CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Jakim Enggan Makan Cadbury?

16-6-2014 10:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9800| Komen: 62


Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusanstatus halalyang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal olehJAKIMmencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesaKementerian Kesihatan Malaysia(KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujianDNA babike atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.

1

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SUHA 15-6-2014 05:03 PM
Apa citer ni... Bukankah Jakim yg mula2 dulu kluar statement bersedia makan cadbaby opps cadburi
Quote masa_lalu 15-6-2014 05:06 PM
aku lebih tak percaya jakim dari cadbury
Quote kazaraf 15-6-2014 05:09 PM
kt mane yg ckp pegawai Jakim enggan?
nak menyatakan kebenaran tu boleh.. tp jgnla buat cerita palsu
Quote kucen_miang 15-6-2014 05:13 PM
aku sekarang ni nak makan coklat pun dah jadi tak selera.
Quote Anak_Nogori 15-6-2014 05:17 PM
so...jakim..bila nak jamah plak?..
Quote wana89 15-6-2014 05:20 PM
kazaraf posted on 15-6-2014 05:09 PM
kt mane yg ckp pegawai Jakim enggan?
nak menyatakan kebenaran tu boleh.. tp jgnla buat cerita palsu ...

bila pegawai yang beri kelulusan halal setelah ada isu babi dalam coklat tak nak makan, mesti orang akan persoalkan...
adalah lebih baik pegawai jakim makan walaupun xsuka coklat ke hape..sedikit pun xhapa..
beri keyakinan pada rakyat..
depa sendiri kata halal khenzzz...
Quote kodokke 15-6-2014 05:21 PM
Jakim alergi ngan cokelat
Quote kazaraf 15-6-2014 05:24 PM
wana89 posted on 15-6-2014 05:20 PM
bila pegawai yang beri kelulusan halal setelah ada isu babi dalam coklat tak nak makan, mesti oran ...

dlm berita tu takde tulis pn pegawai jakim taknak makan.. yg ada pgawai jakim dihubungi minta ulas tp tak dpt feedback..


Quote Acong 15-6-2014 05:25 PM



Quote kendoff 15-6-2014 05:27 PM
<<ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian>>

mcm tue lak jakim  nie..ari tue beria2 kata dorang sanggup mkn utk buktikan yg cadbury nie xder babi..
Quote wana89 15-6-2014 05:43 PM
kazaraf posted on 15-6-2014 05:24 PM
dlm berita tu takde tulis pn pegawai jakim taknak makan.. yg ada pgawai jakim dihubungi minta ulas ...

bila dia buat majlis macam ni..majlis untuk yakinkan orang ramai melalui media, pegawai JAKIM perlu makan untuk yakin apa dia katakan...kalo dah buat majlis, kenapa xmakan????

seperti JAKIM kata...

Pegawai JAKIM sedia makan coklat Cadbury untuk buktikan halal

UALA LUMPUR: Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

"JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini."

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pegawai-jakim-sedia-makan-coklat-cadbury-untuk-buktikan-halal-37059?cp


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pegawai-jakim-sedia-makan-coklat-cadbury-untuk-buktikan-halal-37059?cp


Quote kazaraf 15-6-2014 05:53 PM
wana89 posted on 15-6-2014 05:43 PM
bila dia buat majlis macam ni..majlis untuk yakinkan orang ramai melalui media, pegawai JAKIM perl ...

yes itu yg jakim ckp sebelum.. diorg kata akan buat..

yg berita 1st post td tu sapa yg buat? jakim ke yg nak anjurkan makan2 tu?

lain la astro awani tu dpt feedback jakim, jakim cakap.. 'aaa rsnya ktorang taknak makan cekelat tu dgn blogger2 tu'
baru la ssuai ada berita jakim enggan



Quote Anak_Nogori 15-6-2014 05:57 PM
wana89 posted on 15-6-2014 05:43 PM
bila dia buat majlis macam ni..majlis untuk yakinkan orang ramai melalui media, pegawai JAKIM perl ...

Jakim sedia makan....dah makan ke belum?..buat pclah...


Quote sigila 15-6-2014 05:58 PM
Pegawai Jakim takut gemok agak nyer...
Quote myoujin 15-6-2014 06:05 PM
Hahahahah ... Konar
Quote exclusive_vvip 15-6-2014 06:06 PM
Jakim mmg sanggup nk makan pun kan...mungkin ni majlis lain kot....org ramai n media pun bleh tak jgn cepat buatfitnah n mensensasikan benda2 camnie....kang org kafir syok provoke,kita gak melenting...
Quote putehkundor 15-6-2014 06:08 PM
Mak teh suka varian black forest....
Lepas isu ni terus rasa was2.
Tak makan dah..

Teringin mak makan kat Godiva..
Ada sijil halal jakim yg sah ka?
Quote wana89 15-6-2014 06:15 PM
kazaraf posted on 15-6-2014 05:53 PM
yes itu yg jakim ckp sebelum.. diorg kata akan buat..

yg berita 1st post td tu sapa yg buat? j ...

jakim.jpg

tu berita dari astro awani..ada link boleh tengok...dekat malaysiakini pun ada..
majlis ni anjuran NGO yang ada pegawai JAKIM
maksud wana simple, alang2 dah panggil media semua, buat sekali atucara makan coklat cadbury yang perlu dimakan pegawai JAKIM
xperlu buat dua tiga kali PC...
kan senang kalo benda tu betul2 halal..
ke pegawai tu pose sunat???

Quote Anak_Nogori 15-6-2014 06:19 PM
wana89 posted on 15-6-2014 06:15 PM
tu berita dari astro awani..ada link boleh tengok...dekat malaysiakini pun ada..
majlis ni an ...

mungkin pegawai JAKIM yg ada tu was2 jugak kot..

tengok tunggu ketua JAKIM sendiri yg jamah depan pc..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065843 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top