CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Negeri Beri Amaran Jais Perlu Patuh SOP

9-6-2014 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7016| Komen: 61


SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor memberi amaran bahawa mana-mana pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh dikenakan tindakan tegas.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan langkah itu perlu diperketatkan bagi menjaga keharmonian masyarakat majmuk dan agama di negeri itu.

"Exco Selangor kesal dengan kejadian yang berlaku dan mengarahkan Jais perlu meneliti kes-kes yang melibatkan orang bukan Islam agar insiden sebegini tidak berulang," katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Ahad lalu, Jais menahan seorang pengantin wanita ketika upacara perkahwinan sedang berlangsung bersama pasanganya, seorang lelaki beragama Hindu.

Beliau seterusnya dibawa ke ibu pejabat Jais untuk siasatan lanjut.

Siasatan itu mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di kalangan Orang Islam) 1988.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid memberi jaminan akan membantu pengantin wanita tersebut menyelesaikan pendaftaran namanya menggunakan nama Islam dan kekeliruan status agama anutannya.

"Siasata awal menunjukkan bahawa pengantin wanita itu, Zarina binti Abdullah Majid telah didaftarkan atas nama Islam oleh bapanya dan tidak pernah mengamalkan cara hidup dan ajaran Islam.

"Setelah berbincang secara teliti isu tersebut, Jais telah menyatakan kesediaan untuk membantu wanita berkenaan menyelesaikan masalah status agama beliau," katanya lagi.

8

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 5-6-2014 01:56 PM
nanti perempuan ni kira agama apa eh? Hindu ke sebab dia dah amalkan since kecil or ikut agama yg didaftar as muslim walaupun dia tak pernah praktiskan? #soalanserius
Quote cipOt_cedOt 5-6-2014 02:05 PM
apa yang salahnya... ada org report JAIS perempuan yang dipercayai Islam akan mengadakan perkahwinan dengan lelaki beragama hindu...

kalau tunggu kang JAIS gak kena... kalu siasat pun JAIS gak kena... ekekeke...

kesian... bak kata Rasulullah... di akhir zaman nanti nak laksanakan hukum Islam pun cam genggam bara api...
Quote GalileO 5-6-2014 02:18 PM
aduh...ko sendiri tak ikut SOP....ko bagi amaran ke JAIS pun depan public.... leinkali diskuss dulu lah bukan main bantai jer..JAIS buat kerja atas report...bukan main terjah...
Quote Athrun.Zalaa 5-6-2014 02:18 PM
Bertindak utk mengelakkan kesangsian...
Quote otai_g 5-6-2014 02:22 PM
jais.. jais.... jais...

apa kaitan antara jais dgn ahmad jais? ada sapa2 leh bg pencerahan x?
Quote d'zeck 5-6-2014 02:28 PM
GalileO posted on 5-6-2014 02:18 PM
aduh...ko sendiri tak ikut SOP....ko bagi amaran ke JAIS pun depan public.... leinkali diskuss dulu  ...

tu la jadinya
bila exco bodoh
dibagi tanggungjawab bidang agama
bawah kerajaan badut PR selangor

penguatkuasa agama sendiri dimusuhi

hamjad bertingkat2

Quote Akuemas 6-6-2014 02:04 AM
Ambil tindakan salah, x ambil tindakan pun salah...dah tu pe yg betulnye?
Quote Babai 6-6-2014 02:36 AM
cipOt_cedOt posted on 5-6-2014 02:05 PM
apa yang salahnya... ada org report JAIS perempuan yang dipercayai Islam akan mengadakan perkahwinan ...

Kena pulak kerajaan pr yang penjilat kapir, makin la penguatkuasa agama islam ditekan. CELAKA pada penjilat kapir semua tu.
Quote Babai 6-6-2014 02:38 AM
GalileO posted on 5-6-2014 02:18 PM
aduh...ko sendiri tak ikut SOP....ko bagi amaran ke JAIS pun depan public.... leinkali diskuss dulu  ...

Jenis buat pengumuman politaik macam tu la. Demi nak puaskan hati kapir, jais ditekan oleh Melayu yang CELAKA.
Quote Orange1 6-6-2014 03:08 AM
Masalahnya dorg yg tak amalkan islam dr kecik or yg dah nak keluar ni terbelenggu dgn masalah birokrasi/undang2 sana sini. Pegi kat JPN nak tukar status agama dlm IC JPN kata tak blh bukan bidang kuasa dorg, pegi kat jabatan agama n mahkamah sariah dorg lak kata tak boleh jugak sbb kat surat beranak/IC tulis isle n org islam tak blh keluar agama, pegi kat mahkamah civil dorg kata tak ada kuasa kendalikan urusan agama ore isle kena g mahkamah sariah, semua kata tak blh habis nak pegi kat mana ye? Nak hidup meratap sepanjang hayat ke? Teruskan aje lah hidup nak kawin dgn siapa sekalipun sbb segala authority n aundang2 yg ada pun tak mampu nak selesaikan masalah mcm tu so pandai2 lah teruskan hidup sampai puak authority n undang2 dtg cari kita balik utk selesaikan benda yg dorg tak blh buat dulu mcm dlm kes ni.
Quote kakikuDibibirmu 6-6-2014 03:11 AM
nasib baik tak macam JAIS haritu, punya gigih nak menegakkan Islam terjun bangunan mati kawan tu dah jadi kes bunuh, kalau JAIS tak serbu tak ada mati kawan tu... inilah aibatnya kalau mendapat didikan ugama suruh skodeng benda lucah

