CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Tahun 1 Dilanggar Bas Sekolah

16-6-2014 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18019| Komen: 153


JOHOR BAHRU - Seorang murid tahun satu maut selepas dilanggar bas sekolah yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong Baru di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abd Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.10 tengah hari sejurus Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad, 7, yang baru pulang dari sekolah turun dari kenderaan terbabit untuk melintas jalan ke rumahnya.

"Dipercayai selepas menurunkan Nor Balqis Atiqah, pemandu bas mini sekolah berkenaan terus bergerak menuju ke hadapan tanpa menyedari murid perempuan itu berada di hadapan basnya.

"Selepas mendengar jeritan orang ramai, pemandu bas terbabit keluar untuk memeriksa keadaan dan mendapati mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 2 sudah terbaring di atas jalan raya di belakang kanan bas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Nor Balqis Atiqah yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya digegaskan ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia, hampir dua jam kemudian.

Abd Samad berkata pemandu bas berkenaan, seorang wanita berumur 40-an sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut terhadapnya kini sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu bapa saudara mangsa, Sulaiman Ibrahim, 48, yang ditemui di rumah mayat berkata beliau menerima panggilan kira-kira pukul 2 petang dari ibu mangsa, Noraini Husin, 31.

"Saya masih terkejut dan tidak menyangka kejadian seumpama ini menimpa anak saudara saya. Pemandu bas tersebut sepatutnya kena berwaspada dan memastikan murid-murid selamat sampai ke rumah sebelum menggerakkan kenderaannya," katanya.

Menurut Sulaiman, jenazah anak ketiga daripada tujuh beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak.

Bapa murid terbabit yang merupakan pekerja sebuah syarikat perkapalan di sini kini sedang berada di Filipina.

17

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 15-6-2014 07:49 PM
Mcm kt us bas sekolh tu ada besi pengadang kt depan tu..bila dia stop pengadang tu terbuka.. N budak nk lalu depan bas kena lalu lepas dr pengadang tu..pnjang dia kira driver tu bolehlah nmpk klu budak ada..

Klu kt sini biasa driver turun n cek..pastikan budak tu selmat lepas dri situ.. Ni mesti drebar pemalas
Quote alieyrina 15-6-2014 07:51 PM
Boleh elak dan xpatut cuai..tp dah ajal ...nk buat mcm mana..bas tggi memang x nampak sgt kat bawah tepi suma..nak lagi kalau budak tu pun haluss jah..
Quote chempaka_ku 15-6-2014 07:51 PM
takziah....... dulu masa bebudak ada kena ajar untuk melintas dari belakang bas bukan depan.... tak tau pula rules melintas macam ni masih ada....
Quote cmf_conan 15-6-2014 07:55 PM
chempaka_ku posted on 15-6-2014 07:51 PM
takziah....... dulu masa bebudak ada kena ajar untuk melintas dari belakang bas bukan depan.... tak  ...

pon bahaya...buatnye bas tu tiba2 mengundur cemaner??
patutnya soh budak tunggu bas jalan  dulu baru nak melintas ke apa ke..
yg terbaik driver tolongbudak tu melintas.. lagi bagus kalo bas tu turunkan budak tu kat side rumah budak tu..
xyah die melintas

Quote benzo33 15-6-2014 08:02 PM
Aku faham, pemandu2 bas sekolah selalunya nak cepat..tapi askpek keselamatan tidak boleh diabaikan..

Al-Fatihah
Quote Madel 15-6-2014 08:22 PM
Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad

Panjang nya nama
Quote ss8384 15-6-2014 08:34 PM
Kepekaan tu penting.  Alfatihah buat anak ini. Syurga buat mu insyaAllah
Quote mizahanan 15-6-2014 08:44 PM
chempaka_ku posted on 15-6-2014 07:51 PM
takziah....... dulu masa bebudak ada kena ajar untuk melintas dari belakang bas bukan depan.... tak  ...

Siap ada buku teks peraturan dan disiplin lalu lintas, tgk anak ada
Quote noor2 15-6-2014 08:45 PM
innalillah...cuainya pemandu tu...
Quote sapeka 15-6-2014 08:49 PM
Madel posted on 15-6-2014 08:22 PM
Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad

Panjang nya nama

kan?panjang gila nama..
pape pon takziah pada keluarga mangsa
Quote hambaallah1709 15-6-2014 08:54 PM
sedihnye...innalillah & takziah...
dalam silibus bahasa malaysia sekolah rendah ada diajar pendidikan keselamatan jalan raya..buku wrna kuning spesel dari JKJR...

sedih la bila melibatkan budak2 kecik2 ni espc tahun 1 & 2...
Quote Madel 15-6-2014 08:54 PM
sapeka posted on 15-6-2014 08:49 PM
kan?panjang gila nama..
pape pon takziah pada keluarga mangsa

Rasa nya nama arwah Nor Balqis Atikah..nama bapak dia yg panjang Hamdan Rasan Tawani Ahmad

hari ini hari pertama persekolahan di Johor kan.
mesti kawan2 sekelas sedih dan terperanjat
Quote kumbang7 15-6-2014 09:13 PM
sedih bila tgk pic ni
Quote iskans 15-6-2014 09:18 PM
dahlah harini hari pertama sekolahlepas cuti panjang. Aduhhh, sedih tengok gambar tu...
Quote mizahanan 15-6-2014 09:21 PM
Sedihnya anak.... pak jauh
Quote langit_biru18 15-6-2014 09:22 PM
lagi pic
Quote rosasa 15-6-2014 09:27 PM
Tazkiah.. Kesian
Quote menjad 15-6-2014 09:27 PM
kesian nyer pulak... besar dugaan mak dia... harap bertabah ler
Quote MissNigga 15-6-2014 09:31 PM
.. kasihannya.....

takziah wat keluarga aruah

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.099078 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top