lembu wagyu (wa bermakna Jepun, sementara gyu bererti lembu) yang berasal dari Kobe, Jepun
lembu wagyu digunakan zaman dahulu dan ia membantu dalam penanaman padi
oleh kerana keadaan tanah yang sukar untuk menternak binatang di banyak daerah terpencil di Jepun, penternak zaman itu terpaksa menghasilkan sendiri teknik memelihara dan memberi makan lembu-lembu itu
makanan untuk haiwan ini yang dihasilkan oleh penternaknya, antaranya dicampurkan dengan bir atau sake (sejenis arak Jepun) yang dipercayai boleh membantu penghadaman dan mengurangkan binatang ini dari terasa lapar dalam cuaca lembap
daging lembu wagyu sekarang ini turut diternak di beberapa negara lain seperti New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat
dengan pemakanan yang lebih canggih seperti jagung, bijirin, herba alfalfa, barli dan jerami gandum, daging lembu wagyu ini mengandungi lebih tinggi kandungan asid fatty Omega-3 dan Omega-6.
pengeluaran daging wagyu juga bebas dari antibioktik, hormon dan kimia
lembu wagyu disembelih apabila mencapai umur antara 30 dengan 35 bulan. Harga daging ini boleh mencapai setinggi AS$500 (kira-kira $600) untuk 150 gram
paling best, lembu wagyu juga diurut bagi membolehkan dagingnya kekal lembut dan enak ketika dimakan
Dulu aku keja part time kt bsc area food tuh. Org butcher yg ada master tuh bgtaw wagyu ni dorang jaga btol2 lembu dia. Hari2 urut. Panas pon x kena. Kena panas waktu pagi je. Makanan dia mahai2. Kita manusia pon x urut hari2. Ni lembu urut hari2.. sbb tu daging dia bagus. Masak skejap dah lembot sodap. Ritu dia masakkan kejap je buat steak.. herbs daging tu sikit je and peram kejap je. Dah mcm steak sedap giler