itu kepada polis  Ketika Wang menolak, Li berlutut dan menangis seraya memohon kepada Wang untuk merahsiakan hal itu. Permintaan itu akhirnya disetujui Wang.

Namun, Li membuang mayat itu, lalu melarikan diri, dan meninggalkan Wang berada dalam bingkai kejahatan tersebut.

Wang akhirnya dijatuhkan hukuman penjara kerana pemerkosaan dan pembunuhan. Ia nyaris mendapat hukuman mati pada November 1996. Dia pun menghabiskan waktunya di penjara yang brutal tempat dia memperoleh makanan yang buruk, kerja paksa, dan fikiran bahawa dia akan mati di balik jeriji besi. Ia tidak pernah lagi melihat keluarganya di kota Baotou di Wilayah Otonom Mongolia Dalam di China utara.

Walau tidak pernah berhenti menegaskan yang  dirinya tidak bersalah, dia mengatakan, "Saya menerima hidup di penjara. Saya pasrah mati di penjara."

Namun, tahun 2012, Li tertangkap di Beijing atas kejahatan lain, serta mengaku telah memperkosa dan membunuh gadis itu pada 1994.

Pada September 2013, hukuman terhadap Wang pun diubah. Ia hanya mendapat hukuman tiga tahun penjara. Tak lama kemudian, Wang menerima gantirugiuntuk tahun-tahun yang dia lalui dalam penjara kerana hukuman yang salah itu. Pihak berwenang juga mengajaknya makan di restoran dan memberinya sebuah flat.

Pada ketika dia dihukum, dia telah menikah dan punya satu anak. Namun, isterinya kemudian menceraikannya ketika dia dihukum kerana pemerkosaan dan pembunuhan.

Kini dia memutuskan ingin menikah lagi, dan lamaran pernikahan pun membanjirinya. Dia berkata datar, "Saya sedih bahawa tawaran (pernikahan itu) lebih kerana wang saya bukan kerana diri saya. Saya fikir saya akan lebih baik jika sendiri saja."


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice98 20-5-2014 08:02 PM
Nasib baik sedor diri...
Quote hanamunir 20-5-2014 09:07 PM
tau pn pompuan2 tu nk duit ko..
baik ko gune duit tu untuk diri ko,
pegi la melancong ke, makan sedap2 ke,
massage2 ke, dari dok melayan pompuan2 yang mata duitan tu smua..
20 tahun tu lm penjara..
nikmati hidup bebas sepuas-puas nye..
Quote non.sari 20-5-2014 11:26 PM
Nasib baik boleh fikir..
Quote hasniey 21-5-2014 12:07 AM
bgoslah dia pndai pikir
kesian btol kene penjara bertahun2 cmtu je
dpt juta2 pon xguna
dah tua. tah2 esok2 sakit duit abes wt beli ubat je
nak enjoy pon dah xseronok
Quote rospinki 21-5-2014 07:26 AM
Bini dia msti kesal sbab cerai laki dia dlu. Skrg laki dh jadi janda kaya..ehh duda kaya.
Quote anees~nuhara 21-5-2014 08:08 AM
seb bek leh pk...kalo die trime lamaran tu sume..hancussss
Quote OrangKita 21-5-2014 09:11 AM
gilo arr...nasib baik t'lepas hukum bunuh...
Quote supernaturalee 21-5-2014 09:18 AM
Pada September 2013, hukuman terhadap Wang pun diubah. Ia hanya mendapat hukuman tiga tahun penjara.



dh sah2 xbersalah asal nk kena hukuman 3 thn penjara lagi?
aku slh faham ke artikel ni yg slh fhm?
Quote duniaku85 21-5-2014 09:48 AM
supernaturalee posted on 21-5-2014 09:18 AM
dh sah2 xbersalah asal nk kena hukuman 3 thn penjara lagi?
aku slh faham ke artikel ni yg slh ...

itu la..kenapa kne lg 3 tahun..padahal mmg tak bersalah kut..kejamm
Quote supernaturalee 21-5-2014 09:50 AM
duniaku85 posted on 21-5-2014 09:48 AM
itu la..kenapa kne lg 3 tahun..padahal mmg tak bersalah kut..kejamm

bangang bertingkek tingkek...maybe?
Quote duniaku85 21-5-2014 09:54 AM
supernaturalee posted on 21-5-2014 09:50 AM
bangang bertingkek tingkek...maybe?

mungkin sbb nk bg berbaloi dgn nilai pampasan yg dia dapat kut
Quote supernaturalee 21-5-2014 10:01 AM
duniaku85 posted on 21-5-2014 09:54 AM
mungkin sbb nk bg berbaloi dgn nilai pampasan yg dia dapat kut

what a joke kan?

Quote duniaku85 21-5-2014 10:02 AM
supernaturalee posted on 21-5-2014 10:01 AM
what a joke kan?

3 tahun tu lama tu..bukan nye mcm 3 saat..seksa dia..
Quote supernaturalee 21-5-2014 10:05 AM
duniaku85 posted on 21-5-2014 10:02 AM
3 tahun tu lama tu..bukan nye mcm 3 saat..seksa dia..

dh kuar sok jgn jd mcm 1 watak dlm shawshank redemption sdh


Quote duniaku85 21-5-2014 10:11 AM
supernaturalee posted on 21-5-2014 10:05 AM
dh kuar sok jgn jd mcm 1 watak dlm shawshank redemption sdh

ooo tak pnh tgk la...
Quote supernaturalee 21-5-2014 10:21 AM
duniaku85 posted on 21-5-2014 10:11 AM
ooo tak pnh tgk la...

tgk la best citer tu
psl this guy yg dituduh bunuh laki yg selingkuh bini die
so dlm jel tu die berkwn dgn few inmate
slh sorangnya this old guy la

Quote duniaku85 21-5-2014 10:22 AM
supernaturalee posted on 21-5-2014 10:21 AM
tgk la best citer tu
psl this guy yg dituduh bunuh laki yg selingkuh bini die
so dlm jel tu die  ...

cite baru ke cite lama ni..klau cite lama kne download la jwbnyer
Quote supernaturalee 21-5-2014 10:25 AM
duniaku85 posted on 21-5-2014 10:22 AM
cite baru ke cite lama ni..klau cite lama kne download la jwbnyer

1994
The Shawshank Redemption
lakonan tim robbins & morgan freeman

based on novel by stephen king

Quote duniaku85 21-5-2014 10:27 AM
supernaturalee posted on 21-5-2014 10:25 AM
1994
The Shawshank Redemption
lakonan tim robbins & morgan freeman

waaa ..... baik..akan ku download..tenkiu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.133384 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top