CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Keluarga Enggan Terima Pampasan MH370

14-6-2014 02:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10684| Komen: 76


Alor Setar : Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau mayat Chew.

Kakaknya, Chew Kar Hui, 33, berkata keluarganya enggan menerima pampasan itu selepas diberi taklimat oleh pihak Malaysia Airlines bulan lalu.

Dia berkata, tidak ada gunanya wang pampasan itu diterima keluarganya sedangkan bukti penemuan bangkai pesawat dan mayat adiknya tidak diketahui hingga kini.


"Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Chew berkata, keluarganya juga enggan menguruskan hal berkaitan dengan insurans walaupun Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sebelum ini bersetuju mempermudahkan proses prosedur tuntutan.

Chew berkata, keluarganya enggan melakukan sebarang proses bagi membuat tuntutan selagi kehilangan pesawat tiada sebarang berita.

"Duit bukan keutamaan buat masa kini dan kami tetap berharap dan berharap agar dia (Kar Moi) pulang dengan selamat," katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semalam mengumumkan tujuh waris pesawat MH370 iaitu enam dari Malaysia dan seorang dari China menerima pampasan sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Pada awal pagi 8 Mac lalu pesawat boeing 777-200ER yang membawa 329 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. 

9

Bagus
16

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahx 13-6-2014 10:01 PM
kalo tanak duit tu, bg kat aku...
Quote anishacute 13-6-2014 10:29 PM
Ke nak lebih?
Quote BotakChinPeng 13-6-2014 10:31 PM
lantak mereka lah
Quote gnote_2 13-6-2014 10:40 PM
anishacute posted on 13-6-2014 10:29 PM
Ke nak lebih?

Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini

aku rasa depa nak kan kerajaan lebih telus dan teruskn usaha pencarian...
Quote perang_candu 13-6-2014 10:41 PM
gnote_2 posted on 13-6-2014 10:40 PM
Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta piha ...

terus belanja berbilion untuk cari kapatebang.

Quote pyropura 13-6-2014 11:03 PM

ini bukti cina kuminis selet Dap Pap pumbangkang BUKAN MATA DUITAN, tidak supertimana yang digembur2kan oleh para Mulayu sunni.......

Quote HannahMontana 13-6-2014 11:12 PM
pyropura posted on 13-6-2014 11:03 PM
ini bukti cina kuminis selet Dap Pap pumbangkang BUKAN MATA DUITAN, tidak supertimana yang digembu ...

syukorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Quote mrsLucky 14-6-2014 02:15 AM
kasihan....mana lah MH370.... sedih lah
Quote Adeng939 14-6-2014 02:37 AM
Pakcik saya salah seorang dari mangsa tragedi ini....kalau saya pun xkan terima selagi xde ape2 brite mngenai penemuan tersebut..
Quote zehra2 14-6-2014 02:53 AM
kalau terjadi pd diri kita dugaan begini, kita pun tak tau apa tindakan kita.
Quote clarizsa 14-6-2014 02:56 AM
xmo sudah.... xyah mengada ngada...
Quote Babai 14-6-2014 02:57 AM
gnote_2 posted on 13-6-2014 10:40 PM
Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta piha ...

Hang nak tampung ke kos pencarian?
Quote FanTasyCreaTioN 14-6-2014 03:03 AM
Terima ja la duit tu ..
terima ke tak terima .. pencarian tetap diteruskan..
tak semestinya menerima tu makna nya kita ni mata duitan
boleh gak duit tu nanti untuk buat upacara sembahyang ka
mengikut kepercayaan masing2
Quote gnote_2 14-6-2014 06:13 AM
Babai posted on 14-6-2014 02:57 AM
Hang nak tampung ke kos pencarian?

Air france tu smpai 2 tahun pn still jln lg misi mencari dia.. klu kerajaan abandon cmgitu je, ko agak2 ade ke org nak naik mas lg.. xreliable and bertanggungjawab..
Quote Staratila 14-6-2014 06:59 AM
mampu ke malaysia nak teruskan pencarian mh370 ni sbb kos terlalu tinggi. mau bankrupt negara kita kalau kos mencari ni makan tahun.
Quote page_up 14-6-2014 07:07 AM
Adeng939 posted on 14-6-2014 02:37 AM
Pakcik saya salah seorang dari mangsa tragedi ini....kalau saya pun xkan terima selagi xde ape2 brit ...

la... iye ker.... tp yg mana satu pak cik awak....

siannya dkt awak sekeluarga
Quote drivethru 14-6-2014 07:48 AM
ambil jer la....buat pelaburan saham. esok2 kalo dh jumpa hidup atau mati, baru guna duit tu.
Quote shanshero 14-6-2014 07:58 AM
Ada lagi story ni. Kan dah berlapok
Quote mommymonster82 14-6-2014 08:51 AM
Bukan cina ni rasa terhina ke orang mati kita bg duit? Macam dia minta sedekah...mcm xmampu xde duit gitu..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.081934 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top