===

dahulu ada kes JAIS serbu hotel pasangan tengah berzina, lelaki tu takajut, pergi ke tingkap, jatuh dari tingkat dua, terus mati kat situ.

kalau JAIS tak ada, hidup lagi kawan tu, sebab JAIS datang, kawan tu mati, tak plak jadi kes bunuh.
Quote anishacute 6-6-2014 03:22 AM
Sib baek terjadi kat selangor.. kalo jadi kat pahang ke terengganu rasanya page ni dah jadi vol 2 dah.. hehehe
Quote Orange1 6-6-2014 03:26 AM
kakikuDibibirmu posted on 6-6-2014 03:11 AM
nasib baik tak macam JAIS haritu, punya gigih nak menegakkan Islam terjun bangunan mati kawan tu dah ...

Itulah kan jabatan agama ni lah paling bangsat sekali, sibuk nak campur tgn urusan dlm bilik tido  antara lelaki dgn perempuan. Lps tu blh duk rakam pompuan separa bogel, si pompuan seolah2 kena pose separuh bogel mcm tu  sbb dorg nak rakam, boleh? Apa punya bangsat manusia2 yg konon menegakkan agama ni? Dah tu sebarkan gambar/ video mcm tu dlm paper dlm u tube, tak pikirkah maruah org? mcm ni kah keindahan agama isle? Aku hrp satu hari nanti jabatan agama Islam akan bertemu buku dgn ruas. Heran betul menteri takde ke bersuara tegur jabatan agama ni, buat sesuatu kurangkan kuasa dorg, aku sumpah satu hari nanti jabatan agama isle akan kehilangan byk kuasa.
Quote kakikuDibibirmu 6-6-2014 03:35 AM
Orange1 posted on 6-6-2014 03:26 AM
Itulah kan jabatan agama ni lah paling bangsat sekali, sibuk nak campur tgn urusan dlm bilik tido  ...

itulah kerja mereka, nak skodeng orang jah, nak mengeseks pun tak senang.

dah lah diaibkan mereka dekat akhbar, tunjuk gambar muka pelbagai, tangkap gambar pelbagai, kuhnunnya nak bagi pengajaran pada urang lah kuhnun, padahal memburokkan lagi imej Yislam yang dah sedia burok.

haritu rasanya ada thread JAIS dah boleh bawak pestol masa skodeng ummah, pulak dah bersenjata pelbagai, satgi JAIS suruh hisap karang baharu kasi lepas, ambil kesempatan punya jambantan ugama Isle.
Quote True-X 6-6-2014 03:36 AM
Kl ade org serbu kenduri kawen anak pegawai jais.. bawak pengantin g soal siasat
.. pegawai jais relaks je kot...haha.

Ni laaa org2 yg kata agama xleh guna akal..ginilaa jadinyerr
Quote kakikuDibibirmu 6-6-2014 03:45 AM
lupa pulak nak calonkan @True-X dekat anugerah CI, akak edit sekarang
Quote Orange1 6-6-2014 03:46 AM
kakikuDibibirmu posted on 6-6-2014 03:35 AM
itulah kerja mereka, nak skodeng orang jah, nak mengeseks pun tak senang.

dah lah diaibkan mere ...

Dah blh bwk pistol pulak? Amboi setakat nak pegi terjah org main kena bwk pistol ke? Melampauuuu sungguh jabatan pprt ni mcm nak g buat operasi thp CSI. Bahaya benar ke seolah2 nak pegi terjah terrorist takde nak bahayanya lah pistol si lelaki tu pun terus layu terkulai terkejut dek terjahan kurang ajar dr jabatan agama.



Quote Acong 6-6-2014 03:48 AM
Orange1 posted on 6-6-2014 03:26 AM
Itulah kan jabatan agama ni lah paling bangsat sekali, sibuk nak campur tgn urusan dlm bilik tido  ...

siapa yg tangkap paling byk gambar, pahala lebih beb
Quote kakikuDibibirmu 6-6-2014 03:50 AM
Orange1 posted on 6-6-2014 03:46 AM
Dah blh bwk pistol pulak? Amboi setakat nak pegi terjah org main kena bwk pistol ke? Melampauuuu s ...

jumpa pun:

Penguatkuasa agama akan diberikan senjata api

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=773379

terengganu dah mula dahulu:

Terengganu Dah Bagi Senjata Api Utk Penguatkuasa Jabatan Agama Islam

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=766949

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.142299 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top